Friday, July 13, 2018

Tambahan ilmu tentang mimpi ngeri

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila dipublish secara automatik entri ini:

Alhamdulillah pada malam tersebut, Allah lorongkan saya untuk menonton Kuliah Maghrib Live Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim yang mengulas tentang buku tulisannya yang bertajuk Ayat-ayat Syaitan: Membongkar Rahsia Jin, Syaitan dan Iblis Di Dalam Al-Quran.

Boleh lihat dan beli di sini:
https://play.google.com/store/books/details?id=6hAJAwAAQBAJ


Alhamdulillah pada minit 27:00, ustaz ada mengulas tentang serangan syaitan dalam bentuk mimpi ngeri dan bagaimana secara saitifiknya badan yang sakit juga boleh menjadi punca kepada mimpi ngeri.


Sumber gambar dari video:
https://www.facebook.com/lensakuliah/videos/1654033544632073/?fref=mentions&pnref=story
Minit 27: 00 (-22:51)


Satu ulasan yang baik yang memberikan ilmu tentang post entri yang berkaitan pada hari tersebut dalam blog ini.


Alhamdulillah...

Semoga ALLAH lindungi kita semua dari segala gangguan syaitan yang direjam

Tuesday, July 10, 2018

Jadilah unik yang terpuji

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa kali, saya sering terfikir bahawa kita tidak terlalu mengikut apa yang dilakukan oleh orang ramai.

Kita juga perlu melakukan perkara yang ramai orang tidak lakukan.

Namun pastikan perkara itu adalah betul, tidak langgar syariat dan dimurkai ALLAH.

Bukanlah bermaksud, jika orang solat subuh 2 rakaat, kita solat 4 rakaat untuk menjadi unik dan lain dari orang lain.

Namun sebenarnya banyak perkara yang ditinggalkan oleh orang zaman sekarang yang patut kita lakukan.

Antaranya sunnah-sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang kian disisihkan.

Begitu juga, jika kita dapati ramai orang tidak berbicara tentang ketuhanan dan Al-Quran, jadilah kita orang yang berbicara tentang perkara tersebut.

Jika kita dapati ramai orang tidak menyebut dan mengajak orang lain membaca buku, jadilah kita orang yang menggalakkan orang dengan budaya ilmu dan membaca.

Jadilah orang yang melawan arus peradaran masa pada sudut yang positif.

Teringat hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
Maksud Hadis:
Jangan kalian menjadi imma’ah! Kalian mengatakan : ‘Jika manusia berbuat baik, kami pun akan berbuat baik; jika mereka berbuat kezaliman, kami juga akan berbuat zalim’. Akan tetapi, kokohkan diri kalian. Jika manusia berbuat baik, kalian juga berbuat baik, jika mereka berbuat buruk, maka jangan kalian berlaku zalim”. (HR. at-Tirmidzi dan beliau meng-hasan-kannya)


Imma’ah adalah orang yang tidak punya pendirian. Ia mengikuti pendapat setiap orang dan tidak pernah istiqamah diatas sesuatu pun.




Semoga bermanfaat 

*Sumber gambar: Google

Saturday, July 7, 2018

Info Buku: Buku-buku yang mengaitkan kehidupan berpandukan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah saya berjumpa dengan buku-buku yang menarik yang mengaitkan apa yang berlaku dalam kehidupan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Keistimewaan buku-buku ini ialah:

1- Menggunakan bahasa yang mudah dan santai

2- Mendatangkan kisah-kisah benar yang adakalanya dipandang biasa, namun ada kaitan dan iktibarnya yang boleh dipandang dari sudut Al-Quran.

3- Penulisnya merupakan orang yang khusus dan mendalami bidang Al-Quran dan tafsir. InsyaALLAH dikemukakan tafsir yang betul dan jauh dari terpesong

4- Kisah-kisah dalam buku ini mampu menjadikan muhasabah buat diri kita.


Inilah buku-bukunya:







MasyaALLAH. Sungguh cara takjub dan suka dengan gaya penulisan seperti buku-buku ini. Sehingga timbul cita-cita untuk menulis seperti ini juga;

InsyaALLAH banyak manfaat yang anda boleh dapat dari buku ini.

Selamat membaca.

Wednesday, July 4, 2018

Berkongsi Isi Kandungan Buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjadi kebiasaan manusia, dia suka berkongsi info perkara yang diminatinya samada makanan yang sedap, perkara yang menarik dan apa sahaja, kerana naluri kemanusiaan yang suka berkongsi.

Begitu juga menjadi hobi saya untuk berkongsi buku-buku yang menarik dan juga isi kandungan yang berjaya menyentuh hati.

Kerana itulah sudah ratusan buku yang telah saya baca dan dirasakan menarik dibuat ulasan di dalam blog ini, di sini:

Semoga ia bermanfaat kepada orang lain.

Perubahan kemajuan media sosial juga membuatkan kini saya suka untuk berkongsikan kandungan isi buku yang menarik di dalam status Whatsapp ataupun Facebook.


Dia Bukan Lelaki Biasa, Syarafuddin Sulaiman.
https://play.google.com/store/books/details?id=zrPYCQAAQBAJ






Penawar Duka Pengubat Sengsara, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
https://play.google.com/store/books/details?id=NIuBDQAAQBAJ












InsyaALLAH, semoga ia menarik minat masyarakat untuk membaca buku.

Membaca buku dapat menambah ilmu dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

Alhamdulillah.

Sunday, July 1, 2018

Membiasakan Ahmad Zaid dengan buku

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti Abang Abbudey dan Abang Abdullah yang telah kami biasakan dengan buku sejak dari kecil, begitu juga dengan Ahmad Zaid, kami ingin mendidik dia mencintai bahan bacaan sejak dari kecil, sama seperti abang-abangnya.

Semasa bayi, kami pernah belikan buku kain yang sesuai kepada Ahmad Zaid. Pernah ditulis di sini:

Ketika ke Hasani, abang-abang sudah pandai memilih buku bacaan sendiri (yang akan ditapis dan lihat dahulu jika ada isi kandungan yang tak sesuai). Untuk Ahmad Zaid, teringin nak belikan buku aktiviti seperti abang-abangnya dahulu. Seperti yang pernah ditulis di sini:




Tetapi tak ada stok pula.

Lalu dibelikan untuk Ahmad Zaid buku Aulad ini:

Saya pernah tulis tentang kecanggihan Majalah AULAD ini dalam entri di sini:

Kami baca dan cerita tentang gambar-gambar di dalam buku kepada Ahmad Zaid.

Alhamdulillah.. Pada usia 2 tahun 4 bulan ini, Ahmad sudah pandai bercerita tentang eksperesi yang difahaminya dalam buku.

Seperti gambar di bawah ini:
Ahmad Zaid tunjuk pada gambar tersebut dan berkata:
"Mama, dia ghiyau (menangis)"

InsyaALLAH semoga akan lebih banyak membaca bersama Ahmad Zaid dan anak-anak akan mencintai bahan bacaan yang baik-baik.

Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...