Wednesday, October 28, 2026

MUHASABAH SELEPAS PERTANDINGAN FANNUL ATFAL PERINGKAT NEGERI DI LANGKAWI.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 12/10/2024


Sebelum ke pertandingan Fannul Atfal di Langkawi macam-macam perkara yang saya fikirkan.


Untuk seorang yang introvert dan overthinking, risau itu sudah jadi rutin harian. Huhu...


Risau nak jumpa orang ramai, risau takut ribut ketika naik feri sebab bulan lepas baru sahaja masuk berita feri ke Langkawi terdampar di beting. Tambahan pula, ramai rakan-rakan yang menceritakan macam-macam cerita. Bertambah risau.


Bawa pula 6 orang pelajar sekolah rendah dan mak abah mertua. Risau mak abah tak selesa dengan anak-anak ini. Risau saya pula yang selalu tak sabar dengan orang, selesa duduk di rumah baca buku saja. Macam-macam yang saya doakan sebelum musafir ini.


- Moga semua selamat perjalanan pergi hingga balik.

- Moga saya dapat jaga akhlak dan tingkahlaku sepanjang bersama dengan mak abah.

- Semoga pelajar-pelajar selamat dan sihat selalu kerana ada pelajar yang ada penyakit asma.

- Moga semuanya berjalan dengan lancar dan para pelajar berjaya dalam pertandingan Fannul Atfal ini.


Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang memperkenankan doa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, pelajar-pelajar sihat, 4 dari 6 pelajar kami menang dalam Fannul Atfal. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.


Sedikit ujian Allah berikan semoga kami tetap merenung nikmatNya, saya diuji dengan demam selsema batuk sakit badan ketika di Langkawi hingga balik dan seorang rakan lagi diuji sakit mata.



Moga kami menjadi orang yang bersyukur dengan segala nikmat Allah dan bersabar dengan ujianNya. 


Begitulah lumrah kehidupan. Kita berada di roda sabar dan syukur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...