Friday, July 1, 2022

Info buku: Dunia tanpa bunyi. Aina Dayana Hilmi & Siti Farisah Yahya.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru buka mukasurat pertama sahaja, hati sudah tersentuh dengan kata-kata:

" Belajar tidak hanya dengan telinga, tetapi dengan hati."



Masya Allah, sungguh hati terasa mereka adalah insan yang terpilih untuk mengajar di sekolah pendidikan khas. Tidak semua orang mempunyai pengalaman sebegitu. Amat memerlukan kesabaran dan semangat juang yang jitu.










Terlalu banyak ilmu baru yang saya dapat daripada buku ini. Menyelam dalam dunia mereka yang tak pernah kita bayangkan. Memahami diri dan sikap mereka. Suka duka yang mereka tempuhi. Perkara yang amat mudah bagi kita boleh jadi sangat sukar bagi mereka seperti belajar membaca, mengira, belajar solat........


Antara perkara lain yang menarik tentang buku ini ialah background mukasurat yang cantik dan tenang. Sejuk mata memandang 😍.


Terus membaca, terus menuntut ilmu, agar menjadi manusia yang lebih baik.


Buku yang penuh inspirasi, sangat bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...