بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 6/6/23
Ada kisah di sebalik Ahmad menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah rendah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ini.
Sebenarnya Ahmad betul-betul tak mahu nak masuk pertandingan pidato ini kerana dia tak ada pengalaman menghafal dan menyertainya.
Target Ahmad adalah untuk menyertai pertandingan hafazan Al-Quran kerana Ahmad pernah menang dalam pertandingan hafazan Al-Quran peringkat Sekolah-sekolah rendah agama Negeri Kedah.
Jadi keyakinan dan kesukaannya untuk terus menyertai pertandingan hafazan Al-Quran.
Ahmad ada minta mama untuk beritahu ustazah Halaqahnya supaya tukar orang lain.
Tapi mama percaya ada keberkatan pada kita mentaati perintah guru ke arah kebaikan.
Mama cuba positifkan minda dan bagitahu Ahmad bahawa abang-abang dulu pun selalu menyertai pertandingan pidato sejak sekolah Pasti ketika berusia 4 tahun. Hatta Abang Abbudey sering memenangi pertandingan pidato antara sekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah agama antara Negeri Kedah. Alhamdulillah.
Walaupun Ahmad selalu merungut ketika berlatih dan menghafaz pidato, cuba juga untuk latih Ahmad.
Alhamdulillah pada hari pertandingan tersebut, walaupun Ahmad kata dia gementar, Alhamdulillah Ahmad dapat buat dengan baik dan menjadi johan.
Alhamdulillah ada keberkatan pada mentaati perintah guru. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment