Tuesday, October 20, 2026

KEMBARA MENUNTUT ILMU KE SOLO PULA


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 30/9/2024


Tanggal 28/9/2024, Hari Sabtu, Abang Abbudey mula melangkah untuk menuntut ilmu ke Solo, Indonesia pula.


Insya Allah kali ini 5 bulan sehingga cuti pertengahan tahun nanti.


Baba, tok, wan menghantar Abang Abbudey hingga ke Solo. Insyaallah selepas 3 hari, pada Hari Selasa, baba, tok dan Wan akan pulang semula ke Kedah.


Teringat lebih 20 tahun lalu, abah menghantar saya ke Syria hingga sampai ke Dimasyk.




Kami sekeluarga juga pernah ke Maahad Maulana Maghribi di Solo ini 2 tahun lalu untuk melihat tempat pengajian ini. Ia diasaskan oleh Sheikh yang pernah mengajar baba di Syria dulu, yang sangat rapat dengan keluarga kami, Shiekh Mahir Al Munajjid.


Abang Abbudey sangat sedih sebelum keluar rumah. Semua yang melihat turut merasa sedih.


Doa mama sentiasa moga Allah permudahkan segala urusan Abang Abbudey dalam menuntut ilmu, menjadikan Abang Abbudey orang yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat untuk semua.


Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...