بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila saya melihat iklan tentang buku ini dalam Whatsapp, antara faktor yang membuatkan saya rasa nak beli adalah kerana terdapat cerita tentang tokoh-tokoh moden yang boleh dijadikan contoh ikutan seperti Dr.Aid Al-Qarni dan Dr.Zakir Naik.
Perkara seterusnya yang menarik minat saya ialah ayat pada cover buku:
"jadikanlah kami teladan bagi orang yang bertaqwa."
Itulah motto dan doa yang sentiasa dibaca saban hari:
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمثقين إماما
Saya kongsikan kebaikan buku ini dalam Facebook peribadi
Antara keterujaan lagi selepas saya dapat dan saya juga membaca buku ini ialah kerana info yang berkualiti dengan rujukannya dan carta yang menarik.
Saya sangat teruja dengan buku ini kerana banyak info yang kita tak sedar seperti hadis tentang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengangkat bayi dalam solat yang masyhur, ramai yang tak perasan bahawa bayi tersebut adalah cucu pertama nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bernama Umamah dan terdapat cerita yang menarik yang terdapat dalam buku ini.
Begitu juga hadis Abu Umair yang mashyur itu, rupanya beliau adalah adik kepada khadam Nabi sallallahu Alaihi Wasallam, Anas bin Malik.
Begitu juga hadis Abu Umair yang mashyur itu, rupanya beliau adalah adik kepada khadam Nabi sallallahu Alaihi Wasallam, Anas bin Malik.
Begitulah beberapa lagi info yang menarik dalam buku ini
Sungguh buku ini amat menarik dan bermanfaat.
Facebook penulis buku ini juga sarat dengan info yang bermanfaat dan berkualiti:
https://www.facebook.com/UstazMLM/
Selamat perolehi ilmu
Facebook penulis buku ini juga sarat dengan info yang bermanfaat dan berkualiti:
https://www.facebook.com/UstazMLM/
Selamat perolehi ilmu
No comments:
Post a Comment