بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 23/12/2018
Seingat saya ini adalah kali pertama saya membaca buku hasil tulisan penulis Ibnu Rijal.
Walaupun cover buku ini nampak macam sweet dan romantik, tapi sebenarnya isi dalamnya adalah bersifat ketuhanan dan penuh informasi. |
Buku ini juga memberikan banyak contoh dan perumpamaan yang baik dalam memahami sesuatu bab.
Membaca buku ini akan membuatkan anda lebih mengenali Allah subhanahu wata'ala.
Membaca buku ini juga membuat anda lebih muhasabah diri sendiri.
Antara isi kandungan yang melekat dihati saya ialah kita mestilah mendidik anak-anak bahawa Allah itu mencintai diri kita..
Bagaimana pula Allah mencintai diri kita?
Boleh baca lanjut dalam buku ini.
Selesai membaca buku ini membuatkan saya rasa ingin mengumpul hasil tulisan penulis ini lagi insyaallah.
Alhamdulillah sebuah buku bersifat ketuhanan yang baik.
No comments:
Post a Comment