Tuesday, October 21, 2025

Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 1.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/23


Musafir kami ke Karanganyar, Solo bermula dari 25/2/23 Sabtu sehingga 28/2/23 Selasa.


Hari Sabtu jam 5 pagi keluar rumah, sampai di Universiti Maulana Maghribi hampir jam 6 petang.


Hari Isnin pula, jam 11.30 malam Isnin keluar dari universiti di Karanganyar, sampai rumah di Kuala Ketil jam 1 tengahari hari Selasa.


Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, semua urusan berjalan lancar, Alhamdulillah.


Walaupun saya sangat risau dan overthinking. Alahai...tak sesuai untuk banyak travel sebab selalu risau. Macam-macam benda dok fikir.


Kami pula banyak pengalaman tak dapat masuk Syria, tersangkut di sempadan Jordan dan Thailand. Pengalaman yang menambahkan kerisauan.


Proses timbang beg pun kita dah ketaq, takut kena tambah duit sebab lebih kilo, inikan pula proses amalan. Itulah yang saya fikirkan.


رب يسر أمورنا


Alhamdulillah proses check in bagasi lancar. Bagasi cukup 40kg yang dibeli. 2 kotak keropok yang beli ketika di Solo juga berjaya dibawa balik.


Cuma untuk bagasi naik dalam kabin ketika pulang ke Malaysia lebih 2kg (9kg). Perlu pindahkan ke beg yang lain. Ada wanita yang bermurah hati memberikan beg woven. Tapi alhamdulillah kami pulangkan semula kerana sudah muat dimasukkan dalam beg lain.


Sebelum itu ketika dalam kereta, dalam perjalanan dari Solo, Sheikh Mahir bercerita tentang pengalamannya yang lebih kilo, tertinggal kapal terbang dan macam-macam lagi.


Ya Allah.... Bertambah risau dengar cerita seperti itu.


Dalam hati banyak-banyak selawat dan zikir, moga Allah permudahkan segala urusan.


Untuk pengajaran, perlu bawa mini timbang beg dan juga beg extra seperti woven beg untuk pindahkan barang jika terlebih kilo. Moga dapat beringat selepas ini. Insyaallah.


Kiranya hanya 2 hari di Solo. Itu pun rasa sangat lama dah. Ahmad pun asyik tanya bila nak sampai Kuala Ketil? Memang jenis yang tak boleh berjalan lama.😅.


Walaupun orang lain rasa kami sangat sekejap di Indonesia, tapi kami pula rasa lama betul di sana.😅


Sheikh Mahir kata: Zalim hanya 2 hari sahaja di Solo. 


Dulu ketika ziarah Sheikh Mahir di Cianjur pun lebih kurang 2,3 hari sahaja di sana.


Cuaca di Karanganyar, Solo seperti di Cianjur, Jakarta. Seperti Cameron Highlands. Kawasan pergunungan yang sejuk dan lembab, kalau sidai baju/ tuala basah, lambat boleh kering.



Tumbuh-tumbuhan di sini hidup segar, masyaallah.


Bagi mereka yang tinggal di sini, bila datang Malaysia terasa sangat panas.😅



Banyak jenis pokok yang mereka tanam dalam kawasan universiti seperti pokok kurma, delima, anggur, buah tin, rambutan, ciku, pisang dan macam-macam lagi.

Masyaallah.

Tanah yang amat subur.






Suasana dingin di sini membuatkan rasa dejavu. Terasa syahdu seperti musim sejuk di asrama di Syria pada tahun pertama.


Jalan menuju ke universiti di sini juga mengingatkan jalan di Sheikh Khalid di Ruknuddin, Dimasyk, Syria. Lorong yang sempit, curam, bukit yang tinggi. Kelihatan sama seperti jalan di Syria dulu. Masyaallah. Sangat mengimbau kenangan di sana.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...