بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya kadar masa membaca buku adalah berbeza.
Buku ' kembali bertuhan' mempunyai 160 mukasurat dan buku ''pelukis jalanan" pula 200 mukasurat.
Dengan bilangan dan saiz tulisan yang hampir sama di setiap mukasurat, namun membaca buku pelukis jalanan yang lebih tebal lebih cepat lagi habis.
Buku pelukis jalanan saya habiskan membacanya dalam masa sejam dan buku kembali bertuhan saya membacanya hampir seminggu.
Kenapa?
Kerana buku pelukis jalanan berbentuk cerita dan santai. Baca laju-laju pun masih boleh difahami.
Buku kembali bertuhan pula berbentuk ilmiah. Jika dibaca laju-laju mesti tak dapat nak faham isinya.
Perlu dibaca, difikirkan isinya dengan teliti.
Alhamdulillah Allah bagi masa untuk membaca.
No comments:
Post a Comment