Tuesday, June 21, 2016

Info Buku: Anakku Brain Tumor

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku kali ini saya beli ketika sedang mengandungkan Ahmad Zaid. 
Namun ketika mengandung, sensitiviti sangat tinggi terhadap perkara-perkara yang sedih berkaitan kanak-kanak, maka saya tidak boleh membaca buku ini. 

Macam-macam fikiran negatif yang terbayang. Ketika mengandung sebolehnya saya cuba menguatkan diri dengan aura dan info-info positif.

Segala yang negatif, saya cuma untuk jauhinya. Mudah sungguh tersentuh dengan cerita sedih ketika mengandung.

Selepas mendapat Ahmad Zaid, aktiviti membaca banyak tertangguh kerana kelesuan tubuh badan dan banyak masa digunakan untuk menulis tesis dan menerbitkan buku lain.

Alhamdulillah, bila ada kelapangan masa, nikmat dapat membaca sangatlah seronok sehingga sanggup tidak pejam mata selagi tidak habis membaca buku ini.

Feeling sedih tidaklah seteruk ketika mengandung, Alhamdulillah

Sebenarnya sudah lama saya berkenan untuk membeli buku ini, tapi
ada rasa takut untuk membacanya.

Takut sedih.


Buku ini tulisan Puan Isyah Radhiah (isteri kepada Che Amran, penasyid Raihan) ini adalah yang kedua saya beli selepas buku pertamanya, Nikmatnya sakit bersalin yang pernah saya tuliskan infonya di sini:



Sejujurnya saya suka dan tertarik dengan gaya penceritaan Puan Isyah. Sangat menyentuh hati dan menitiskan air mata (walaupun kesan sensitiviti telah berkurang berbanding ketika mengandung)

Gaya bahasanya mudah.

Penceritaan membuatkan kita seperti berada ditempatnya.

Membaca buku ini membuatkan kita mendesak-desak diri untuk terus mengikuti perjalanan hidup keluarga mereka bersama anak yang diketahui mempunyai tumor otak ketika berusia 9 tahun dan ketika suami berada di luar negara.







Amat menyayat hati.

Buku ini juga menjelas dan memberi info tentang segala rawatan yang mereka usahakan untuk mengubati tumor otak anak mereka.

Bukan sekadar cerita sahaja, namun terdapat banyak info yang berguna yang berkaitan dan doa-doa serta ayat-ayat Al-Quran yang baik diamalkan.

Sangat bagus seperti Buku Nikmatnya sakit Bersalin

Membangkitkan rasa bersyukur terhadap semua kurniaan ALLAH.

Moga ALLAH pelihara kita semua dan memberi ganjaraan atas setiap ujian yang dilalui. 
Amin

Saturday, June 18, 2016

Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaanku dari kecil!

بسم الله الرحمن الرحيم

Orang yang berdekatan dengan saya termasuk pembaca blog ini tentu sudah lama mengetahui tentang cita-cita saya sejak kecil untuk menjadi seorang penulis.

Perjalanan hidup berbekalkan cita-cita ini ada turun naiknya.

Ada masanya terasa kenapalah begitu sukar sekali untuk menulis sebuah buku? apatah lagi menerbitkannya.

Sampai satu tahap, saya pernah berfikir bahawa diri ini mungkin tidak ditakdirkan Ilahi untuk menjadi seorang penulis.

Ketika itu saya kuburkan cita-cita untuk menjadi penulis.

"Mungkin Allah telah tentukan jalan yang lebih baik untuk aku." Hati sendiri memujuk.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati, cinta untuk menulis tetap ada. Jika ditawarkan peluang, pasti direbut untuk menerbitkan buku.


Hari ini apabila melihat hasil tulisan saya bersama suami makin bertambah pada setiap tahun, hati ini sepenuhnya memanjatkan syukur kepada Allah subhanahu Wa Taala.

"Ya ALLAH, Engkau sering memperkenankan cita-cita dan impianku di saat aku sendiri melihat ia adalah mustahil. MasyaALLAH."

Azam saya untuk terus menulis dan menerbitkan lebih banyak buku. 

Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kami di akhirat kelak. 

Semoga anak-anak juga dapat menjejaki usaha untuk menghasil buku kerana kebanyakkan ulama sejak zaman berzaman pasti akan hasilkan bahan bacaan.  

Hasilnya, walaupun mereka sudah meninggal beratus-ratus tahun yang lalu, hasil tulis mereka masih dapat ditatap dan dirujuk.

Makbulkanlah permintaan kami Ya Rabb!

Wednesday, June 15, 2016

Soalan... Carilah jawapannya?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin berkongsi beberapa soalan yang asyik berlegar-legar dalam fikiran sejak sehari dua ini:
  1. Hidup kita singkat sahaja di dunia ini? Apakah kita cukup memberi kepada orang lain? Adakah orang yang akan mendoakan kita selepas kematian kita?
  2. Hidup kita singkat. Adakah kita sudah cukup memberi bekalan kepada anak-anak untuk mereka menempuh zaman remaja dan masa depan mereka nanti?
  3. Adakah amalan kita ini sudah cukup untuk mendapat redha ALLAH di akhirat kelak?
  4. Adakah apa yang kita lakukan pada saat ini menambahkan timbangan kebaikan kita di akhirat nanti?
  5. Adakah apa yang kita lakukan pada hari ini menambah kasih ALLAH kepada kita ?
  6. Adakah kita telah cukup corakkan anak-anak kita dengan corak yang ALLAH redha?
إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
TUHANKU, ENGKAULAH TUJUAN HIDUPKU
DAN 
KEREDHAANMU ADALAH DAMBAANKU

Saturday, June 11, 2016

Syahdu Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Bulan Ramadhan punya aromanya tersendiri.

Walaupun biasa berpuasa di bulan-bulan lain, namun berpuasa di Bulan lain mempunyai rasa yang berlainan.

Hari pertama Ramadhan punya rasa sunyi dan syahdu yang istimewa.

Tidak sama rasanya dengan hari-hari biasa.

MasyaALLAH

Allah berkatilah kita semua dalam Bulan Ramadhan ini.

Janganlah kita keluar dari Bulan Ramadhan kecuali dalam keadaan bertaqwa dan lebih baik ibadahnya.

Video Abdullah dan Abdul Rahman bersolat terawih berjemaah dalam bilik mereka. Mama tak dapat berjemaah sama kerana 'melayan' Ahmad Zaid.


Perasaan sayu 'mak-mak' melihat anak-anak sudah boleh solat berjemaah dan menjadi imam. Dulu anak ni kecil macam Ahmad Zaid saja...


Allah jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.
Aminn...

Sunday, June 5, 2016

Bagaimana bermulanya sebuah buku?

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH azam kami adalah untuk menerbitkan paling-paling tidak sebuah buku baharu dalam setahun. (Semoga ALLAH memperkenankan doa dan azam kami ini.)

Untuk Ramadhan kali ini, inilah buku yang kami terbitkan. 
Alhamdulillah


Buku ini mengulas tentang ayat-ayat Alquran yang bermula dengan panggilan Allah kepada orang mukmin dengan lafaz:
يا أيها الذين آمنوا
"Wahai orang yang beriman...."



Proses menulis buku ilmiah adalah berbeza dari proses menulis buku yang berlatarbelakangkan pengalaman peribadi.

Masing-masing mempunyai keunikan, keseronokkan dan cabarannya yang tersendiri.

Untuk menulis buku yang berdasarkan pengalaman sendiri, cabarannya adalah pada menyusun ayat-ayat yang indah berbunga-bunga bagi memberi rasa dan menyentuh hati pembaca.


Bagi buku ilmiah pula, cabarannya adalah pada mengumpul bahan ilmiah, menyusunnya dan menerangkannya dalam bahasa yang mudah untuk difahami dan dapat menarik minat pembaca.


Buku kami bermula melalui beberapa peringkat:

1- Sama-sama berbincang tentang apakah isi yang buku yang ingin ditulis.

2- Mengenali sasaran pembaca

3- Mengenal pasti kepentingan isi buku yang ditulis



4- Mengumpulkan bahan-bahan samada hadis, ayat Al-Quran, pendapat ulama dan lain-lain

5- Memberi ulasan & penerangan beserta dengan dalil dan bukti yang kukuh bersama dengan rujukannya sekali

6- Semakan

7- Semakan


8- Semakan

9- Memberi kepada orang lain untuk proses semakan

10- Hantar untuk layout dan design cover

11- Semakan lagi

12- Semakan semula


13- Cetakan

14- Jualan

Walaupun proses semakan dilakukan berulang kali dan menyuruh orang lain untuk turut menyemak, namun kadangkala ada juga kesalahan setelah dicetak.





Beginilah sedikit sebanyak pengamalan kami menulis dan menerbitkan buku.

Doakan kami dapat terus menulis dan memberikan manfaat kepada masyarakat ...Aminn..

***gambar-gambar di atas adalah petikan dari  buku TUHAN MEMANGGILKU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...