Thursday, July 28, 2022

Kisah masjid sekolah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/3/2021


Pernah dulu, bila masuk masjid di sekolah-sekolah lain, mesti hati berkata: "Syoknya masjid sekolah depa besar."



Begitulah kini, selautan pujian dan syukur dipanjatkan dari lubuk hati kepada Allah Subhanahu wata'ala yang mempermudahkan urusan pembinaan masjid Maahad Al Iman Li Ulumil Quran, dengan usaha serta segala bentuk sokongan dari segenap pelusuk masyarakat. Alhamdulillah.


Moga terus meriah dengan ibadah dan majlis ilmu hingga Hari Kiamat.

Monday, July 25, 2022

Pengorbanan ibu ayah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/3/2021


Berjumpa dengan ramai waris pelajar sejak dulu, saya perhatikan ada waris yang semangatnya meluap-luap untuk membentuk anak-anak dengan Al Quran.



Ia terzahir pada sikap cakna terhadap hafazan dan pelajaran anak-anak, pengorbanan wang, masa dan tenaga. Ada perkara yang tanpa ditunjuk-tunjuk pun, ia tetap dapat dilihat.


Melihat kesungguhan dan pengorbanan mereka jauh di sudut hati doa dipanjatkan:


 "Semoga antum jadi seperti mana yang diimpikan oleh ibu ayah antum, berkat usaha, doa murni, air mata dan lelah keringat mereka, pasti tiada yang sia-sia"

Saturday, July 23, 2022

INFO BUKU: ALLAH DI SISI, MASALAH PERGI. DR.FARHAN HADI & USTAZAH FATIMAH SYARHA.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/7/22


Buku ini menunjukkan kepada kita bagaimana sepatutnya kita melihat masalah itu? Kenapa kita diuji? Untuk kembali kepada Ilahi.



TIADA manusia yang tidak ada masalah. Orang kaya ada masalah, orang miskin ada masalah.


Dunia bukan syurga. Dunia: dewan peperiksaan, kita diuji. Bagaimana kita MENJAWAB dan menghadapinya?


Dikongsikan kisah-kisah cara-cara & dalil-dalil mengatasi masalah antaranya dengan istighfar, dekatkan diri dengan Allah, ingat Allah ketika susah dan senang.













Ditambah dengan ilustrasi kartun dan pelan tindakan selepas membaca buku ini.


Buku yang praktikal dan sistematik. Ada tindakan yang perlu anda lakukan selepas membaca buku ini.

Friday, July 22, 2022

Fungsinya kenangan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/3/2021


Beberapa hari lalu, saya terfikir tentang apalah gunanya kenangan yang ada.


Bila terbaca post Facebook Ustaz Hasrizal, ia adalah satu jawapan yang sangat memuaskan hati. Ibarat air dingin yang menghilangkan dahaga di saat panas terik.



Kenangan hanya tinggal kenangan jika kita tidak membentuknya menjadi pelajaran.


Pelajaran untuk diri kita dan orang lain juga.


Ditulis dan disampaikan menjadi satu tulisan indah membentuk pengajaran.


Masya Allah. Ia sangat indah.

Monday, July 18, 2022

Setiap kali punch out

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/3/2021


Lafaz 'Alhamdulillah' setiap kali punch out.


Berakhirnya satu hari lagi dalam kehidupan. 



Walau ada ketikanya ada kecacatan, ada kekurangan, ada penyesalan, azam dan doa sepenuh hati moga esok lebih sempurna.


Insan lemah yang penuh kekurangan, namun tinggi keazaman mengharapkan redha Allah.


Dan masa terus berlalu hingga tiba harinya tiada lagi punch out.

Friday, July 15, 2022

Kenangan detik awal menjadi guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/3/2021


"Jemput ukhti masuk untuk microteaching."

 2 kali (arwah) Ustaz Abdullah, pengetua SMAI Islah Sungai Petani datang jemput di kereta. 


"Tak apa ustaz, saya rasa saya tak jadi nak jadi guru."


Tahun 2007. Usia 22. Jiwa muda yang tak stabil, datang temuduga, pastu habaq tak mau kerja 😅. 



Ragu-ragu antara ingin jadi guru atau suri rumah, kerana kasihkan anak sulung yang berusia setahun.


Mulai detik itu, Allah tentukan perjalanan hidup menjadi guru. Bersama guru-guru senior yang sudah mengajar lebih 20 tahun. 


Belajar erti semangat perguruan, etika seorang guru, kuatnya kesabaran dan utuhnya ketabahan, terus mendidik.

Tuesday, July 12, 2022

Cattus, seekor wanita yang sopan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/3/2021


Bagi orang yang bela 🐱, bercerita tentang 🐱 adalah satu keseronokan walaupun orang lain menyampah😅.


Cattus, kucing marble pemberian rakan Facebook saya dari Melaka. Kucing yang sangat sopan. 



Mempunyai lebih kurang 15 ekor anak (ada yang sudah hilang dan mati😢) antara anaknya yang sudah dewasa ialah Romie.


Pernah bersalin bawah ceracak tiang simen, belakang akuarium, dan kali ini dalam bilik kami (mungkin sebab sejuk).


Setiap kali nak keluar rumah Cattus akan minta izin. Mengiau dan minta bukakan pintu rumah untuk keluar. Selain dari itu Cattus sangat jarang mengiau.


Alhamdulillah, seekor wanita yang sopan.

Saturday, July 9, 2022

Binalah ingatan mendidik

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/3/2021


Satu ucapan rakan guru ketika mesyuarat PIBG Tahfiz Mutmainnah (menengah) - mungkin 8 tahun yang lalu - masih saya ingati:


"Ciptalah kenangan mendidik bersama anak² di rumah, mereka akan ingat hingga dewasa." Lalu beliau ceritakan kenangan ayahnya yang penat pulang bekerja, namun masih menemani anak² belajar ketika malam walaupun ada ketikanya dalam ayah itu keadaan tersengguk-sengguk keletihan.



Sebak. 


Tapi benar, kenangan mak abah mengajar di rumah kita bawa hingga dewasa.


Moga rahmat dan keberkatan Ilahi sentiasa bersama mereka.

Wednesday, July 6, 2022

Menjaga hafazan: Murajaah sendiri atau tasmik dengan orang?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/3/2021


Berikut adalah perkongsian saya dalam status Whatsapp hari ini:








Usahakanlah untuk cari teman yang boleh tasmik hafazan kita. Mungkin susah dan menyusahkan, tapi sangat besar keberkatan bila kita bersungguh-sungguh berkorban untuk menjaga hafazan Al-Quran kita. Percayalah!


Hafaz/ murajaah Al-Quran bukan bererti bersenang lenang tanpa usaha menjaganya.

Sunday, July 3, 2022

Duhai Iman

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 13/3/2021


 Saya masih ingat, antara topik subjek Akidah ketika tahun 1 Kuliah Dakwah 2002 (Yang diajar oleh Dekan, Dr.Bassam Ajek) ialah:

IMAN ITU BERKURANG DAN BERTAMBAH.


Ia bukan bicara tentang orang lain. Ia tentang diri kita. Iman kita.


Bila iman berkurang, terasa lalai leka, tambatlah ia dengan zikir, ilmu, ibadah, Al Quran.



(Nota gambar: beginilah suasana dalam bilik kuliah kami di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Damascus, Syria)

Friday, July 1, 2022

Info buku: Dunia tanpa bunyi. Aina Dayana Hilmi & Siti Farisah Yahya.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru buka mukasurat pertama sahaja, hati sudah tersentuh dengan kata-kata:

" Belajar tidak hanya dengan telinga, tetapi dengan hati."



Masya Allah, sungguh hati terasa mereka adalah insan yang terpilih untuk mengajar di sekolah pendidikan khas. Tidak semua orang mempunyai pengalaman sebegitu. Amat memerlukan kesabaran dan semangat juang yang jitu.










Terlalu banyak ilmu baru yang saya dapat daripada buku ini. Menyelam dalam dunia mereka yang tak pernah kita bayangkan. Memahami diri dan sikap mereka. Suka duka yang mereka tempuhi. Perkara yang amat mudah bagi kita boleh jadi sangat sukar bagi mereka seperti belajar membaca, mengira, belajar solat........


Antara perkara lain yang menarik tentang buku ini ialah background mukasurat yang cantik dan tenang. Sejuk mata memandang 😍.


Terus membaca, terus menuntut ilmu, agar menjadi manusia yang lebih baik.


Buku yang penuh inspirasi, sangat bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...