Saturday, September 26, 2015

Plan anak-anak untuk cuti sekolah lepas

بسم الله الرحمن الرحيم

Biasanya untuk cuti sekolah, saya akan search, sediakan plan dan perancangan yang lengkap untuk cuti sekolah. Ke mana ingin berjalan, berapa hari, berapa baju yang nak dibawa, berapa hari berada di rumah dan anak-anak perlu siapkan kerja sekolah dan hafazan.

Tetapi untuk cuti sekolah yang lepas, atas masalah kesihatan, tiada perancangan yang dibuat. Tiada plan untuk berjalan ke mana-mana. Rumah menjadi tempat yang paling nikmat dan selesa untuk saya.

Anak-anak membantu melakukan kerja-kerja rumah setiap hari.

Dari pagi tolong sapu sampah, sidai baju, angkat baju, mop lantai hinggakan memasak, membasuh pinggan dan mengemas dapur.

Alhamdulillah.. Anak-anak soleh yang banyak boleh berdikari sekarang ini.

Syukur kepada Allah.

Kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan membaca buku, menghafaz Al-Quran, pergi ke Masjid, pergi Ke Kuliah dan Pergi ke kenduri.

Namun mereka juga pandai membuat perancangan dan plan untuk mengisi masa kosong dengan aktiviti yang luar biasa dan menyeronokkan berbanding dari hari-hari sekolah.

Nama pun cuti, mestilah perlu ada ruang untuk enjoy, namun masih dalam mentaati Allah subhanahu wa taala.

Abdul Rahman sudah pandai merancang untuk memancing ikan dan mandi sungai.

Segala perancangan yang dibuat akan dikongsi dan diminta pandangan baba.

Alhamdulillah, jika kena masa dan ada kelapangan, InsyaALLAH perancangan mereka boleh ditunaikan.

Alhamdulillah, syukur bila anak-anak sudah pandai merancang, mengatur, berbincang dan menyusun jadual.

Kemahiran untuk menggunakan dan mengatur masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuang masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...