Friday, June 28, 2019

Reviu buku: Meniti Masa Berbaki

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah....

Membaca buku ini membuatkan hati rasa sebak.


Alhamdulillah buku ini saya habiskan baca dalam masa sehari.

Antara keistimewaan buku ini ialah ia adalah sebuah buku yang cantik...

Gambar dalam dia sangat menarik.

Ayat-ayat di dalam buku ini sangat menyentuh hati dan perasaan

Terlalu banyak yang membuatkan hati merasa hiba

Berikut adalah beberapa helaian yang menjadi kesukaan saya dan saya kongsikan dalam media sosial saya.






















MasyaAllah.

Tahniah kepada penulis-penulis buku ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha mereka

Sungguh ia sebuah buku yang menarik.

Alhamdulillah.

Tuesday, June 25, 2019

Bila Abang Abbudey ajarkan ilmu baru

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, mama ingat tak ayat dalam Surah Al Qasas ni?" Abang Abbudey mula bertanya.


" Mama tau tak kenapa  pada ayat pertama yang tentang malam, Allah sebut hujung ayat 'mendengar', bila ayat selepas dia pasal siang, hujung ayat, Allah sebut 'melihat?' "



"Sebab antara hikmahnya ialah sebab malam kita boleh dengar tapi tak boleh lihat, siang pulak kita boleh lihat. Abang belajar kat maahad." Abang Abbudey memberikan jawapan.


Masya Allah..

Ilmu baru untuk mama dari anak-anak.


Moga anak-anak terus istiqamah mencintai ilmu dan menjadi ulama yang cintakan Allah dan dicintaiNya."

Amin Ya Rabb

Saturday, June 22, 2019

Didikan abah tentang masa dan solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh makin kita dewasa makin kita mendapat inspirasi dari didikan ibu ayah kita dahulu.

Sungguhpun semua manusia punya salah silap, namun yang baik jadikanlah ikutan, yang buruk itu jadikanlah sempadan.

Antara didikan mak abah yang terkesan di hati dan saya syukuri kerana dididik sedemikian ialah budaya menepati masa dan menghargai masa.


Bila abah menulis tentang masa.

Sungguh.

Ramai orang tak hormati masa orang lain bila terlewat.

Terkesan dengan didikan abah sejak dari kecil, saya cuba sedaya mungkin untuk tidak lewat dapat setiap keadaan.

Antara yang utama ialah tidak melewat-lewatkan solat.

Allah bantulah kita semua untuk solat di awal waktu.

Ada orang yang tidak rasa bersalah apabila lambat. Tidak berubah.

Muka sardin bak kata Puan Roza Roslan dalam bukunya

Mungkin kita boleh terlewat sekali dua, namun janganlah dijadikan tabiat


Begitu juga apabila Puan Roza Roslan menulis tentang masa


Pakwa juga adalah seorang yang cukup menepati masa


Antara lain didikan mak abah yang memberi inspirasi kepada saya ialah:
Mak abah tak pernah jemu-jemu menyuruh dan mengajak anak-anak lelaki solat di masjid setiap hari setiap kali azan hingga kini.

Seringkali rasa bersyukur dengan didikan mak abah apabila melihat orang lain yang bersikap tidak peduli dalam hal-hal sebegini.

Ya-Allah, moga kami juga dapat mendidik anak-anak dengan lebih baik. Ya Rabb

Wednesday, June 19, 2019

Pembakar semangat untuk terus menulis blog

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh..


Kelmarin saya berasa lemau, tak ada semangat untuk menulis blog.

Saya adukan kepada adik saya dan minta pandangannya.. Dijah yang mempunyai peranan lebih baik dari Google.

Alhamdulillah.. selepas itu kembali bersemangat untuk menulis blog. Saya kembali menulis.

Ketika Google gambar abah untuk menulis tentang didikan abah tentang masa, saya terjumpa kembali blog abah.... Bertahun-tahun yang lalu...

Abah mula menulis blog pada zaman blogger pun tak wujud lagi.

14 tahun yang lalu, ketika saya membaca blog abah, masya-Allah, sungguh memberikan inspirasi...Saya menanam cita-cita untuk menulis seperti abah.


Tulisan abah sempena hari kelahiran Abang Abbudey yang membuatkan status abah berubah..

Cucu sulung

Abah menulis memori pertama kami menjejakkan kaki ke Syria.

Saya baca setiap tulisan abah.

Sungguh adakalanya tulisan itu lebih baik dari berkata-kata.

Ia adakalanya cara yang lebih mudah untuk menzahirkan isi hati.

MasyaAllah.

Betapa Allah As Sami' Yang Maha Mendengar hasrat hati hambaNya yang ingin menulis seperti abah. Tak lama pun selepas itu, kira-kira setahun selepas itu, ketika kami pulang ke Malaysia Allah lorongkan kami untuk belajar membuka blog dari abang ipar.

Ia perkara yang remeh, tetapi ia ada permulaan untuk saya menulis seperti abah... Menulis dengan istiqamah hingga hampir 13 tahun..

Dan ketika saya berputus asa untuk menulis, Allah ingatkan semula hasrat hati saya bertahun-tahun yang lalu malahan sejak dari kecil ingin menjadi penulis.  Allah telah perkenankan hasrat hati itu maka janganlah dipersiakan.

Ya Allah.

Puji dan syukur selayaknya buatMu.

Sunday, June 16, 2019

Kata-kata yang baik penawar hati

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah...

Sungguh terasa di hati bahawa kata-kata yang baik itu dapat menenangkan fikiran dan menjadi penawar ketika duka.



Begitulah yang dirasakan.

Tatkala lelah seharian, ada ketikanya saya ambil surat dan kad yang ditulis ikhlas oleh para pelajar dan baca semula...


Senyuman terukir di bibir.

Alhamdulillah...



Bagaimana air yang sejuk dapat menghilangkan dahaga dan memberi kenikmatan kepada insan yang dahaga, begitu jugalah kata-kata yang baik menjadi penawar dan penyejuk hati.

Moga Allah sentiasa rezekikan kita untuk sentiasa berkata-kata yang baik-baik sahaja.

Ya Rabb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...