Monday, February 26, 2018

Kemahiran Ahmad Zaid di usia 2 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم


** Entri ini hanya untuk merekodkan perkembangan Ahmad Zaid dan merakam memori.


Alhamdulillah, pada 20.11.2017 Ahmad Zaid telah berusia 2 tahun.

Tiada sambutan hari jadi yang kami buat kerana ia bukanlah dari budaya dalam keluarga kami. Namun adakalanya anak-anak teringin nak berseronok dan makan kek dengan sepupu-sepupu mereka, kami akan layankan kehendak mereka itu sekadarnya.

Abdullah nak beli kek ketika harijadinya pada 5/11.
Kami tulis terus nama Ahmad Zaid walaupun harijadi
Ahmad Zaid pada 20/11.

Sebiji kek kecil yang sedap.



Antara perkembangan Ahmad Zaid ketika berusia 2 tahun ini ialah:

1- MINAT BERMAIN LEGO

Saya masih ingat lagi, beberapa bulan yang lalu, Ahmad Zaid tidak pandai lagi untuk bermain Lego.

Apabila diberikan Lego, dia akan balingkannya dengan perasaan tidak tertarik kepada Lego tersebut.

Namun dalam beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia 2 tahun, dia sudah pandai mencantumkan dan membuka Lego menggunakan kekuatan tangannya.

Mahir menyusun dan boleh menghabiskan masa berjam-jam bermain Lego.



2- KEMAHIRAN MENGAYUH BASIKAL 3 RODA

Ini juga kemahiran yang diperolehi beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia dua minggu.

Biasanya sebelum ini dia hanya akan menolak basikal menggunakan kakinya.

Namun, kini dia sudah boleh mengayuh basikal 3 roda.




3- KEMAHIRAN BERTANYA DAN BERCAKAP

Ahmad Zaid juga sekarang sudah banyak bertanya, pandai mengeluarkan arahan dan permintaan dan rajin bertanya.

Soalan yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Begitulah kanak-kanak yang suka mengulang-ulang.

Seperti di dalam video ini, Ahmad Zaid bertanya berulang-ulang kali tentang orang lain.



Dia bertanya di mana wan, tok, adik abang, Uwais, Kak dan lain-lain.

"Wan?"

" Wan fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Wan di Kelantan.)

"Tok?"
" Tok fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Tok di Kelantan.)

Setiap pagi jika banguun dari tidur, Ahmad Zaid akan mencari abang-abangnya dan bertanya jika dia tidak menjumpai abang-abangnya di dalam bilik?

"Abang?"

"Adik?"

 Ahmad Zaid memanggil Abang Abdullah sebagai 'adik' kerana sebelum kelahiran Ahmad Zaid kami semua memanggil Abdullah dengan gelaran 'adik'

Kami akan membetulkan kepada Ahmad Zaid:

"Bukan Adik, Abang Abdullah."
Namun seringkali juga Ahmad Zaid memanggil adik juga.


4- KEMAHIRAN BELAJAR DAN MENGULANG SEMULA

Ahmad Zaid mudah belajar selepas bangun dari tidur.

Dia akan mudah mengulang apa yang kita ajar.

Begitu juga melalui video-video pembelajaran yang lain.

Seperti Video Al-Quran Vocabulary di dalam video di bawah ini:




Ahmad Zaid mengulang semula perkataan yang disebut di dalam video tersebut.

Semoga ALLAH memberkati kita semua dan menjadikan kita ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...