Friday, April 27, 2012

Merasai suasana Fraser Hill/Cameron Highland di Kedah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau beberapa bulan lepas, kami pergi menjelajah di Alor Setar, Kedah, Kali ini kami masih menjelajah di Kedah lagi, tapi nun di atas puncak Gunung Jerai, Gurun.
Sangat dekat dengan Alor Star.

Pada Rabu lepas (25/4/2012) Tahfiz Mutmainnah telah mengadakan mukhaiyyam (perkhemahan) di Gunung Jerai, Gurun, Kedah (post tentang perkhemahan ini akan disiarkan pada masa hadapan setelah complete kumpul gambar).

Oleh kerana baba ditugaskan utk memantau sedikit sebanyak perkhemahan yg diarah oleh Badan Kepimpinan Pelajar Tahfiz Mutmainnah, kami mengambil peluang untuk turut serta bermalam di Gunung Jerai, atas sikit dari kawasan perkhemahan pelajar.

The Regency di Gunung Jerai

Tempat penginapan kami
 Ini adalah kali pertama anak2 pergi Gunung Jerai. Jd ia adalah satu pengalaman dan pelajaran baru berada di tempat baru.


Menuju ke bilik hotel

Dan Alhamdulillah, kerana ada rezeki promosi pada hari tersebut, kami dapat bilik hotel yg sehebat di Palace Of The Golden Horses dengan bayaran bilik utk Seri Malaysia... Sangat berbaloi!

Bilik yg selesa (rasanya semua budak mesti nak melompat atas katil klu sampai hotel kan?)


beranda

Bilik hotel di sini tiada air cond kerana cukup dengan udara dingin dan kipas sahaja.
Dan pada waktu malam, sangat sejuk! jangan lupa bawa kot n jaket!


Suasana di Regency Jerai Hil ini sgt nyaman, sejuk dan menenangkan. Org pun x ramai di sini. Seperti di Fraser Hill atau Cameron Highland cuma tak ramai org sahaja. Mungkin pada hujung minggu ramai org kot

Pemandangan di sini juga penuh dengan bunga2, pokok2 yg byk dan cantik2. bg peminat bunga, takjublah dapat tgok bunga orkid yg besar n gemuk2 di sini.

Di tambah lagi, pembinaan The Regency yg masih baru lagi, jadi semuanya masih elok, cantik dan baru.

pemandangan dr beranda (agak berkabus ketika ini)

Pemandangan Indah apabila hilang kabus, nampak bendang n laut..
Subhanallah!!!

Ya. Mmg sgt segar udara atas Gunung Jerai

Tips bg yg mbawa anak kecil ke Gunung Jerai:
JGN LUPA BAWA JAKET SEKALI kerana cuaca boleh jd sgt sejuk pada waktu pagi, petang dan malam

Info pokok ini!

tinggi x ???

sawah bendang yg terbentang luas di belakang

duduk2

Boleh nampak sawah bendang yg banyak di bawah sana....

menarikkan tanam pokok stail ni?!


Bersiar2 di kawasan The Regency 

Mcm berada di taman bunga pon ada

Abang mencuba batu refleksologi tanpa kasut, adik mencubanya dengan kasut!

swimming pool yg menarik!

ada taman permainan sekali





hati2.. kadang2 ada byk labah2 yg buat sarang antara pokok2



Adik melihat labah2 di atas sana




Pemandangan indah dari beranda bilik ketika matahari terbenam
Abbudey tanya: Kenapa langit ada 3 warna
Subhanallah!
Tempat kami sarapan pagi









Selepas breakfast.
Mmg xde org kan?




Adik belajar berenang

Taman Arnab di The Regency Jerai Hill



Mengejar arnab atau dikejar arnab?

Adik yg sgt excited di Taman Arnab

Komunikasi dengan arnab

Memberanikan diri menggosok arnab




Sedikit gambar keindahan tumbuhan n bunga2 di The Regency Jerai Hill









The Regency Jerai Hill mmg sesuai utk mncari ketenangan n lari sebentar dr stress.. Mmg best n puas hati sehari di Regency Jerai Hill

Sesiapa yg ingin maklumat lanjut/ FB ttg The Regency Jerai Hill bolehlah search google ye? (x bg tau pun xpe....)

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

Sampai rumah di Kuala Ketil, kembali semula panas dan bahang, nak sejuk, p pasang aircond, harap maklum!

Sunday, April 22, 2012

Forum Islam Itu Syumul Bersama Mufti Kedah dan Musabaqah Al-Quran Tahfiz Mutmainnah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhmadulillah pada  1/4/2012 yg lalu Tahfiz Mutmainnag telah menganjurkan Forum Perdana bertajuk "Islam itu Syumul".
 
 Ahli Panel  terdiri daripada:
1- Sahibus Samahah Dato' Paduka Badaruddin Hj Ahmad, Mufti Kedah.
2- Ustaz Husam Dato' Paduka Badaruddin
3-Ustaz Amri Nasron
 
 Forum diperngerusikan oleh Ustaz Md Rodzi Harun bermula pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 12 malam
Bersedia utk Solat Isyak sebelum forum bermula
persembahan nasyid

forum sedang berlansung

Barisan Ahli Panel 

Bertempat di Surau Tahfiz Mutmainnah


Ustaz Sharil Long, pengerusi Tahfiz Mutmainnah
 Dan pada 3/4/2012 pula, Tahfiz Mutmainnah mengadakan Musabaqah Al-Quran bagi memupuk semangat berani dan berkeyakinan tinggi di samping menguji hafalan AL-Quran putera2 TM.



Barisan hakim



Sunday, April 15, 2012

Penggambaran Pesan Atok di TV9, satu pengalaman baru!


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan nikmatnya. Syukur jg ke hadrat Ilahi kerana telah memudahkan segala urusan kami selama ini.


Alhamdulillah, pd hari sabtu lepas (14/4), keluarga kami telah dijemput ke Studio Glenmarie di Shah Alam utk recording rancangan baru terbitan tv9, Pesan Atok (bersama Ustaz Hassan Din). Kami sampai studio pkl 8.30 pg dgn bantuan dr Puan Lina (kerana sesat).





sblm bermula recording
Alhamdulillah, Abdul Rahman diminta utk menyampaikan khutbah, kemudian Abdullah dan Abdul Rahman menghafaz Surah Al-Mulk.


12pm, Adik yg bangun tido,lapar, mkn nasi lemak
(smntara tggu masuk studio)

Sebenarnya, penglibatan kami dlm rancangan ini adalah atas pelawaan dr Puan Lina Karim. Dan Alhamdulillah jg saya sempat bertemu Puan Lina dan keluarga. Ini adalah kali pertama kami bertemu wpun tlh lama berkenalan dan berurusan. Puan Lina jugalah yg byk membantu saya dlam menyebarkan ilmu tentang pendidikan awal Al-quran kepada kanak2.

Mengambil kesempatan mendapat free coklat n sweets (sprt budak2 lain jg)  
Yg kelakarnya, km x sempat lgsg nk bergambar bersama utk kenang2an.. Kalut sgguh!

buat mcm rumah sndiri je....lari sana sini

 Apa yg saya azamkan utk penyertaan dlm rancangan ini bukanlah utk mengejar populariti.

Alah.... takat keluar tv sekali je, xkkan femes la, kalau nak femes, kuar tiap2 hari baru femes.

Tp saya niatkan adalah utk memelajari perkara baru bersama masyarakat luar.

Dan seperti kata Puan Lina, kita niatkan utk menunjukkan kepada masyarakat, bhw anak2 kecil seperti Abdullah dan Abbudey pon boleh menghafal AL-Quran dan berkhutbah jika dididik dengan baik!

bersama atok n cucu2 lain

Saya juga berpendirian supaya anak2 dapat pengalaman baru dan dapat belajar cara utk berkomunikasi dan bekerjasama dgn org yg kita x kenali.


ALLAH!
 Kita juga dapat mengenal anak2 kita bagaimana tindakan dan kesungguhan, keberanian mereka ketika penggamaran dijalankan.

Abdullah mula khusyuk mendengar atok bercerita
 Yg bagusnya, bila balik rumah, anak2 dapat ulang semula dan asyik ulang apa yg atok pesan ketika recording. Ini menunjukkan mereka ingat dan paham apa yg atok pesan wpun ketika recording muka mcm terpinga2.


Abbudey menyampaikan khubah
Apa2pun, kanak2 ttp kanak2. Mereka cepat jemu bila duduk lama sikit, penat, mengantuk sampai Abudey byk kai menguap dpn kamera.

Abdulah pon sampai tertidur2 . Nasib baik penerbit minta Darwisya (anak puan Lina) masuk recoring dulu.

Begitu bagaimana mereka berari, berlawan, merajuk, nak balik rumah krn lama menunggu.

Abbudey n Abdullah
Ahamulillah, semuanya bjln lncr. Km selaku iu bapa pn dpt byk pengalaman baru. Saya sgt salute hn krew Rancangan Pesan Atok yg sgt friendly dan mesra., dr make up artist, penerbit,semua2nya mesra dan ramah! Sgt bekerjasama. xde adegan marah2!

membaca surah Al-mulk
Selepas tamat penggamraran (pkl 2) km terus pecut ke kedah!
semua CERIA!
Siaran ulangan untuk Pesan Atok 2012 ini boleh dilihat di web TONTON di sini (perlu login dulu)
Episod 33 dan episod 40




sedutan dr rancangan Pesan Atok



Sesiapa yg mmpunyai anak2 yg berbakat tilawah, khutbah baca doa2 harian, anda bolehlah rakam aksi anak2 anda dan emelkan ke Puan Lina(linakarim2@gmail.com) dgn emel yg bertajuk utk ujibakat Pesan Atok tv9! 

Thursday, April 5, 2012

JOM SERTAI KEMPEN INI...BERBALOI2!

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya ingin mewar2kan dan mengajak semua pembaca blog cinta-rasul untuk menyertai kempen ini. Sangat bermanfaat dan memberi PULANGAN LUMAYAN kepada anda semua.

- tiada unsur penipuan
- anda pasti tidak akan kecewa
- MLM syarie dan mengikut hukum ISLAM 100%
- halalan taiyyiba!
- tidak ragu2 dan unsur2 haram atau riba!
-model bermula dr $0 ! (wow!.. free tuuuu)

OK. TAK CUKUP GEMPAK LG! baca info di bawah dan anda pasti akan TERUJA!


Kalau anda mengajak rakan2 lain menyertai kempen ini, anda akan dapat 100% dr faedah yg rakan anda dapat!! (tak cukup lumayan lg ke tu cek oi..!)




OK ... tak nak gebang banyak...jom kita tengok kempen ini!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




KELEBIHAN KEMPEN INI ! (MMG X RUGI!)
Add caption
Add caption


Add caption
Add caption

Add caption

LAGI KEUNTUNGAN BERGANDA2 BILA ANDA MENYERTAI PAKEJ NI!
V
V
V
V
V
V
V
V

Bukti yg AMAT KUKUH!

Daripada Abu Hurairah RA: Barangsiapa yg mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala  org  yg mencontohi tanpa mengurangkan pahala pelakunya sedikitpun.
(HR Muslim)


JOM TONTON VIDEO INI... x rugi punya... x buang masa pun.. untung lg adalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...