Monday, June 27, 2022

"Ahmad tak pandai solat.๐Ÿ˜ญ"

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…


Entri ini ditulis pada 13/3/2021 


Semalam ketika masuk dalam bilik, nampak ahmad tengah duduk tahiyyat akhir, solat Maghrib. Saya tunggu dia habis solat untuk puji "Pandai Ahmad solat."


Lama pula tahiyat akhirnya, lebih 5 minit๐Ÿ˜….


Habis bagi salam, Ahmad menangis kuat. "Kenapa? Ahmad nak ikut baba pi masjid ke?"


Jawapannya adalah seperti di atas sana๐Ÿ˜ญ.


"Ahmad tak pandai solat.๐Ÿ˜ญ"


 Sedih kerana tak lancar baca tahiyyat akhir hingga tak jumpa penghujungnya๐Ÿ˜ข. Itu yang lama sangat tahiyyat.


Ahmad baru darjah 1. insyaallah lama-lama nanti pandai solat elok. Yang penting terus semangat belajar dan istiqamah beribadah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, ada masanya culas dan main-main dalam solat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...