Thursday, April 16, 2015

Harian Metro 15 April 2015

بسم الله الرحمن الرحيم












Sumber:

Monday, April 13, 2015

Info Buku kanak-kanak: Finding Nemo

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini adalah pilihan Abdullah pada Big Bad Wolf Books Penang yang lepas



Bayangkan harganya dijual rm8 berbanding harga asal sekitar USD24



Oleh kerana Abdullah pernah menonton kartun ini, jadi dia teringin untuk membeli buku ini.
Boleh asahlah skill membaca Bahasa inggeris InsyaALLAH

Saturday, April 11, 2015

Info Buku kanak-kanak: A Busy day with Dylan The Dinosaur and t-rex

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pertengahan bulan lepas, kami sempat singgah di Big Bad Wolf Books di Penang Times Square dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kuala Lumpur.

Kami tidak singgah lama memandangkan semua sudah kepenatan duduk lama dalam kereta dari Kuala Lumpur.



Ini adalah activity book yang Abdullah pilih.

Jika Abang Abbudey lebih cenderung dan sukakan buku-buku tentang kenderaan, Abdullah pula lebih sukakan buku bertemakan binatang.

Memang Abdullah selalu akan memilih buku-buku yang bertemakan binatang untuk dibeli dan dibaca.




Terdapat big puzzle untuk dijadikan tanah/ bumi, gunung berapi, beberapa batang pokok dan dinosaur mainan dalam buku ini






Kisah dogeng Dinosaur


Thursday, April 9, 2015

Senaskhah Al-quran peneman menghafaz

بسم الله الرحمن الرحيم

Selalunya jika tahfiz, pelajar akan dinasihatkan supaya menghafaz dari sebuah Al-Quran sahaja dan tidak bertukar-tukar Al-Quran ketika menghafaz dan mengulang AL-Quran. Ini adalah supaya kita biasa dengan AL-Quran tersebut dan kita sedar dengan kesalahan yang ditanda di dalam Al-Quran.

Ketika pulang ke rumah di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu, saya terjumpa AL-Quran yang saya guna untuk mengulang dan menghafaz Al-Quran hampir 20 tahun yang lalu.

Al-Quran yang menjadi teman ketika belajar di Syria dulu juga.

pembalut AL-Quran ini telah banyak kali koyak dan bertukar.

Akhir sekali dibalut dengan kertas warna, berwarna kuning dan dibalut dengan plastik pula.

Saya pun tak ingat apakah pemikiran remaja yang saya fikirkan ketika itu hingga membalut Al-Quran ini dengan kertas warna (kuning pulak tu) beberapa tahun sebelum datang ke Syria lagi.

Tapi ada seorang sahabat dari America yang tinggal satu bilik di asrama di Syria dulu yang mengatakan bahawa dia sukakan Al-Quran 'kuning' ini kerana ia kelihatan lama, antik dan mempunyai nilai-nilai memori dan kenangan kepada pemiliknya.


Al-Quran ini adalah hadiah lulus Juz Amma dari tahfiz pada tahun 1996. Hampir 20 tahun yang lalu.
Boleh jadi bahan sejarah peribadi.


Tarikh, hari dan tempat khatam Al-Quran

Catatan tarikh khatam Al-Quran pada tahun 2005 (sepuluh tahun dah) ketika diSyria bulu


Di tepi Al-Quran saya catat surah dan ayat yang hampir sama dengan ayat di dalam mukasurat tersebut

penanda Al-Quran dari kad raya

Belakang Penanda Al-Quran itu saya tulis doa Al-Quran yang kini
jadi amalan para pelajar di tahfiz


tanda-tanda kesalahan dan ayat yang lupa ketika menghafaz dan mengulang Al-Quran dulu
Begitulah betapa pentingnya kita memiliki dan setia dengan satu Al-Quran sahaja ketika menghafaz dan mengulang Al-Quran supaya kita dapat ingat kesalahan kita pada setiap mukasurat dan kita juga punya banyak kenangan dan memori dengan Al-Quran tersebut.

Tuesday, April 7, 2015

Kisah dari ustazah yang sentiasa melekat di hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila seseorang itu sering bercerita tentang kisah-kisah lama, bermakna dia sudah termasuk dalam kategori orang tua...haha.. kerana orang muda dan kanak-kanak suka bercerita tentang masa hadapan dan cita-cita dan orang tua suka bercerita tentang memori-memori indah dan kenangan lama.

Begitulah diri ini yang sudah masuk ke era 30an, macam-macam kenangan lama sering berpusing-pusing di minda. Dari kenangan makan asam pedas yang sedap dengan roti canai di kedai yang berhampiran dengan Masjid Negeri Melaka hinggalah kenangan-kenangan zaman persekolahan bersama adik beradik, guru-guru, saudara-mara dan ramai lagi yang memeriahkan memori selama 30 tahun ini, Alhamdulillah.

Ketika kecil dahulu, mak selalu bercerita tentang zaman mak ketika kanak-kanak, zaman sekolah, zaman mak berjalan jauh untuk ke sekolah, dan macam-macam cerita. Kami bertanya macamana mak boleh ingat lagi kisah mak masa kecil? Mak kata: Ada beberapa peristiwa yang akan kita ingat selalu walaupun masanya makin jauh kita tinggalkan

Sekarang saya amat faham kata-kata dan perasaan mak yang menceritakan kisah-kisah lama dengan anak-anak. Tapi sayangnya album-album gambar zaman kanak-kanak sudah dimakan anai-anai. Kalau tidak, boleh berkongsi cerita dan kisah lalu dengan anak-anak lebih rancak lagi.

Teringat juga sebuah cerita yang diceritakan oleh Ustazah Mariatul Qibtiyah sewaktu di sekolah dahulu. Kisah seorang wanita yang menghafaz Al-Quran dan mencari masa untuk mengulang hafazan Al-Quran dalam seharian walaupun sibuk dengan pelbagai tugas. 

Selagi hidup, selagi itulah kita tak lepas sebut perkataan 'sibuk', sehinggakan ia menjadi alasan yang paling kukuh untuk mengelak dari sebarang amanah dan tugasan... haha

Kembali ke kisah wanita tersebut, apa yang dia lakukan untuk mencuri masa untuk mengulang hafazannya ialah dia cuba untuk mengulang hafazannya pada setiap kerjanya. Ketika masak mengulang AL-Quran, ketika memotong bawang mengulang Al-Quran, ketika menyapu dan membersihkan rumah mengulang Al-Quran. Hasilnya hafazan Al-Qurannya menjadi kukuh di hati, InsyaALLAH.

Kisah yang diceritakan ustazah ketika saya bersekolah rendah ini walaupun tidak ingat siapakah wanita itu, walaupun saya tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita itu, namun kisah ini amat menarik perhatian dan minat saya dari hari saya mendengar cerita itu dan sering menjadi motivasi kepada diri ini untuk sentiasa mengulang AL-Quran walau sesibuk manapun kita. Cubalah curi masa-masa kita memasak, mengemas rumah atau apa sahaja untuk mengulang hafazan.

Begitulah kuasa kata-kata, cerita dan nasihat.
Ada ketikanya ada nasihat, cerita, kata-kata dari orang samada ibu bapa kita, rakan, guru atau siapa sahaja yang menarik perhatian kita dan membuatkan kata-kata sentiasa melekat di hati dan minda sepanjang masa.

Begitu jugalah yang saya ceritakan kepada anak-anak. Dan Abang Abbudey sering membaca potongan ayat Al-Quran dalam sehariannya, selalunya hingga menjerit-jerit (anak ini memang bersuara kuat). Tak sampai hati nak suruh diam dari membaca Al-Quran dan tahu dia akan kata:
" Tak baik halang orang baca AL-Quran."
Jadinya cuma bagitau Abang Abbudey supaya membaca Al-Quran elok-elok, jangan menjerit-jerit.

Teringat juga ustaz di sekolah dulu yang mempunyai quran sebesar tapak tangan yang boleh sentiasa ada dalam poket atas baju dan diulang pada ruang-ruang masa.

ALLAH BERKATILAH HIDUP KITA SEMUA DENGAN AL-QURAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...