بسم الله الرحمن الرحيم
Sungguh ketika kita sakit, emosi kita jadi tidak stabil. Rasa lemah dan sedih yang melampau.
Ketika inilah sokongan orang sekeliling dapat menguatkan diri kita.
Walaupun hanya 2 hari dijangkiti virus demam, tapi ya Allah.. sakitnya.... hingga menangis.
Sakit kepala. Sakit perut. Sakit belakang. Sakit tekak. Sejuk menggigil.
Beberapa hari sebelum itu Ahmad Zaid dan baba yang demam, pelajar dan rakan-rakan sekerja pun ramai yang demam.
Ketika sakit inilah semua ubat ingin dimakan supaya cepat sembuh.
Ahmad Zaid (2 tahun setengah) duduk di sisi memberi semangat kepada mama.
"Ahmad, mama sakit."
"Nah ubat mama."
Tersebik-sebik Ahmad Zaid sedih bila diberitahu mama sakit.
"Ahmad, mama tak larat, Ahmad tolong habaq kat baba mama sakit."
Terus dibuatnya voice mail dan Whatsapp ke baba.
Bersungguh-sungguh Ahmad Zaid bagitahu baba. (Lihat video di bawah)

Abang Abbudey dan Abdullah turut membantu ketika mama sakit.
Tolong layan Ahmad.
Tolong uruskan kerja-kerja rumah.
Buat hafazan sesama sendiri.
Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan..
Minggu sebelum itu hampir 2 minggu tidak dapat bergerak dengan baik akibat jatuh tandas.
Seminggu pertama terbaring sahaja atas katil, nak bangkit pun susah. Mujur ketika itu cuti sekolah beberapa hari kerana hari mengundi.
Teringat pula kenangan ketika zaman kanak-kanak. Allah kurniakan antibodi yang kuat. Dalam setahun pun susah nak dapat demam, macam Abang Abbudey sekarang. Sehingga saya berdoa:
"Ya Allah. Aku nak demam." Kerana cemburu dengan adik beradik lain yang dapat perhatian dari mak sebab demam. Kanak-kanak kan...
Semoga Allah berikan kita kesihatan yang berpanjangan agar dapat melakukan kerja-kerja ibadah kepadaNya. Amin..
Ketika sakit jugalah kita akan teringat jika ada dosa yang dilakukan. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan jadikanlah kita orang yang Soleh yang tidak mengulangi dosa lampau. Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment