بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/2/23.
Rasa rugi jika tidak menulis catatan kenangan musafir kerana mungkin akan lupa ditelan zaman.
Antara tempat yang kami sempat lawati dalam masa 2 hari di Karanganyar, Solo Indonesia ialah:
Hari pertama kami ke Indogrosir untuk beli ole-ole. Gudang membeli belah yang sangat besar. Sama seperti ketika Thailand dulu.
Kemudian kami ziarah Masjid Agung Madaniah yang dibina menyerupai Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Kami Solat Zohor di sana.
Ahmad Zaid pula teringin menaiki kereta kuda di hadapan masjid. Beria-ia Ahmad minta naik kereta kuda. Dengan bayaran 20ribu rupiah, Ahmad dan abang-abang menaiki kereta kuda dalam masa hampir 5 minit di depan masjid Agung Madaniah.
Seterusnya kami berhenti lagi kedai Banana Krezzz membeli ole-ole tempatan.
Antara ole-ole yang kami beli ialah:
Asalnya plan untuk ke pondok Pesantren yang mempunyai 15 ribu orang pelajar, tapi jalan ke sana memakan masa 3 jam, jadi dibatalkan plan tersebut.
Hari kedua, kami mencari makanan tempatan di Restoran Domba Lawu. Kawasan yang cantik, bersih dan makanan yang lazat.
Hidangan yang lazat. Alhamdulillah.
Selepas itu kami ke kawasan air terjun Jumog yang hanya 10 minit restoran tersebut. Tiada orang di sana kerana keadaan hujan ketika itu.
Kami pun tidak naik sampai ke atas sangat kerana hujan makin lebat dan suasana yang dingin.
Alhamdulillah kawasan air terjun Jumog bersih.
Sebelum pulang ke universiti, kami singgah di IndoMaret untuk membeli gula-gula kesukaan Abang Abbudey.
Alhamdulillah musafir yang singkat, tetapi Allah berikan kebahagiaan dan keseronokan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan.






































No comments:
Post a Comment