Friday, July 31, 2020

Ahmad Zaid nak jadi imam

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2019

Ahmad Zaid pada usia 4 tahun ini sangat tercabar dengan abang-abangnya yang sudah menjadi imam di masjid-masjid.

"Ahmad pun nak jadi imam. Ahmad dah pandai baca Al-Quran."

Kesukaannya juga untuk pakai serban ke masjid ketika ikut baba ke kuliah maghrib.

Memang Ahmad boleh dah hafaz sikit-sikit Surah Al-Mulk dan surah-surah pendek, tapi belum boleh jadi imam lagi.

Kecik sangat.

Abdullah pun mula jadi imam di masjid ketika darjah 5. Ahmad baru 4 tahun.

"Ahmad dah besar katanya."



Seperti kanak-kanak biasa juga, Ahmad biasa saja bising di masjid.

Memang selalu pesan kat Ahmad jangan bising dan menjerit di masjid.

Bila nampak mesin jual air di masjid-masjid, pasti dia nak membeli air tin atau air kotak.

Insyaallah. Ahmad bagi elok lagi bacaan Al-Quran, khatam hafazan Al-Quran seperti abang-abang, insyaallah selepas itu boleh menjadi imam.

Amin..


Sunday, July 26, 2020

Doakan baba mama

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 24/12/2019


"Doakan baba mama, ustaz ustazah, semua-semua setiap kali khatam Al-Quran." Pesanan diberikan kepada anak-anak.

"Sheikh Muhyiddin Kurdi pun bagi wasiat dalam syahadah sanad agar doakan beliau setiap kali khatam." Tambah mama lagi

Sanad yang telah diterjemahkan di institut terjemahan negara

Laporan hafazan Abdullah


Teks asal sanad

Untuk ulangan hafazan Al-Quran Abdullah kali ini agak memakan masa 2 bulan lebih untuk menamatkan pusingan hafazan dari mukasurat 1 hingga mukasurat 604.

Biasanya murajaah hariannya sebanyak 20 mukasurat. Di hujung-hujung tahun ini, dengan peperiksaan, latihan nasyid, ulangan hafazan dikurangkan 50% atas kekangan masa.

Istimewanya penghafaz Al-Quran, khatam Al-Quran menjadi rutin kehidupan. Perlu istiqamah murajaah hafazan tanpa henti. Ia adalah amanah.

Wednesday, July 22, 2020

Reviu buku: catatan seorang da'i

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 21/12/2019


Reviu buku kali ini adalah tentang buku pengalaman pendakwah yang sangat menarik



Dengan ilustrasi yang menambah tarikan buku.








Buku yang segar. Perkongsian pengalaman yang menarik. Tidak klise. Kritis dan tajam juga pandangan penulis.

Ada cerita yang mencuit hati dan ada yang membuatkan mata terbeliak! Bersama dengan pengajaran dan panduan berdasarkan Al Quran dan sunnah.

Disertakan juga gambarajah yang memberi penjelasan tentang isi kandungan buku




Nas yang jelas berpandukan Al quran dan hadis



Satu ketika dahulu, saya pernah bercita-cita untuk menulis buku berkongsikan pengalaman sendiri untuk berkongsi ilmu, namun malu menjadi penghalang utama, malu pulak bila orang baca cerita peribadi. Cukuplah istiqamah masih menulis blog peribadi lebih dari 10 tahun dan sedikit hasil karya.


Semoga ada manfaatnya kepada pembaca.

Amin.



Saturday, July 18, 2020

Kunci hafazan yang mantap ialah:

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 21/12/2019

Nak jaga hafazan bagi ingat kemas, kuncinya murajaah yang berterusan.

Carilah peluang murajaah sebanyak mungkin, sekerap mungkin.

Memenuhi undangan kenduri hari ini. Perjalanan Kuala Ketil-Sungai Petani-Kuala Ketil, Abdullah selesai murajaah juz 29.

Insyaallah Al Quran sentiasa di hati, menjadi sahabat baik hingga ke syurga.



Tuesday, July 14, 2020

Surprise yang tidak dilupakan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/12/2019



Ketika berusia 18 tahun, tahun 1 di kuliah Dakwah Islamiah, mak dengan abah buat satu kejutan kepada yang tidak dilupakan hingga kini.

Satu hari, ketika sedang study group dengan rakan Arab (Masih ingat lagi, namanya ialah : Haalah, seorang yang lemah-lembut dan rajin membantu rakan lain. Tahun satu adalah tahun yang mencabar kerana perubahan cara belajar berdikari berbanding mendapat perhatian yang lebih ketika diploma dan juga belajar dengan Bahasa Arab pasar serta bilangan siswi melebihi 100 orang dalam satu kelas.

Ketika sedang study group di masjid sebelum masuk ke kelas, tiba-tiba ada seseorang menepuk belakang bahu dan memberi salam.

Terkejuk beruk bila mak dan Dijah tiba-tiba muncul depan mata.




Jauhnya Kg.Pandan ke Damascus Syria! Rupanya-rupanya mak abah dan adik-adik datang ke Syria untuk surprise.

Nasib baik tengah study group.😅

Kata mak, mak pergi ke asrama, warden bagitau saya sudah ke masjid.

Selepas beberapa ketika, mak abah dan adik-adik pindah terus, dan tinggal di Syria, sama-sama menuntut ilmu di sini beberapa tahun.

Nota: Hampir tiada gambar sekeluarga, gambar Dijah je yang banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...