بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 17 Oktober 2020
Walaupun zaman dah canggih dengan ebook, tapi membaca dari buku fizikal lebih nikmat dan selesa.
Cerita-cerita dalam buku ini samada kisah benar atau rekaan,ia banyak menambahkan idea, panduan tentang dunia perguruan.
Menyelami ujian dan cabaran dalam bidang ini, menyelami pengalaman, jerih payah, hati guru-guru yang lain.
Kisah-kisah pengalaman seperti berjauhan dengan pasangan dan anak, ditukar sekolah, mengajar kelas pendidikan khas, dilema melanjutkan pengajian sambilan, berdepan dengan pelbagai latar belakang manusia di samping berbicara tentang kemenjadian insan.
Sungguh berbaloi membaca buku ini.
No comments:
Post a Comment