بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/3/2024
🧒🏻: Mama, pakcik kat Masjid Jeniang kata kalau nak solat 8 rakaat kena ada tazkirah.😅 (Abdul Rahman dan Abdullah imam terawih 20 rakaat dari awal Ramadhan di sana)
🧕🏻: Abang study buku Nota Hati Ramadhan yang paklong tulis ni. Ayat mudah faham, banyak info dan dalil boleh guna untuk modal kuliah.
Maka, inilah kali PERTAMA Abdul Rahman sampaikan kuliah di masjid.
Malu dan rendah diri pasti ada. Biarkan ada juga rasa rendah diri agar tidak sombong dan rasa diri hebat kerana sifat inilah yang mengeluarkan iblis dari syurga.
Respon rakan-rakan yang melihat status ini:
اللهم احفظ أبناءنا بما تحفظ به عبادك الصالحين.
Moga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. Amin.




No comments:
Post a Comment