Friday, September 25, 2020

Apa gunanya ilmu?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/5/2020


Teringat ketika usia remaja,  sering bertanya kepada diri sendiri,  apa gunanya ilmu yang dipelajari?  Macammana nak manfaatkan ilmu? Seiring dengan itu juga setiap kali selepas solat bersungguh-sungguh memohon kepada Allah moga diberikan petunjuk untuk memanfaatkan ilmu yang ada.

اللهم علمنا ما ينفعنا وانفعنا بما علمتنا وزدنا علما وعملا متقبلا يا أرحم الراحمين.

Walaupun sering mendapat no. 1 dalam peperiksaan,  tapi masih keliru memikirkan fungsi ilmu yang ada.

Bila dewasa barulah faham,  bergunanya ilmu bila kita kongsi dan salurkan kepada orang lain.  Lebih banyak kita mengajar,  lebih banyak kita faham dan bertambah ilmu kita, makin bertambah cinta kita terhadap ilmu. Kongsilah ilmu dalam pelbagai medium dan lapisan masyarakat.  Masya Allah.

Semoga kita teruskan cintakan ilmu dan tidak berhenti memburunya.  Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...