بسم الله الرحمن الرحيم
Bagi mereka yang biasa mengikut perkembangan blog ini, tentu tahu antara hobi keluarga kami ialah memelihara haiwan peliharaan.
MasyaAllah...pada hobi ini membuatkan rasa kasih sayang terhadap makhluk Allah itu bertambah.
Banyak haiwan peliharaan yang pernah kami bela di rumah sejak dulu lagi. Arnab, kambing, ayam, ikan....
Hingga kini masih lagi membela pelbagai haiwan peliharaan.
Saya nampak apabila membela haiwan peliharaan juga, membuatkan anak-anak lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan dan penjagaan haiwan.
Ia memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri anak-anak.
MasyaAllah .... Besar-besar sungguh ikan dalam kolam ini. Terasa sungguh ingin memiliki kolam seperti ini
Kucing baru Ahmad Zaid
MasyaAllah... Ahmad Zaid sangat sayangkan kucing ini walaupun ada kalanya dicakar dan digigit oleh kucing
Sikap prihatin Abang Abbudey menyediakan tempat ayam mengeram dari kerusi yang diterbalikkan dan juga jubah yang tak pakai lagi. Alhamdulillah... kreatif |
Allah campakkan sifat kasih sayang dalam hati makhluknya |
MasyaAllah... Cantik corak di badan kucing Ahmad Zaid ini. Teringat masa kecil Ahmad Zaid teringin nak bela kucing seperti ini, kini Allah perkenankan Seperti dalam tulisan Abang Abbudey di sini: https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/08/karya-abdul-rahman-keluarga-saya.html |
No comments:
Post a Comment