Saturday, January 16, 2016

Menunaikan janji pergi ke hutan

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti hujung tahun 2015, anak-anak banyak duduk di rumah sahaja memandangkan mama sedang berpantang dan kehadiran ahli keluarga yang baru, Ahmad Zaid.

Namun, dari sebelum cuti lagi, Abdul Rahman dah buat permintaan untuk pergi ke hutan dalam cuti ini.

Oleh kerana ingin memberi ganjaran kepada anak-anak yang banyak membantu menguruskan kerja-kerja rumah ketika cuti ini dan menunaikan janji, Alhamdulillah baba berkesempatan juga untuk membawa mereka masuk hutan.


Sebelum masuk hutan, ajar juga anak-anak doa-doa, moga-moga tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء، وهو السميع العليم


tangkap gambar



Bila dah masuk hutan, adalah pacat dan lintah, pengalaman pertama mereka bila lintah dan pacat panjat naik kaki...Nama pun nak masuk hutan. Anak lelaki kenalah berani.

 Apa-apa pun mereka berdua berpuas hati, lebih-lebih lagi Abang Abbudey yang cukup happy kerana permintaannya tercapai.


muka seronok
Alhamdulillah

Thursday, January 14, 2016

Abang nak buat marble run SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari pada cuti yang lepas, Abdul Rahman menyatakan hasratnya untuk membuat marble run.

Tanya saya, "kenapa tiba tiba nak buat marble run? Ada cerita apa?"

"Abang tengok dalam photobook homeschool kita yang dulu, jadi abang nak buat marble run."


(Cerita tentang kami membuat marble run beberapa tahun yang lalu boleh dibaca di sini,
http://cinta-rasul.blogspot.my/2011/03/kraf-marble-run-menggunakan-kotak.html



memori beberapa tahun yang lalu yang masih diingati oleh Abang Abbudey



Semuanya dilakukan sendiri. Dari panjat kerusi untuk mengambil kotak atas almari, potong, seletep.

Alhamdulillah...Abdul Rahman senyum puas dengan hasil marble run yang dibuatnya.



Alhamdulillah...

Ada memori indah bersama yang diingati dan ingin diulang kembali.

Alhamdulillah...
Anak yang sangat berusaha untuk berdikari dan bersungguh sungguh untuk mendapat hasil yang diimpikan.

Allah memberkatimu wahai anak anakku semua.

Monday, January 11, 2016

Sebuah naluri

بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang bayi yang lahir ke bumi, hadir bersamanya mujahadah seorang ibu dan juga ayah.

Bermula dari alahan, pening pening, keletihan, emosi tidak stabil, kesakitan demi kesakitan hingga lahirnya bayi,

Apabila lahirnya bayi, mujahadah diteruskan dengan gangguan tidur di malam hari, sakit sakit badan akibat menyusukan bayi, kelesuan dan keletihan.

Namun semua kesakitan dan kepenatan terubat bila merenung wajah kecil yang lena. Ibarat dapat menikmati secebis nikmat syurga bila dapat menerung, mencium, memeluk dan menyayangi bayi. Menjadi penawar bagi kesakitan yang dialami dan penguat bagi segala kelesuan.

Demikianlah nikmat yang ingin diulang dan ingin dirasa kembali apabila bayi telah membesar. Lupa sudah serik dan derita sakit yang pernah dilalui, keletihan dan kelesuan yang pernah dialami.

 Antara nikmat anugerahNya Yang Maha Pengasih dan kasih sayangNya mengatasi kasih seorang ibu kepada anaknya. MOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA DENGAN KASIH SAYANGNYA.

Thursday, January 7, 2016

Melukis kereta , memanfaatkan buku lama

بسم الله الرحمن الرحيم


Adakalanya ada sesetengah buku yang ada dirumah tidak dimanfaatkan oleh anak anak, tapi bila sampai masanya, mereka akan mencari dan memanfaatkannya.

Seperti buku yang dihadiahkan oleh Mak Long Safiyyah ini.

















Dahulu, anak anak merasakan tidak mampu untuk melukis seperti yang diajar di dalam buku ini, tapi bila datang hobi melukis kereta, mereka akam berusaha bersungguh sungguh untuk belajar melukis dari buku ini.








ops, yang ini Abbudey belajar lukis dari buku lain
Nikmat dapat mempelajari dan mahir dalam sesuatu perkara yang baru patut dipuji dan akan menggembirakan hati anak-anak apabila mereka mahir dalam hobi mereka.

Alhamdulillah

Sunday, January 3, 2016

Kenapa Ahmad Zaid?

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa ramai orang yang akan bertanya tentang pemilihan nama anak.

Antara sebab kami pilih nama Ahmad Zaid ialah:

1. Sejak zaman universiti, ketika mendengar warden asrama (anisah ula) menyampaikan kisah para sahabat selepas majlis zikir selepas isyak, saya sangat suka dan tertarik dengan kisah Zaid bin Haristah. Seorang hamba yang dijadikan anak angkat Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Kisah kasih sayang Rasulullah sallahu alaihi wasallam kepada zaid hingga digelar 'hibbu rasulillah sallahu alaihi wasallam' amat terkesan dalam diri hingga saya berazam untuk menamakan anak di masa hadapan dengan nama zaid.







Zaid juga adalah satu satunya nama sahabat yang termaktub dalam Al quran.

Ahmad juga adalah nama Rasulullah sallahu alaihi wassalam yang disebut di dalam Alquran.

2. Zaid bin Tsabit pula antara penulis wahyu.




Sungguh para sahabat masing masing mempunyai kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Moga anak anak ini dapat mencontohi mereka dan menjadi insan yang hebat di sisi Allah, menjadi insan yang dikasihi Allah dan RasulNya. Amin ya rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...