بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 6/11/2020
Ketika menulis post tentang Dr Bassam Ajek 2 hari lepas, beberapa orang sahabat yang sama Universiti di Syria dulu turut reply mengenangkan jasa beliau.
Seorang yang tegas namun sentiasa tenang. Ramai mengakui apa yang dituturkan oleh beliau meninggalkan kesan dan menimbulkan keinsafan di hati. Kata² beliau tertib tersusun penuh hikmah.
Para guru di Syria bukanlah mereka yang sering berjenaka, kata² mereka sarat dengan ilmu dan pengajaran.
Dr.Bassam mengajar kami Aqidah tahun 1 dan subjek orientalisme ( _al istishraq_) tahun 4, tidak hanya terikat dengan kitab, malah banyak mengulas tentang isu semasa beserta dengan rujukan pelbagai sumber dan kitab, sering menitipkan nasihat.
Semoga beliau dan guru² kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, beroleh ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment