بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 25/12/2020
Bagi ibu ayah yang ada anak-anak hafaz Al-Quran secara automatiknya kita pun kena turut usaha untuk menjaga hafazan Al-Quran mereka terutamanya ketika cuti sekolah.
"Dah habis tasmik dengan abang? Kalau belum, mai baca dengan mama."
"Kena rajin ulang hafazan, sayang kalau dah hafaz banyak tapi lupa."
Itulah antara ayat ceramah tanpa jemputan yang selalu diulang-ulang.
Ya. Sertai usaha mereka untuk menjaga hafazan. Mulai seawal mungkin moga-moga ia menjadi rutin harian mereka tanpa dipaksa kelak.
Ingat dulu, oleh kerana ramai adik beradik kami hafaz Al-Quran, abah upah ustaz mai tasmik di rumah juga.
Bila pergi mengaji di Syria cari guru tasmik dan buat Sanad. Habis buat Sanad, bila cuti musim panas, cari kawan yang sudi tasmik sehari sejuzuk. Antaranya Kak Maisarah. Maka setiap pagi, berjalan kaki dari rumah kami di sebelah Jamik Sukkar ke Rumah Kak Sarah -Bayt Fathul Mubin- di belakang Jamik Hanabilah (kalau tak silap). Kenangan juga diikuti anjing besar ketika balik dari tasmik, kemudian menyorok dalam bangunan sampai anjing tu pergi. Seram.
Segala usaha kita kepada anak-anak InshaAllah ada ganjaran pada setiap butir perkataan yang diulang saban hari.
Terus semangat ibu ayah dan anak² Hafiz AlQuran👍🏻
No comments:
Post a Comment