Sunday, October 9, 2022

Berlumba-lumba memberi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/4/2021


Alhamdulillah, petang kelmarin terima kurma beku daripada anak murid juga waris pelajar Maahad.


Tak berapa minit selepas itu, seorang lagi waris Maahad wassap kata nak hantarkan kek puding.

Alhamdulillah.

Masyaallah cantik sungguh keknya.

Begitu juga ketika di sekolah pagi kelmarin.

Ketika mengajar pelajaran Fekah kelas darjah 1.

Seorang pelajar perempuan datang memberikan kertas.

"Ustazah, ini untuk ustazah."

"Terima kasih, enti yang lukis ke?"


Beberapa minit selepas itu, seorang lagi pelajar perempuan pula datang menghulurkan kertas lukisan.

"Ustazah, untuk ustazah."

"Terima kasih."


Kemudian seorang lagi pelajar datang memberikan lukisan lagi.😅


Begitulah ragam anak-anak pelajar darjah 1.

Begitu juga pada minggu lepas.

Seorang pelajar perempuan memberikan coklat kepada saya.
Kemudian datang seorang lagi pelajar perempuan, mengeluarkan biskut dari beg bekasnya dan memberikan.

"Jangan, itu bekal kami, nanti kamu tak ada bekal pula untuk rehat nanti.😅"

Serba salah pula kita jadinya.😅

Alhamdulillah.

Semoga Allah memberkati mereka semua.
Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...