بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis 25/2/23
Rutin bulanan: asingkan gaji untuk mak dan anak-anak.
Waktu mula-mula kerja dulu (17 tahun dulu) abah pesan: "Duit gaji tu, bagi sikit kat mak, kat abah tak payah, takpe."
Alahai, masa tu akal pendek, kalau abah tak peringat, tak buat.
Abah memang tak mau duit. Kalau bagi pun, P.A abah (Dijah) akan pulangkan balik.
Untuk anak-anak, cuba untuk asingkan sorang sikit. Moga-moga memudahkan mereka menuntut ilmu di masa hadapan. Tahun depan, anak sulung dah nak SPM, lepas tu universiti.
Rezeki Allah ada, Allah tetapkan bagi semua hambaNya. Kita usaha, doa, tawakal, jangan tinggalkan kewajipan, tambah amal sunat. moga diberikan KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT. Amin.
Seperti kata-kata dalam kitab Hikam;
اجْتِهادُكَ فيما ضُمِنَ لَكَ وَتَقصيرُكَ فيما طُلِبَ مِنْكَ دَليلٌ عَلى انْطِماسِ البَصيرَةِ مِنْكَ
No comments:
Post a Comment