Wednesday, December 10, 2025

Bila mama mahu menghafal.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/3/23


🧕🏻: Mama susah nak hafal kitab Al Hikam. Payah betul nak ingat.



🧒🏻: Habis tu Al Quran mama ingat. 


🧕🏻: Al Quran mama hafal masa kecik. Ni dah tua nak hafal pulak, rasa macam tak masuk dalam otak. Macam nak letak minyak kat otak pastu tonyoh dengan kertas pasir😅.


Kenapa nak hafal Hikam?




Kitab Al Hikam banyak sangat manfaat bagi hati. Sudah ikuti kuliah syarahannya. Sheikh Waiel Al Hambali pernah cerita, mereka hafal kitab tersebut. Dari situ dapat inspirasi.

Bila hafal Hikam, banyak yang boleh kita jadikan syahid/ dalil dalam peristiwa. 


Contohnya ketika lihat tulisan ini, saya teringat Hikam Al Atiyyah:




Ibarat kata-kata dalam Kitab Al Hikam (masih mencuba untuk hafaz, doakan😢):


تَنَوَّعَتْ أَجْناسُ الأَعْمالِ لَتَنَوُّعِ وارِداتِ الأَحْوالِ


Jenis amal itu bermacam-macam. 

Kerana keadaan manusia itu pelbagai.

Monday, December 8, 2025

Kisah Ahmad

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23


KISAH 1:

🧕🏻: Ahmad boleh pi azan kat masjid dah. Lagi 5 minit masuk waktu. Azan sedap-sedap tau.

👦🏻: Semalam Ahmad azan tak sedap ke?

🧕🏻: Errrr.....Sedap. Hari ni azan lagi sedap lagi tau😅


♥️♥️♥️♥️♥️♥️



KISAH 2:

👦🏻: Mama, Ahmad rasa macam nak kiamat dah la.

🧕🏻: Awat pulak?

👦🏻: Sebab ramai orang mati lani. 

(Sebulan dua ni kami banyak terima kehilangan orang-orang terdekat)

😢

Saturday, December 6, 2025

Bagaimana untuk mendapatkan CINTA ALLAH?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23




Cara untuk mendapatkan CINTA ALLAH ialah: sempurnakan KEWAJIPAN dan banyakkan AMALAN SUNAT.

Thursday, December 4, 2025

Lebih baik garang?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23



Seriously, ini juga prinsip saya lebih 15 tahun lepas.


Kemudian, saya rasa macam Allah tunjuk satu-satu bila banyak keadaan, Allah datangkan orang yang garang dan orang yang lembut dengan kita. Mana satu yang kita suka?😢 


Betul-betul kena pada diri sendiri 😢


Dan saya buat satu kesimpulan: Bersederhana adalah yang terbaik. 


Jangan simpan dalam hati. Tapi luahkan dengan berakhlak. (Hakikat tak mudah nak lakukan sebab kita bukan tenang dalam setiap masa, ada je masa rasa nak mengamuk🤣. Tapi luahkan dengan berakhlak itulah yang terbaik, insyaallah)


(( Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.))


 Pernah rasa kesan amat dalam bila ada orang tersakiti dengan kata-kata/ sikap garang kita. Rasa bersalah tu lama. Lagi-lagi bila kita tak jumpa dah orang tu.😢


Semoga kita sentiasa dapat bermuamalah dengan akhlak yang baik.

Tuesday, December 2, 2025

Memori tentang amal mereka yang telah pergi.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/3/23


Memori ketika kanak-kanak menyaksikan abah, mak, pakwa, makwa bersemangat jaga solat-solat sunat dan puasa sunat. 


Sedang kita malas melakukannya ketika itu.



Kini abah tak mampu untuk puasa dan solat sunat. Pakwa dan makwa dah lama meninggal. Ada ingatan tentang amal mereka dalam memori. Moga Allah menerimanya.


Moga kita juga begitu. Ada amal yang dapat dicontohi oleh zuriat ketika kita sudah TIDAK MAMPU melakukannya. 


{ وَٱجۡعَل لِّی لِسَانَ صِدۡقࣲ فِی ٱلۡـَٔاخِرِینَ }

[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 84]


((Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian.))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...