Wednesday, July 2, 2014

Buku rm10 jadi rm3 ??!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Seronokkan kan kalau dapat beli buku yang harga biasanya rm10 jatuh jadi rm3??? Lebih-lebih lagi bila buku itu dari kertas yang berkualiti dan juga bahan-bahan yang kualiti.

Jom kita tengok buku apa yang boleh jadi harga murah sangat tu??


harga asalnya ialah hampir rm10


tapi dijual di kedai buku Hasani dengan harga rm3!!

Ini adalah kerana kedai buku HASANI di Sungai Petani, Kedah mengadakan karnival buku musim cuti sekolah. 

Memang pada kebiasaannya HASANI akan mengadakan karnival buku pada setiap cuti sekolah.


Ia adalah satu perkara yang baik, jadi bolehlah borong buku untuk bacaan pada musim cuti sekolah yang panjang.

Ini kami beli pada cuti penggal pertama yang lepas.

kami beli 5 buah:

1- Haiwan RImba
2- Haiwan Savana
3- Ular
4- Monyet
5- Cicak

Dari total rm50 jadi rm 15...

seronoknya. MasyaALLAH

=)



Buku-buku ini pula berkertas tebal seperti kotak dan penuh warna warni.

Kanak-kanak kan sangat suka untuk membaca dana mengambil tahu tentang binatang-binatang. Kerana itulah banyak kali pergi zoo pun mereka tak bosan-bosan lagi.





Mari sama-sama kita baca tentang kebesaran ciptaan ALLAH pada binatang-binatang yang ALLAH ciptakan ini.














Selamat membaca.

Monday, June 30, 2014

Menghafaz Al-Quran dengan Al-Quran Android

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah salah satu inisiatif supaya anak-anak dapat hafaz Al-Quran walaupun terlupa bawak Al-QUran.

Kerana itulah saya sangat suka dengan Aplikasi Al-Quran Android dalam handphone, kerana Handphone adalah antara benda yang sentiasa melekat dengan diri kita, jadi bila-bila masa lapang kita boleh baca Al-Quran.

Begitu juga dengan anak-anak. Contohnya: dalam perjalanan jauh dalam kereta, dan kita tidak bawa AL-Quran, tapi dengan adanya aplikasi Al-Quran dalam Handphone kita boleh menyemak hafazan mereka dan meminta mereka menghafaz AL-Quran.


Aplikasi Al-Quran Androin yang sudah didownload

info ttg Al-Quran Android

Untuk mendengar bacaan, anda perlu download dahulu bacaan sheikh2 ini
banyak pilihan bacaan sheikh yang boleh dipilih



jika anda klik pada icon repeat itu sekali
bacaan satu-satu ayat akan diulang dua kali

jika klik dua kali, bacaan satu-satu ayat akan diulang
tiga kali

jika kosong sahaja, bacaan seperti biasa

Jadi, ia adalah satu cara yang menarik untuk menghafaz Al-Quran sambil melihat dan mendengar bacaan sheikh

Ayat yang dibaca oleh sheikh akan dihighlight dengan warna hijau seperti ayat pertama Surah Muzammil di atas.


Saya pernah mencatatkan tentang AL-Quran dalam handphone di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/06/anak-menghafaz-al-quran-menggunakan.html

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/05/aplikasi-al-quran-dalam-sony-ericsson.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/05/perancangan-kukuh-dan-rapi-untuk.html

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/rutin-baru-abang-abbudey.html

**NOTA: SILA AMBIL PERHATIAN:
Walaupun secanggih mana pun aplikasi2 al-quran yg moden ini, tetapi saya tidak menafikan keutamaan untuk membaca AL-Quran dan menghafalnya dari mushaf (kitab) AL-Quran yang asli kerana adakalanya ada kesilapan ejaan dan kesilapan yang lain2 pada aplikasi tersebut. 

Dan mushaf yang bertulisan besar adalah lebih baik dari mushaf yang bertulisan kecil kerana lebih jelas huruf2nya, barisnya dan tulisannya.. (Ini juga adalah pendapat peribadi saya)

APLIKASI CANGGIH MANGGIH SEPERTI INI ADALAH SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR SAHAJA UNTUK MEMUPUK MINAT ANAK2 MENNGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN DAN MUSHAF AL-QURAN ADALAH ALAT UTAMA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN

Saturday, June 28, 2014

Tafsir Al-Quran dalam Al-Quran Android

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah salah satu kelebihan Quran Android...

Iaitu tafsir Al-Quran.

Ini juga adalah salah satu usaha untuk mentadabbur Al-Quran seperti mana yang pernah ditulis Di sini

Boleh download Quran android dahulu

selepas buka, pergi ke settings


klik pada translations



cari dan download malay translations untuk terjemahan
Bahasa Melayu

Boleh juga terjemahan dan tafisr yang lain

sudah tentu perlu ada line internet ketika download ini

selepas selesai downloa sekali ini, tafsir boleh diguna tanpa line internet, bila2 masa sahaja



klik lama dan klik translate untuk terjemahan satu ayat

tekan icon bumi di atas itu untuk terjemahan mukasurat

terjemahan untuk satu mukasurat terus
slid ke sebelah untuk tukar mukasurat terus

Yg ini pula versi selepas update al-Quran Android

yang ini versi selepas quran android diupdate

klik sahaja icon bumi itu untuk terjemahan


akan  keluar terjemahan ayatnya

dan klik sahaja ayat yang lain untuk terjemahan ayat lain, seperti di bawah ini
apabila klik sahaja ayat lain,
akan terus terjemahan ayat lain

satu update yang menyenangkan, Alhamdulillah

Saya pernah mencatatkan tentang AL-Quran dalam handphone di sini:




**NOTA: SILA AMBIL PERHATIAN:
Walaupun secanggih mana pun aplikasi2 al-quran yg moden ini, tetapi saya tidak menafikan keutamaan untuk membaca AL-Quran dan menghafalnya dari mushaf (kitab) AL-Quran yang asli kerana adakalanya ada kesilapan ejaan dan kesilapan yang lain2 pada aplikasi tersebut. 

Dan mushaf yang bertulisan besar adalah lebih baik dari mushaf yang bertulisan kecil kerana lebih jelas huruf2nya, barisnya dan tulisannya.. (Ini juga adalah pendapat peribadi saya)

APLIKASI CANGGIH MANGGIH SEPERTI INI ADALAH SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR SAHAJA UNTUK MEMUPUK MINAT ANAK2 MENNGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN DAN MUSHAF AL-QURAN ADALAH ALAT UTAMA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN


ALLAH terangi hati kita semua untuk mentadabbur dan menghayati kalamNya. Amin Ya Rabb

MOGA APLIKASI SEBEGINI MAMPU MEMBUAT KITA LEBIH BERDAMPINGAN DENGAN AL-QURAN DAH TAFSIRNYA, LEBIH2 PADA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.

RAMADHAN KAREEM. KULLU AM WA ANTUM DI ALFI KHAIR

Thursday, June 26, 2014

Galakkan anak-anak membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada bulan lepas, ada seorang rakan bertanya kepada saya:

BAGAIMANA NAK BAGI ANAK RAJIN MEMBACA?

Jawapan saya ialah:



Kenalkan anak-anak dengan keseronokkan buku ...
Tunjukkan reaksi yang sangat happy bila baca buku kepada mereka

Bacakan buku untuk mereka

Bawa mereka ke kedai dan biar mereka pilih dan beli buku untuk diri sendiri

Jangan beli banyak.... nanti tak terbaca

Beli sedikit-sedikit dulu

INgatkan mereka:
"Mesti baca buku ini sampai habis ye?"

Raikan mereka dengan buku

Jika ada apa2 kejayaan, hadiahkanlah juga dengan buku

Pastikan di rumah sentiada ada buku baru yang menarik minat anak-anak membaca

Buku-buku bersiri sangat menarik minat anak-anak untuk membaca
supaya mereka dapat mengetahui sambungan kisah dalam buku tersebut

ya!

Kurangkan dan jauhkan anak-anak dari gadjets ,tv , games dan yang seumpamanya

Aktiviti yang menyeronokkkan

Kadang2 di akhir buku cerita , terdapat soalan tentang kisah tersebut,
anak-anak sangat seronok bila dapat menjawab bersama-sama


Begitu juga dengan buku teka-teki

Anak-anak sangat suka dengan buku teka teki

Adakala, baca juga buku untuk mereka

Mereka tentu sukakannya

Jika di rumah penuh dengan buku, wakafkan buku tersebut di
perpustakaan sekolah atau rumah kebajikan. Manfaat buku
tersebut dapat dipanjangkan kepada orang lain...
InsyaALLAH

Dan beli lagi buku baru..... yea!

=)


Suasana di bilik mereka apabila ada buku cerita baharu yang mereka pilih sendiri
Alhamdulilah

SELAMAT MEMBACA
ALLAH BERKATI KITA SEMUA

Tuesday, June 24, 2014

Pyssla Beads keychain

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut adalah antara hasil key chain pyssla beads yang Abang Abbudey buat


Bintang ninja

setelah Abang ABbudey susun
sebelum distrika




              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
yang ini uwais buat

Fokus untuk susun dan reka beads

anak-anak lelaki ini sangat suka bentuk ini
mereka kata ini bentuk bintang ninja

Key chain Daisy Duck ini Abbudey buat untuk kakak sepupunya

Keychain Goofy untuk Uwais
dan keychain Daisy Duck untuk Aufa
semua ini Abang Abbudey buat sendiri

macam2 design yang direka Abang Abbudey


***Mama hanya tolong strikakan dan pasangkan besi keychain.... =)

Permainan yang bagus untuk menambah kreativiti anak2......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...