بسم الله الرحمن الرحيم
Buku kali ini tertumpu kepada pengalaman penulis di Syria bermula tahun 2002. Sama tahun dengan kami di sana. Penulis buku ini juga merupakan rakan sekelas baba sejak dari kecil. Jadi makin membara keinginan untuk mendapatkan buku ini.
Apabila ternampak iklan tentang buku tentang Syria, pasti ingin membeli.
Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kita menuntut ilmu, mengenal hati budi penduduk di sana.
Antara buku tentang Syria yang pernah dibeli:
Ingin sekali mengimbau kembali kenangan lama yang hampir 12 tahun ditinggalkan.
Sungguh kenangan itu makin lama semakin kabur dari ingatan.
Kelebihan buku 25 Nota Kembara Syria ini berbanding buku yang lain ialah penulis dapat menceritakan dengan lebih terperinci keadaan dan suasana di sana. Pengamatan seorang penulis adakala berbeza dari penulis yang lain.
Hinggakan pembaca yang ada pengalaman di Syria pasti akan mengiyakan pendapat penulis padahal tidak disedari sebelum ini.
Sebagai contoh nukilan penulis tentang suasana pembelajaran di Syria yang serba kekurangan dari segi prasarana namun punya kelebihan dari sudut semangat para Sheikh yang mengajar dan keikhlasan serta kesungguhan mereka mendidik.
Kisah tentang tempat pengajian di Syria |
Buku ini juga tidak sekadar berkongsikan pengalaman penulis sahaja, terdapat banyak nilai ilmu yang boleh diperolehi dari buku ini.
Terdapat banyak nilai ilmu boleh diperolehi dalam buku ini |
Ada juga info baru yang diketahui dalam buku ini yang tidak perasan tentangnya ketika di Syria dulu |
Banyak juga pengalaman penulis yang berbeza dengan kami. Lumrah kehidupan. Masing-masing punya jalan cerita hidup yang berlainan.
Membaca buku ini juga mengingatkan kembali kenangan indah, sifat-sifat mulia penduduk di Syria. Yang indah-indah naklah diingat semula..yang buruk-buruk biarlah kita jadikan pengajaran.
Membaca bab makan cukup untuk membuatkan tersenyum sendiri membayangkan kelazatan makanan di sana dulu
Membaca cerita tentang halib mauz, bagai terasa keenakan dan kemanisan halib mauz, terus ke dapur untuk membuat Halib Mauz... |
Segelas besar halib mauz dinikmati sesi keluarga |
Apabila membaca tentang para Sheikh di Syria, sayu pula mengenangkan ada antara mereka yang telah pergi. Manfaat dari mereka masih mengalir melalui kitab-kitab karangan mereka
Cerita tentang kisah sheikh terkemuka Syria yang telah pergi |
Kisah umrah bersama baba dan rombongon Sheikh Mahir Al Munajjid juga diceritakan dalam buku ini |
Penulis juga berlaku adil dalam penulisannya dengan membawakan sudut positif juga negatif tentang Syria dan penduduknya. Yang positif kita teladani, yang negatif kita ambil pengajaran dan hindarinya.
Anak-anak juga turut seronok membaca buku ini bila tahu sedikit sebanyak ada kaitan dengan keluarga kami. Banyak soalan yang mereka ajukan untuk tahu lebih lanjut.
Teruja benar Abdullah bila baca kisah baba dan rombongan umrah.
Kisah kemuliaan sikap masyarakat di Syria |
Kisah pelik yang boleh dijadikan pengajaran |
Boleh hubungi penulis untuk dapatkan buku ini |
No comments:
Post a Comment