Tuesday, May 14, 2019

Info buku: Ramadan Kareem Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم

Masyaallah tabarakallah....


Sungguh saya sangat tidak sabar-sabar untuk berkongsi reviu tentang buku ini:

Ramadhan Kareem Ibu


Banyak sekali saya berkongsi tentang isi kandungan buku ini dalam status Whatsapp saya kerana amat suka dan takjub dengan isi kandungan buku ini.


Masyaallah....Buku ini ditulis oleh ibu yang berpendidikan tinggi... Hingga pernah sampai ke peringkat phD dengan anak seramai 9 orang.


Masyaallah..

Penulis mengulas tentang Ramadhan pada sisi yang jarang sekali diulas oleh penulis lain.


Ramadhan pada sisi seorang ibu yang berpenat lelah dengan anak-anak dan cemburu dengan orang lain yang boleh beribadah dalam Bulan Ramadhan yang syahdu.


Penulis juga mengulas tentang sisi Ramadhan bagi wanita yang haid yang kesedihan tidak dapat menikmati ibadah sedang orang lain menikmati indahnya ibadah di Bulan Ramadhan.


Sungguh karya ini dapat mengaitkan dengan banyak sisi dalam kehidupan kita berkeluarga.

Ya Allah.


Semoga besar pahala penulis menulis buku ini, berkongsi pengalaman walaupun dalam keributan bersama anak-anak seramai 9 orang.


Banyak tips dan panduan yang berguna dikongsikan oleh penulis hingga saya sendiri merasa sangat teruja dan banyak yang dikongsikan dalam status Whatsapp untuk manfaat kepada orang lain juga insyaallah.



Sungguh.

Saya sarankan, bacalah buku ini.

Banyak input, faedah, muhasabah diri yang akan anda perolehi.


Minda penulis juga sangat bervisi dan bermisi dan membina generasi pelapis membawa ke Syurga dan tidak hanya terhenti di dunia sahaja


Boleh terus hubungi penulis untuk membeli buku ini:




Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua.

Selamat menjalani ibadah Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...