Wednesday, February 18, 2009

Bertuahnya penduduk KUALA KETIL!!!




Sejarah telah menyaksikan pabila sesebuah madinah (bandar) dibina oleh seorang khalifah Islam, mereka akan mendirikan tiga tempat utama: Masjid, pusat pengajian dan pasar.


Lihat sahaja kota Damascus yang didirikan di sana Masjid Umawi yang gah berhampiran dengan Pasar Hamidiyyah yang besar. Di sana jugalah terletak Dar Hadis tempat Imam Nawawi mengajar dan mengarang kitab yang sempat saya khatamkan kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bersama Sheikh Hasan Sa'biyah.






Hari ini, KUALA KETIL bertuah dengan kunjungan MB Kedah yang telah menjalankan perasmian program pecah tanah bagi tapak Kolej Universiti INSANIAH. Dengan adanya INSANIAH di Kuala Ketil, ia buka sahaja memajukan kampung yang dahulunya kecil dan tidak dikenali ini, bahkan ia akan memberi ilmu kepada warga Kuala Ketil.


Ahlan Wa Sahlan INSANIAH... Tahniah KUALA KETIL!!!

2 comments:

  1. bertuahnya kuala ketil
    sg. petani pulak yg tenggelam nanti...

    ReplyDelete
  2. w/pun pergi majlis pecah tanah INSANIAH hari tu, tp ttp x dpt snap gambar sbb x bw camera.jd, letak jelah gambar Syria yg dicopy dr blog kawan.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...