Tuesday, August 2, 2016

Istiqamah selepas Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan telah lebih sebulan meninggalkan kita.

Rasa syahdu dalam hati dengan suasana ibadah Ramadhan telah berlalu.

Apakah kesan Ramadhan dalam diri kita?

Apakah perubahan positif yang berlaku dalam diri kita selepas habisnya Ramadhan? 

Apakah penambahan amal soleh kita selepas habis Ramadhan?

Apakah kita mampu istiqamah dengan amal ibadah kita ketika Ramadhan?

Antara langkah yang kami cuba ambil di rumah untuk mengejar istiqamah selepas Ramadhan ialah membiasakan anak-anak bersolat Subuh di surau/ masjid setiap pagi.

Jika pada Bulan Ramadhan, kita boleh bangun awal untuk bersahur seterusnya Solat Subuh di masjid, sayanglah jika ia tidak diteruskan selepas Ramadhan.

Anak-anak dikejutkan pada jam 5.30pagi, mandi dan pakai jubah sekolah, menanti azan Subuh dan bergegas ke surau berdekatan dengan rumah untuk Solat Subuh berjemaah.

Kebiasaan bangun awal dan Solat Subuh di Masjid di Bulan Ramadhan selama sebulan sayang jika dibiarkan terhenti.

Perkara yang kita rasa biasa ketika Ramadhan, jika terhenti akan dirasakan janggal dan payah semula.

Begitu juga dengan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Kebiasaan perut kita menahan lapar dahaga ketika Bulan Ramadhan akan menjadi sukar jika ia terhenti setelah habisnya Ramadhan.

Namun, ia tidaklah mudah.

Istiqamah selepas Ramadhan perlu kepada usaha yang besar, pengorbanan, doa dan kesabaran yang tinggi.

Allah bantulah kami untuk menggapai istiqamah selepas Ramadhan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...