بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 6/10/2019
Entri ini hanya bertujuan untuk menyimpan memori indah anak-anak, semoga dikenang kembali saat ini pada masa hadapan.
Doa kami sentiasa moga Allah memanjangkan nikmayNya kepada kita semua hingga kepada nikmat yang teragung sama-sama di Al Firdaus nanti... Ya Rabb.
Ketika di konvensyen Huffaz nusantara, banyak memori indah bersama Ahmad Zaid.
Abdullah dan Abdul Rahman antara penerima sijil Huffaz yang termuda.
Ahmad Zaid sejak 2 minggu telah menunggu dan bertanya setiap hari bila nak pergi hotel?
Dia merasakan dapat bercuti di hotel sangat seronok.
Tiap-tiap hari bangun pagi dia akan bertanya: Kita nak p hotel ke hari ni?
Kami juga sentiasa berpesan kepadanya agar berakhlak mulia dalam musafir ini.
Oleh kerana kami membawa anak kecil, maka kami memilih untuk berada di bahagian atas tepi dewan.
Ketika nama Abdullah dan Abdul Rahman dipanggil untuk menerima skrol, Ahmad bertanya:
Bila depa nak panggil nama Ahmad? Ahmad nak pi ambik kat depan.
Tiba-tiba, bila ada peserta yang bernama Ahmad Zaid dipanggil untuk menerima skrol, Ahmad berkata:
"Mai kopiah Ahmad, depa dah panggil nama Ahmad, Ahmad nak pi depan ni."😅
Kami juga membeli jubah putih dan kopiah untuk Ahmad yang sama dengan abang-abangnya dengan optimis semoga Ahmad juga akan khatam Al-Quran di usia kecil. Amin Ya Rabb.
Ia juga supaya Ahmad tidak rasa terasing berbanding abang-abangnya.
Ketika ingin turun dari kereta apabila sudah sampai di majlis, Ahmad bertanya:
Mana serban Ahmad?😅
Dia mahu sama seperti abang-abangnya.
Alhamdulillah selesai majlis.
Insyaallah Ahmad akan khatam Al-Quran lebih muda dari abang-abangnya
Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua yang berusaha dalam memartabatkan institusi Huffaz di nusantara ini, ganjaran besar Allah sediakan untuk antum semua insya Allah.
Buat anak-anak Huffaz, moga dapat menjaga Al Quran dalam dada sebaiknya seiring dengan ibadah dan akhlak mulia yang selayaknya bagi penghafaz Al-Quran. Amin
Jangan berhenti di sini sahaja. Fahami, tadabbur dan amalkanlah al Quran setiap masa.
No comments:
Post a Comment