Friday, August 16, 2019

Info buku: Ya Allah, kakak nak pergi Kaabah

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku kali ini adalah hasil karya adik junior ketika menuntut di Syria yang sangat berminat dalam bidang penulisan, mempunyai semangat yang tinggi untuk menerbitkan buku dan sering menyertai kursus penulisan. Masya Allah sangat kagum dengan semangat dan minat beliau yang tinggi.


Buku kali ini adalah catatan perjalanan umrah persendirian (bukan bersama agensi umrah) pasangan suami isteri (mengandung) + bersama sepasang anak kecil, padat dengan panduan dan pelbagai tips insyaallah dapat memberikan ilmu baru kepada pembaca, membangkitkan rasa rindu kepada Tanah Haram.



Semua tips dikongsikan dengan terperinci.

Amat membantu.


Bermulanya impian untuk menunaikan umrah.



Fridge Magnet yang signifikan

Masyaallah.

Sangat takjub bila mereka memandu kereta sendiri sepanjang di Mekah dan Madinah.

Pastinya lebih selesa dan bebas untuk bergerak bersama anak-anak kecil.







Tips membeli belah turut disediakan untuk panduan pembaca


Ujian yang tidak diduga apabila kereta hilang, kereta sorong anak, kerusi roda dan kasut hilang di Masjidil Haram dan Mekah...

Subhanallah...

Sungguh ia adalah ujian Allah.



Banyak tips yang dikongsikan.

Sungguh apabila membaca buku ini, saya ibarat turut sama merasai perasaan penulis.

Saat gembira dan turut tersenyum apabila  menghitunghari untuk sampai ke Mekah dan setelah tiba di sana.

Rasa bimbang memikirkan anak-anak yang perlu duduk lama dalam kapal terbang.

Risau, penat, sedih..... pelbagai emosi terkandung dalam buku ini.


Banyak ilmu dan pengalaman baru yang dapat diambil dari buku ini.

Keseluruhan perbelanjaan mereka untuk umrah diy ini termasuk membeli belah adalah RM14,000 sahaja.

Masyaallah.

Insyaallah kita juga akan dikurniakan rezeki untuk beribadah di Tanah Haram. Amin.

Kata-kata yang baik

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 30/4/2019

Ketika saya membaca post ini di Facebook, saya terfikir dalam kembali yakin bahawa kata-kata yang baik itu adalah penawar bagi hati kita dan orang lain.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2674311759259918&id=245964752094643


Ya Allah.....

Mudahnya untuk menggembirakan orang lain, memberi sedikit penawar kepada kedukaan orang lain.

Dengan kata-kata.

Tanpa perlu mengeluarkan modal material.

Moga kata-kata menjadi inspirasi, penawar, penaik semangat kepada orang lain.

Yang penting semua itu pasti ada ganjaran di sisi Allah.

Mudahnya membuat pahala




Monday, August 12, 2019

Merebut pahala

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 28/4/2019.


Antara perkara yang membuatkan saya rasa takjub apabila pergi ke masjid ialah ada insan yang sudi untuk kalihkan dan susun kasut-kasut jemaah masjid.

Ia membuatkan hati rasa tenang dan selesa apabila melihat kasut yang tersusun elok. Malahan juga memudahkan urusan orang lain.





Perkara ini kami bualkan dalam kereta bersama anak-anak selepas pulang dari kuliah baba di masjid.

Abdul Rahman: Abang tau sapa yang susun kasut tu. Tadi abang nampak masa abang pi toilet. Pak guard yang susun kasut tu waktu semua orang solat maghrib. Pak Guard tu tak solat maghrib!

Baba: Bukanlah. Pak Guard tu dia kena jaga time semua orang solat. Kan selalu jadi orang masuk curi barang jemaah masa jemaah tengah solat. Pak Guard tu solat lepas tu.


Begitulah. Jika ada salah faham yang berlaku dalam pemikiran anak-anak , segeralah betulkannya.

Setiap amalan walaupun kecil, pasti ada ganjaran di sisi Allah.

Semoga Allah memberkati beliau dan kita semua insyaAllah

Thursday, August 8, 2019

Pesanan yang diingati

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 28/4/2019

Seringkali dalam kenderaan pasti banyak komunikasi yang berlaku antara kami sekeluarga.

Maklumlah apa lagi yang boleh dilakukan apabila duduk sahaja dalam kereta.

Biasanya samada anak-anak nasyid bersama-sama, mengulang hafazan dan menyembang.

Antara dialog yang berlaku:

- Mama: Abang, ni mama nak pesan.

- Abdul Rahman dan Abdullah: Takpe takpe, kami tau dah apa yang mama nak pesan.

- Mama: Apa dia?

Anak-anak: Ulang Al Quran banyak-banyak.

Mama: kedua?

- Anak-anak: Jangan kawan dengan Banat.

- Ketiga: Jangan mencuri.

Mama: Keempat?

Anak-anak: Mesti mengaji sampai phD





Begitulah sehingga banyak angkanya.... Dalam hati saya kagum dan bersyukur kerana anak-anak mengingati apa yang saya sebutkan kepada mereka selama ini.

Alhamdulillah....

Akhir sekali saya beritahu apa yang saya ingin pesan kepada mereka:

"Mama nak pesan kalau solat yang bergerak banyak sangat."

Begitulah dalam hidup kita, kita saling perlukan teguran antara satu sama lain. Saling mengingatkan antara satu sama lain agar kita menjadi hamba yang diredhai Allah.




Sunday, August 4, 2019

Hikmah di sebalik paksaan ibu bapa (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم


**** sambungan dari entri yang lepas:


3- Mak abah menghantar kami ke Syria.

Walaupun pada mulanya, rasa memberontak dan tidak mahu ke sana ( yelah, tak pernah duduk asrama pun, tiba-tiba nak kena pergi Syria, yang zaman tu rasa tandus, tiada kehijauan), kini amat bersyukur.

Syria bumi yang berkat, ulamaknya ikhlas, pengajiannya berkesan di hati.

Jika abah merasa bersyukur kerana menghantar kami ke sana, kami lebih lagi bersyukur mendapat banyak manfaat dari pengajian di sana.





4- Ketika saya perlu berucap di hadapan pelajar dalam Bahasa Inggeris, saya teringat dulu abah pernah hantar saya untuk mengambil kursus Bahasa Inggeris di British Council.

Alhamdulillah dari situ, sedikit sebanyak membuatkan saya agak berkeyakinan untuk menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.

Dari situ saya merasa MasyaAllah.....betapa keputusan dan paksaan mak abah banyak manfaat kepada kita ketika dewasa.



Moga Allah ampunkan dosa mak abah dan tempatkan mak abah di dalam syurga Firdaus tanpa dihisab...

Ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...