Tuesday, June 10, 2014

Nikmat anak di usia sekolah rendah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap usia anak penuh dengan memori dan kenangan manis.

Kalau di usia baby, sangat seronok ...dengan haruman wangi bayi yang unik, comelnya bayi, MasyaALLAH...memori yg sangat indah.. MasyaALLAH

sumber google

Sekarang ini anak-anak di usia sekolah rendah juga mempunyai kenangan dan nikmat yang tak terhingga, antaranya ialah:

KEBOLEHAN MEREKA MERINGANKAN KERJA-KERJA RUMAH

Alhamdulillah di usia ini, banyak kerja-kerja rumah yang anak-anak sudah mahir membantu... ALhamdulillah, berkurang penat dan Alhamdulillah bila masa penat, ada yang boleh diharap mengemas rumah.

anak soleh membantu mengemas rumah

Antara yang biasa mereka lakukan:
1- Sidai Baju / Angkat Baju di ampaian

2- sapu sampah, buang sampah , mop lantai, lap meja dan rak

3- Kemas bilik, susun buku, kutip barang-barang yang bersepah2

4- cuci tandas

5- Cuci pinggan (jauhi barang-barang yang tajam dan bahaya)

6- Potong buah dan sayur (setiap kali akan ulang: Pisau jauhkan dari jari, jangan letak jari depan pisau. ALLAH lindungilah kita semua dari malapetaka dan bala, Amin

7- Siang ikan (terutama ikan keli sebab mama geli nak pegang, licin, makan tak geli pulak....huhuhu...pe'el)



sekadar rujukan sampingan
Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH berikan pada usia ini. Harapannya moga-moga mereka sentiasa ringan tulang menjaga kebersihan, Amin,

 Moga anak-anak terus istiqamah menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi orang yang bertaqwa... amin

*** sumber semua gambar: Google Image

Sunday, June 8, 2014

Info Buku: Mengapa Saya Berani

بسم الله الرحمن الرحيم

Abdullah memilih buku ini kerana suka tengok gambar anak kura-kura yang comel ini



buku ini dwi bahasa
terdapat bahasa malaysia dan juga bahasa Inggeris





dwi warna mempermudahkan Abdullah menghayati buku ini.



Buku yang seronok untuk Abdullah . ALhamdulillah. Mengasah lagi skillnya membaca buku. Alhamdulillah

Friday, June 6, 2014

Info Buku: Mauizhah, Nikmat Taman Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini adalah hadiah sempena hari guru dari pelajar Tahfiz kepada suami saya

Sangat bagus isi buku ini

***** Saya sengaja letak gambar bersaiz extra large supaya pengunjung blog ini turut dapat membaca beberapa keratan ilmu dan muhasabah dalam buku ini ,InsyaALLAH.... selamat membaca.

Muka belakang dan harganya

Buku ini adalah syarah kepada kitab Mauizhatul Mukminin
Karya Sheikh Jamaluddin Al-Qasimi

Antara isi kandungan buku yang berharga ini:

antara isi kandungan buku ini

antara isi kandungan buku ini

antara isi kandungan buku ini

antara isi kandungan buku ini


antara isi kandungan buku ini

bab pertama dalam buku ini yang amat mengetuk hati pembaca termasuk saya

Banyak lagi perkara yang perlu kita muhasabah dan perbaiki



Antara keistimewaan buku ini ialah:

1- Peringatan dan teguran tentang perkara yang sangat dekat dengan diri kita

2- Bahasa yang mudah difahami dan santai, tidak bombastik dan terlampau sastera, namun tegurannya amat 'berbisa' (kena batang hidung sendiri.

3- Membuatkan diri pembaca muhasabah diri sendiri dan insaf, astagfirullah

4-Tulisan ayat Al-Quran yang jelas beserta dengan tafsirannya sekali.



antara ayat-ayat yang mengetuk hati



lagi ayat-ayat yang saya suka






Pendek kata buku ini memang amat bernilai isi kandungannya.. .MasyaALLAH.

Banyak perkara yang ditulis dalam buku ini memberi keinsafan dan diri dan mengajar kita untuk buat perubahan dan hidup seharian INsyaALLAH...

Jom khatamkah Surah Al-Kahf (beserta dengan faham tafsirannya dan tadabbur ayat-ayatnya)

Perbanyakkan selawat dan doa di hari jumaat yang mulia ini

Wednesday, June 4, 2014

Tentang visi

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH hari ini kita berbicara tentang VISI









Kita hanya merancang. ALLAH lah yang berkuasa untuk merealisasi semua impian dan visi kita InsyaALLAH

Monday, June 2, 2014

Video: Khusyuknya Abdullah bermain puzzle Quranic Opposites

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dijanji, InsyaALLAH dalam entri kali ini saya akan berkongsi video Abdullah yang begitu tekun dan khusyuk bermain puzzle Quranic Opposites.





Dalam video ini, Abdullah mula dengan membaca dan menceraikan kepingan puzzle, kemudian dia akan mencari dan menyambung semula kepingan puzzle dan menyusunnya dengan rapi dan teliti.

Satu aktiviti yang sangat senyap dan fokus.

Maklumat tentang permainan ini, saya pernah kongsikan di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2014/05/learning-roots-quranic-oposites.html

Perasan tak kenapa saya tak pasang pun audio Al-Quran dalam video ini walaupun kebiasaannya saya akan memasang audio Al-Quran ketika aktiviti senyap sebegini?

Sebab ketika ini hujan lebat, dan guruh kuat, takut nak on laptop... itu sahaja.

OK, semoga permainan seperti ini memberi manfaat kepada anak-anak, INsyaALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...