Tuesday, October 30, 2018

Keselesaan di media sosial? Whatsapp, Facebook, Blog?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah seringkali perkongsian di dalam status dalam Whatsapp dengan rakan-rakan terdekat dan saudara-mara akan membuahkan idea untuk menulis di blog.

Antara perkongsian status di Whatsapp yang memberi idea untuk menulis di blog seperti yang pernah ditulis dalam entri di sini:






Antara status Whatsapp peribadi yang memberi idea untuk menulis di blog seperti ini:










Sekarang ini selesa pula untuk berkongsi perihal keluarga dan peribadi di ruang status Whatsapp berbanding di Facebook kerana kita boleh tahu lingkungan orang yang lihat status kita hanyalah orang yang kita kenali dan sudah save namanya dalam handphone.


Satu lagi sebab utama ialah kerana orang lain tidak boleh tahu komen orang terhadap status kita kecuali kita sahaja. Jadi, kita boleh kawal komen dari merebak.

Seringkali terlihat komen-komen yang negatif di dalam media sosial membuat kita pun terjerumus berfikir perkara negatif yang sebelum itu tidak terlintas di fikiran kita. 

Itu juga menyebabkan diri takut untuk berkongsi di media sosial, terutamanya Facebook. Apa saja yang dikongsi, ada sahaja komen negatif..Allah... Ramai orang yang berasa demikian.

Facebook lebih selesa untuk dijadikan tempat untuk share idea yang baik dan juga info yang bagus dari page lain.

Seperti ini:
Banyak info yang bagus dalam Facebook.

Cuma kita perlu juga tapis-tapis sejauh mana kesahihannya

*sekalipun kita berdakwah, hindarilah dari mencemuh orang lain*
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang


Banyak muhasabah diri dan info yang bagus juga dalam Facebook.


Blog pula untuk berkongsi nukilan dan rasa hati dengan ayat yang lebih panjang.

IG? Twitter?

Maaf. Saya tidak berminat dengan IG. 

Bagi pendapat peribadi saya manfaatnya kurang kerana kini saya tidak gemar online shopping dan sekadar melihat gambar-gambar sahaja. Ada kawan kongsikan bahawa medan IG bagus untuk online shopping.

Pernah ada akaun kedua-duanya, namun tidak rasa selesa dengan keduanya.

Hati pula berkata:
"Cukuplah Facebook, Blog dan Whatsapp sahaja, supaya aku tak lebih leka mengambil tahu hal orang lain dan hal-hal dunia seterusnya leka dari ibadah dan ilmu, WallahuA'lam."

Allah.. semoga media sosial tidak menjadikan kita lalai, leka dan jauh dari ALLAH...


Nauuzubillahi min zalik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...