Saturday, August 30, 2025

Merancang untuk tidur?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/1/23


Islam mengajar bahawa perjalanan hidup kita perlu DIRANCANG, termasuklah sekecil-kecil perkara seperti sebelum tidur. Merancang untuk kematian kecil.


Bukan baring terus lena. Pelbagai sunnah dan amalan yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.



Ambil wuduk, mula baring sebelah kanan, baca doa, zikir dan macam-macam lagi.


Untuk tidur pun perlu merancang, apatah lagi untuk HIDUP. Dan hidup itu adalah untuk mati, mengindahkan sebuah kematian dengan Husnul Khatimah.

Thursday, August 28, 2025

Usaha untuk ingat ayat Al-Quran yang hampir sama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/1/23


"Mama tolong belikan kitab ayat Al Quran mutasyabihat. Abang tengok orang sebelah abang guna tadi." Minta Abang Abbudey ketika pulang dari musabaqah 2 minggu lepas.



Mama suka bila anak-anak minta belikan kitab. Menunjukkan minat, kesungguhan menuntut ilmu. Allah mudahkan urusan beli di Shopee. 





Di tepi Al Quran ini, ditulis ayat yang sama/ semacam. Realitinya kebanyakan huffaz keliru pada ayat-ayat yang semacam/ nak sama dan tak tahu di mana ayat tersebut. Jadi Al Quran ini dapat membantu.


Cuma kertasnya nipis. Kena guna dengan tertib dan berhati-hati.

Tuesday, August 26, 2025

Pesan dekan Kuliah Dakwah yang masih diamalkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/1/23


Teringat dekan Kuliah Dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Dr. Bassam pernah pesan kepada siswa siswi agar tulis pada kitab milik kita: (نَحْنُ حُرّاسُ الشَّرِيعَة) 'Kami pemelihara Syariah'.



Supaya kita sedar kitalah yang bertanggungjawab memelihara agama ini, memuliakan dan menyebarkannya, seterusnya membaca dan menuntut ilmu DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.


Dan itulah juga yang cuba disampaikan kepada anak-anak, insyaallah.

Sunday, August 24, 2025

Perancangan ketika membesarkan anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/23


Membesarkan anak-anak memerlukan perancangan, perbincangan, membuat keputusan dan adakalanya pujuk memujuk. 


Bermula sebelum mereka lahir lagi, dan sentiasa diulang-ulang proses ini.



Semua kelebihan yang dimiliki adalah kurniaan Allah dan bagiNya pujian dan kesyukuran.


Dan hati dalam ibu ayah ini mendoakan takdir kehidupan anak-anak itu LEBIH BAIK daripada kita.

Friday, August 22, 2025

Sayu hati dalam majlis ilmu.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/23


Walaupun kuliah ilmu itu boleh saja diikuti secara online, namun REZEKI untuk duduk dalam KEBERKATAN majlis ilmu lebih memberi kesan dalam hati. 



Seawal mengetahui jadual Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelah utara, saya berdoa dan berharap dalam menghadiri majlis ilmu ini.



Dr.Zulkifli mengulas tentang doa yang setiap pagi mama baca dengan Ahmad sambil berpimpin tangan berjalan kaki ke Maahad.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)






Sikap menghargai dan menepati masa yang beliau tunjukkan juga adalah satu perkara yang perlu dicontohi.


Moga memberi kesan dalam hati anak-anak juga. Moga Allah redha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...