بسم الله الرحمن الرحيم
Semakin dewasa, kita makin temui jawapan bagi persoalan-persoalan/ masalah-masalah hidup yang kita hadapi.
Makin kita temui cara untuk hidup dengan lebih aman.
Antara hikmah-hikmah yang bermain dalam fikiran saya beberapa hari ini:
1. Janganlah kita asyik mengumpat tentang keburukan sikap orang.
Jika ada yang tidak betul pada dirinya tegurlah. Doakan semoga dia berubah ke arah yang lebih baik.
Semasa remaja, saya berfikiran bahawa manusia ini tidak boleh berubah sikapnya, payah nak ubah.
Makin dewasa saya temui teori itu tidaklah betul 100%. Ada orang yang bersungguh-sungguh berusaha untuk mengubah sikapnya.
Begitu juga, cuba kita renungkan, betapa orang lain sekeliling kita juga banyak bersabar dengan sikap dan kekurangan diri kita.
Dahulu saya fikirkan, diri ini baik sahaja, tak ada menyusahkan orang lain. Makin dewasa makin kita temui banyak sikap dan kekurangan diri kita yang perlu kita perbaiki. Semoga Allah menjadikan kita orang yang berakhlak mulia yang tinggi darjatnya di sisiNya. Amin.
Seringkali berlaku hal ini:
Apabila seseorang berkata keburukan orang di depan kita sedangkan kita nampak orang yang bercakap pun sering melakukan keburukan yang sama.
Kerana itulah mak selalu pesan:
Kata dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih.
Tanpa disedari begitulah jadinya.
Merenung kembali diri ini begitu juga. Ada perkara yang kita tidak suka pada orang lain, namun kita juga ada lakukannya. Astagfirullah...
"Jangan mengata orang lebih-lebih, takut nanti satu hari nanti kitalah yang jadi macam tu."
Kata-kata mak ni macam sumpahan, begitu dunia. Menakutkan!
2. Perkara kedua yang sering bermain dalam fikiran saya ialah:
Kita sering berfikir dan bersangka-sangka. Lebih-lebih zaman Facebook dan Whatsapp ini bagaikan melatih diri kita makin rancak berprasangka dengan orang lain. Astaghfirullah. Lihat apa sahaja post dalam FB dan Whatsapp, pelbagai kata hati yang bermain-main, ditambah lagi dengan komen-komen dari orang lain... Allah... Sungguh terasa fitnah prasangka begitu meraja zaman sekarang. Astaghfirullah...
Dari prasangka membawa pula kepada komen-komen caci maki. Tak dikomen diumpat belakang pula... Astagfirullah.....
Sentiasa memperbanyakkan doa semoga Allah pelihara kita dari sifat-sifat mazmumah ini. Amin Ya Rabb.
3. Saya temui betapa fitrah manusia ini suka dan tertarik dengan kebaikan. Insyaallah kita cuba takluk hati orang lain dengan kebaikan yang ikhlas, bukan membodek insyaAllah.
4. Masalah overthinking.
Seringkali apabila ditimpa masalah, kita berfikir tanpa henti setiap hari. Lebih-lebih lagi orang perempuan. Macam tak boleh nak hentikan berfikir masalah yang menimpa diri.
Meniti usia 30an, jiwa makin sentiasa ingat insyaAllah. Walaupun masalah overthinking masih belum boleh diatasi dengan sempurna, namun setiap kali jadi begitu, setiap kali jugalah akan berdoa: Ya Allah, Engkau bantulah hamba-Mu ini mengatasi masalah ini. Jernihkanlah segala yang hamba hadapi.
Hati kembali tenang dan yakin dengan bantuan Allah berdasarkan pengalaman hidup selama ini. Terkenang kembali segala masalah sebelum ini yang diatasi. Tiada perkara yang mustahil di sisi Allah.
Begitulah kedewasaan dan pengalaman banyak menemukan kita dengan hakikat kehidupan.
Semoga Allah redha. Amin
No comments:
Post a Comment