بسم الله الرحمن الرحيم
Zaman sekarang ini berbeza dengan zaman lalu. Makin hari teknologi semakin canggih.
Saya tahu tentang aplikasi YouTube Kids ini dari adik.
Adik saya kata: kelebihan YouTube Kids ini berbanding dengan YouTube biasa adalah kerana ia tidak mengandungi iklan dan video yang pelik-pelik. Hanya video untuk kanak-kanak sahaja.
Aplikasi ini |
Namun bagi kami ada juga video kanak-kanak yang tak melepasi piawaian dari kami.
Terlalu banyak muzik dan terlampau melalaikan.
Lama-kelamaan saya terjumpa cara untuk save video yang tertentu sahaja dalam YouTube Kids dan boleh dimainkan ketika offline.
Jadi hanya download beberapa video yang sesuai sahaja untuk Ahmad Zaid
Video dokumentari tentang haiwan laut sebab Ahmad Zaid sukakan ikan.
Video kartun penjagaan gigi supaya Ahmad Zaid tidak takut untuk gosok gigi.
Yang selebihnya video Alif ba ta dan video pendidikan yang lain. |
Bagi saya ini adalah satu pilihan dari anak terus leka dengan video.
Hanya video yang tertentu sahaja yang ada nilai ilmu kepada anak-anak.
Bagi Abang Abbudey, Abang Abbudey memang tidak suka menonton.
Abdullah pula disediakan video kartun Bahasa Arab yang didownload dalam USB dan cucuk ke TV.
Mereka hanya akan menonton ketika cuti sahaja kerana hari-hari sekolah anak-anak sibuk dengan ulangan hafazan di rumah dan berehat.
Namun saya tidaklah menggalakkan untuk anak-anak menonton video dan kartun. Cuma biarlah kita sediakan pilihan yang lebih selamat dan Soleh dari menonton cerita yang merapu.
Dan janganlah dibiarkan saja anak itu menghadap skrin berjam-jam. Biarlah ada disiplin dan had masa.
Pilihan utama untuk anak-anak masih lagi supaya dapat mempelajari Al-Quran dan Bahasa Arab.
Semoga anak-anak kita cemerlang dalam Al-Quran dan Bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment