Friday, April 29, 2011

Pesta buku 2011 dan menguji hafazan Abg Abbudey

Antara buku yg sempat dibeli di Pesta buku di PWTC:




Buku kraf (isitmewa) Bahasa Arab yang dibeli dari Booth Dar 'Ushama'

Antara kandungan buku 1

kandungan buku 2

Kandungan buku 3

Bahagian2 yg telah dikeluarkan

Arahan untuk melekatkan


Arahan bertulis

gambar bagi kapal terbang yg sudah siap dilekatkan

Happy! Siap dilekatkan



MENGUJI HAFALAN AL-QURAN ABG ABBUDEY
Abg Abbudey diminta untuk menyambung bacaan ayat yang ditanya
(dengan muka yang mengantuk...huhu)


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Sunday, April 24, 2011

tumble bunnies

Utk permainan kraf kali ini blh print dr:
http://madebyjoel.blogspot.com/2011/03/tumble-bunnies.html


Mula dgn mewarna kertas yg sudah diprint

Kertas yg Abg Abbudey siap warnakan

Sesi menggunting pula

Siap diisi guli dan dilekatkan

Arnab ni x meluncur, tp dia bergolek2...menarik kan?


Saksikan bagaimana arnab ini bergolek2 ...bukan meluncur...



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, April 21, 2011

kepentingan dan faedah membuat kraf

Abdul Rahman n Abdullah sering melakukan kraf bersama2..Mungkin ramai yg masih tertanya2 (dan saya sendiri pernah ditanya) apakan faedah dan pentingnya kanak2 melakukan aktiviti kraftangan ini??

Kali ini saya akan kongsikan bersama kepentingan dan manfaat melakukan kraf bersama anak2:

1- Dapat menyalurkan kreativiti dan imiginasi anak2 anda dan membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka..

2- Memperoleh maklumat2 asasi dan penting seperti mengenal warna, nombor, huruf, bintanang dan byk lagi.

3- Melatih dan mendidik anak2 supaya bertenang dan mengawal tingkahlaku ketika melakukan aktiviti ini.

4- Hampir semua seni kraf dapat memajukan koordinasi tangan-mata.

5- Meningkatkan prestasi motor halus (fine motor skill)

6- Anak-anak dapat memperoleh manfaat dan mengetahui bagaimana menggunakan peralatan asas, seperti gunting, gam, warna, water colour, berus warna, benang, seletep dan byk lagi.

7- Mereka juga belajar ttg sains...apa yg berlaku jika mereka melakukan sekian2 perkara...(punca dan akibat!)
8- Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.


9- membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

10- memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

11- pemerhatian secara aktif

12-Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
13-Memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala benda yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara alam sekitar, kebersihan dan kepekaan.
14-Membuat kraf dapat membantu anak-anak belajar nilai-nilai pendidikan, seperti belajar lebih lanjut tentang matematik dengan mengenalpasti bentuk dan saiz. Mereka akan dapat mempelajari lebih lanjut tentang warna dan bentuk, belajar bagaimana mengukur menggunakan pembaris, dan amalan menggambar dan mewarnai. Kegiatan ini membolehkan mereka untuk mengekspresikan diri mereka lebih baik, sehingga membantu mereka mengatasi masalah mereka mungkin telah ada di sekolah.

15- Membuat kraf bersama anak2 juga adalah peluang keemasan bagi ibu bapa untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Mereka pasti akan berinteraksi lebih banyak, dan lebih saling mengenal sikap, kecenderungan dan minat anak2.

JADI....ANDA TENTUKAN SENDIRI INGIN MELAKUKAN AKTIVITI KRAF BERSAMA ANAK2 @ TIDAK??



maklumat lanjut ttg kepentingan dan faedah kraf bagi anak2 blh layari web-site di bawah:
http://kraftworldlinks.blogspot.com/2010/11/importance-of-doing-craft-with-your.html

http://kidskouch.wordpress.com/2010/11/02/craft-classes-on-saturdays/

http://hubpages.com/hub/entertaining-toddler-craft-ideas



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, April 18, 2011

Adik yg rajin mengemas!!!

Antara perkara yg penting apabila melakukan aktiviti ialah MENGEMAS SEMULA barang2. Dan sebenarnya kanak2 boleh dilatih untuk mengemas dan menyimpan barang @ alat permainan selepas bermain.

Caranya: mintalah mereka dan bantulah mereka mengemas setiap kali siap bermain. Tekankan dan beritahu kepentingan kebersihan dan rumah Orang Islam mestilah kemas dan bersih.

Jika mereka tidak dilatih mengemas dan menyimpan semula barang2 @ permainan dari kecil, bermakna anda akan penat mengemas setiap kali habis aktiviti dan membataskan aktiviti anda bersama anak2.

ADik abdullah sedang menyimpan semula lego2


Adik Abdullah yg rajin mengemas selepas melakukan aktiviti ini...
(harapnya semoga terus istiqamah rajinnya)

Apa2pun, ibu bapa perlulah menunjukkan teladan yg baik dalam menjaga kebersihan supaya anak2 dapat mencontohinya....


adik sedang mendodoikan abang yang tidur
(nasyid: hasbi rabbi jallah.)

Tuesday, April 12, 2011

roket belon

Alhamdulillah baru2 ni kami berkesempatan utk melakukan aktiviti sains outdoor ttg tekanan udara menggunakan belon @ blh dinamakan dgn roket belon:

Cara2 utk melakukan aktiviti ini blh dirujuk di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=MHzjlcyL2Ls

Baba membantu anak2 melakukan ekspiremen ini.

Roket belon yang bersiap sedia utk berlepas!

seronok melakukan aktiviti ini berulang kali....

Sama2 melepaskan roket belon!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...