بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan menulis tesis dalam masa yang panjang pasti ada pasang surutnya.
Adakalanya rasa bersemangat mengadap laptop berjam-jam untuk menulis tesis, ada masa yang lain pula, lebih sebulan tidak membuka tesis.
Blank!
Tiada idea mahu menulis apa?
Saya rumuskan perjalanan menulis tesis seperti di bawah:
Ketika permulaan memang amat bersemangat, ya Rabb. Apabila dipulangkan tesis untuk dibetulkan terus hilang mood, tidak tahu bagaimana untuk diperbaiki lagi tesis |
Ia sudah tentu berbeza dengan orang lain kerana komitmen kita berlainan, perjalanan hidup kita berlainan, ujian hidup kita juga berlainan, sikap kita juga berlainan. Ada orang yang boleh menghadap tesis setiap hari berjam-jam. Rajin teramat.
Ada pula yang baru turn on laptop, anak kecik terus turn off soket plag. Ya Rabb!
Kerana itu saya sangat suka jika dapat membaca buku tentang pengalaman orang lain dalam perjalanan menulis phD seperti buku Prof Kamil Ibrahim yang pernah ditulis DI SINI
Kebetulan ini sebuah lagi buku tentang perjalanan PhD Dr. Nik Salida yang saya sudah selesai membacanya.
Sample buku boleh dibaca DI SINI |
MasyaALLAH banyak yang saya dapat manfaat dari buku ini.
Antara helaian yang membuatkan saya tertarik ialah seperti di bawah:
Betul Facebook juga agak menganggu ketika menulis tesis ini Begitu juga blog...huhuhu Makin ingin menulis tesis, makin banyak pula idea nak menulis blog dan buku-buku lain. Ya Rabb! |
Sungguh. Adakalanya rasa ingin berhenti di pertengahan jalan. Mengenangkan pengorbanan orang lain untuk kita dan sokongan mereka, hati perlu kuat. Teruskan menulis! |
Benar. Perjalanan PhD sering membuatkan kita ragu-ragu dengan keputusan yang kita ambil. Allah tetapkanlah hati kita semua atas jalan yang benar. |
Alhamdulillah buku ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya untuk teruskan menulis tesis phD saya.
Mohon doakan saya dapat tamatkan ia dengan baik dan ia memberi manfaat yang bannyak kepada masyarakat.
Amin Ya Rabb
Ya perkongsian yang menarik.. Semua lima point di cover belakang tu sgt betul...
ReplyDeleteDan setuju sgt dgn ayat2 yg di screen shot... Saya pun beberapa kali ajak suami balik M'sia bila rasa down sgt2.. rasa tak mampu nak buat PhD..
Ada la drama air mata depan penyelia beberapa kali... hihihi
Tapi blog bagus juga sebenarnya... jadi medium santai utk dapatkan semangat dan luah perasaan..
Semoga Allah permudahkan urusan menulis tesis ustazah.. Sikit jer lagi tu...
Amin Ya Rabb..
DeleteTerima kasih banyak puan atas doa dan kesudian membaca dan menulis komen di dalam blog ini.
Puan telah lalui liku-liku perjalanan PhD, tentu sudah arif dengan pahit manisnya. Tahniah kerana berjaya menghadapinya.