Thursday, October 23, 2025

Semangat tinggi dalam menuntut ilmu. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 2

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/23


Tujuan musafir ke Solo ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang universiti yang diasaskan dan diselia oleh Sheikh Mahir Al Munajjid, guru kami di Syria dulu.


Kawasan sekitar universiti yang sangat subur dengan pelbagai tumbuhan.









Sheikh amat menekankan pengajian ilmu disamping menekuni bidang Al Quran. 


Perlu mahir bacaan/hafazan Al Quran dan juga ilmu-ilmu lain seperti Aqidah, Tafsir, Feqah, Nahu, Bahasa Arab dan lain-lain. 


Sudut ibadat, berbakti kepada guru dan akhlak turut ditekankan.


Moga memberi inspirasi dalam diri anak-anak untuk sentiasa bersemangat menuntut ilmu.


Melihat semangat menuntut ilmu dan menekuni Al Quran di sini membuatkan diri rasa kagum, terinspirasi dan malu sendiri.


Ketika dalam perjalanan untuk makan malam di rumah Sheikh Mahir, Sheikh bawa 2 orang pelajar Chechnya untuk tasmik Al Quran. Masyaallah, sangat menjaga masa dan bersemangat menekuni Al Quran.



"Allah bagi kita rezeki, bagi kita akal yang cerdik, kena belajar sungguh-sungguh. Rugi kalau tak belajar sungguh-sungguh. Semua tu nanti Allah tanya kat akhirat." Mama pesan kat anak-anak semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...