Sunday, January 7, 2024

BILA MASA AHMAD HAFAL AL QURAN?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/12/2021


Setiap hari lepas balik sekolah, akan pesan kepada Ahmad: "Mandi dulu, nanti panas badan, demam."


Lepas itu, Ahmad akan keluar main. Pukul 6 balik rumah untuk uruskan kucing-kucing (bersihkan sangkar, tukar makanan dan air kucing)



Habis tu bila masa Ahmad hafaz Al-Quran?


Lepas solat Maghrib, makan dan mula hafaz Al-Quran. Sekali sekala mama akan hanyut ke alam mimpi sambil ajar Ahmad, tapi Ahmad tetap bermata bulat dan ghenyih. Banyak energinya.😅


Ahmad mesti selesai hafaz sebelum jam 9 malam kerana mama pula ada kelas Al-Quran dengan ustazah.


Begitulah perjalanan harian Ahmad. Masa hafaz Al-Quran sikit ja, main tu yang banyak😅. Alam kanak-kanak, begitulah.

Friday, January 5, 2024

REVIU BUKU: GURU AINI

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021



Ia tentang cita-cita, semangat, usaha, cabaran yang menjerat putus asa, pelajar yang terinspirasi dengan guru.



Guru genius yang mencari pelajar genius matematik nun jauh di pedalaman. Agar menjadi bukti orang miskin juga mampu menjadi tokoh matematik. Memerangi fenomena math anxiety. Walau ditawarkan pelbagai kerjaya mewah, tetap tekadnya menjadi guru matematik.







Pelajar miskin, tidak cerdik yang ingin menjadi genius matematik sebagai jalan untuk menjadi doktor demi mengubati penyakit misteri ayahnya.


Buku yang sarat dengan nilai. Penulisan yang sangat bersemangat. Adakalanya lucu.

Wednesday, January 3, 2024

HAFAZAN IBARAT MENANAM POKOK DI BATAS.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021


Pokok yang lama ditanam perlu dijaga, dibaja, disiram agar terus membesar dengan sihat dan elok.


Walaupun anak pokok baru ditanam, jika dibiarkan pokok lama tanpa perhatian, akhirnya dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran😔.


Pokok lama mati tanpa hasil, pokok baru pula masih muda, belum ada hasilnya.



Begitulah hafazan Al-Quran. Yang lama perlu diberi perhatian walau bertambah hafazan baru.



Ya. Usaha yang kuat seiring doa agar dipermudahkan Allah.

Monday, January 1, 2024

KENAPA DAH 4 BULAN, BARU ULANG SAMPAI JUZ 13?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2021


Ini kerana setiap juz baru yang diulang, akan diulang semula juz yang sebelumnya.


Contoh:

Ahad: Juz 12. Isnin: Juz 11. Selasa Juz 10.....hinggalah Juz 1. 


Bila masuk pula juz 13, ulang balik juz belakang. Seperti dalam jadual ini.



Target saya ialah ulangan hafazan dengan 0% kesalahan. Ia mudah untuk juz 5 hingga 1. Makin banyak hafazan, ia perlu lebih usaha dan fokus.


Adakalanya berlaku kesalahan yang pelik. Contoh pernah lupa langsung ayat ke2 Surah Al Imran. Langsung tak ingat.😅


Hafazan Al-Quran itu kurniaan Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik semula ingatan hafazan kita jika tidak ditunaikan haknya. Berusaha dan berdoalah agar ia tersemat kukuh dalam hati.

Masihi @ Hijri?

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Saya tak ingat bila masa saya mula ambil berat tentang tarikh Hijri selain Bulan Ramadhan dan Syawal.


Cuma pernah terlintas dalam hati kalau kita tak ambil berat tentang tarikh Hijri, siapa lagi yang kita harapkan untuk tahu tarikh Hijri? 


Sejak dari itu, saya wajibkan diri warga sekolah rendah untuk tulis tarikh Hijri SETIAP HARI. Alhamdulillah usaha ini berterusan bertahun-tahun. 



Jazakumullahu Khairan Kathira atas kerjasama guru-guru. Allah jualah yang memberikan ganjaran.


Moga usaha kecil ini membuatkan kita mengambil berat tentang tarikh Hijri di samping tarikh masihi yang kita gunakan setiap hari. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...