Monday, June 22, 2009

TIPS UNTUK MENJADI SEORANG (bukan seekor) ULAT BUKU.




***Ini adalah tips utk menjadi ulat buku ILMIAH… dan bukan buku komik, novel cintan, majalah hiburan dan yang seangkatan dengannya….Klu buku2 tu, sy pasti anda dpt menghabiskannya dalam masa tak smpai sehari…

1- JGN BELI BUKU JIKA ANDA MEMPUNYAI BUKU DI RUMAH ANDA YANG MASIH BELUM DIBACA..

Jgn terlalu excited utk menjadi ulat buku dana mghabiskan duit utk membeli buku2 baru sedangkan di rumah masih byk buku yang belum dibaca….Apa salahnya baca dulu buku yg ada di rumah itu….bila dah habis belilah yg baru…takut yg lama x habis baca, yg baru tambahkan stok ‘gajah putih’ je…

2- BACA BUKU YANG NIPIS

Ya.Jika anda baru berjinak2 untuk bertukar menjelma menjadi ulat buku…mulakan dengan buku yg nipis…

Anda pasti seronok bila anda habis membaca sesebuah buku….Dan anda tidak akan dapt mengetahui apa yg ingin disampaikan oleh penulis sesebuah buku itu melainkan anda habis membacanya…

3- AMALKAN MEMBACA SETIAP HARI W/PUN SEMUKA


W/pun sesibuk mana anda sekalipun, cuba utk lazimi membaca buku setiap hari dalam tempoh yg pnjg…bacalah w/pun semuka…..

4- PELBAGAIKAN JENIS BAHAN BACAAN ANDA UTK MENAMBAHKAN SEMANGAT MEMBCA
Sebagai cth, jika anda seorang pljr jurusan fekah, jgn hya membaca kitab fekah shj….Selak2 lah kitab2 ulum quran, I’jaz ilmi, uku motivasi, tafsir dsb….ini akan mencambahkan ruanglingkup ilmu anda dan memperbesarkan dunia ilmu anda…

5- MEMBACA BUKANLAH SATU AMALAN YG KHAS UNTUK STUDENT SHJ!



W/pun anda seorang pekerja kilang, ustaz, pensyarah, buruh , itu tidak bermakna anda tidak perlu membaca…Membaca bukan hya untk pelajar sahaja…Kerana ilmu itu bukan milik khas seorang pelajar shj..


6- ADA APA DGN MEMBACA??!!
Jika anda merasakan diri anda tidak perlu membaca dan anda malas membaca…Ini menunjukkan anda telah dihinggapi sindrom bodoh sombong…

Percayalah…jika anda lazimi amalan membaca, anda akan merasakan bahawa anda ini JAHIL (bukan bodoh) dan perlu lebih membaca setersnya membuatkan anda rindu untuk membca (bkn novel cinta) untuk menambahkan ilmu anda…


JADI…MULAKAN DENGAN MEMBUKA BUKU DAN TERUSKAN MEMBCA, MBACA N BCA TANPA HENTI….NATIJAHNYA, HYA ORG YG ISTIQAMAH DLM M’BCA SHJ YG TAHU…..

Friday, June 12, 2009

LUANGKAN 5 MINIT DARI 1440 MINIT ANDA SEHARI

Artikel kali ini aku tulis selepas terkenangkan kata2 seorang sheikh sewaktu aku di Kuliah Dakwah di Syria dulu.

Sheikh tersebut ialah Sheikh Bassam Daud ‘Ejek. Sheikh Bassam ialah Dekan Kuliah Dakwah Islamiah , di Mujama’ Sheikh Ahmad Kiftaro,Dimasyk.


-SHEIKH BASSAM (KANAN) BERSAMA SHEIKH SOLAHUDDIN KIFTARO, ANAK KEPADA PENGASAS MUJAMMA' SHEIKH AHMAD KIFTARO (KIRI)


Beliau adalah seorang pensyarah yang sangat ‘kemas’, berkredibiliti, rendah diri, mempunyai gaya percakapan yang menarik dan unik. Tak hairanlah beliau dapat menjadi dekan dalam usia yang boleh dikatakan muda berbanding dengan pensyarah2 lain yang jauh lebih tua daripadanya. W/pun sheikh Bassam lebih muda daripada pensyrh2 lain, tetapi itu tidak bermakna beliau seorang sombong, hanya duduk di bilik air cond, melayan orang seperti majikan dengan pekerja. Yang dapat aku lihat, beliau seorang yang rendah diri dan akan ‘tunduk’ mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah2 lain yang lebih tua daripadanya. Mungkin itulah rahsia yang membuatkan diri beliau dilihat HEBAT oleh orang lain.


-SHEIKH BASSAM (TIGA DARI KIRI)


Mata pelajaran yang diajar Sheikh Bassam dahulu ialah istishraq dan akidah. Kata2 beliau sungguh menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan. Mungkin kerana beliau tidak bercakap ammi dan ikhlas dalam mengajar….Begitu juga dengan kebanyakan sheikh di Syria yang mengajar kami di sana.


Satu kata2 yang masih aku teringat dari mulut Sheikh Bassam ialah: LUANGKAN SEDIKIT MASA DALAM HARI ANDA UNTUK MEMBACA BUKU. WALAUPUN SESIBUK MANA SEKALIPUN ANDA, PALING KURANG BACALAH SATU LEMBARAN SEBELUM TIDUR…ITU PUN KALAU TAKDE MASA SANGAT.


Beliau buat contoh pengasas Mujama’ Sheikh Ahmad Kiftaro (Rahimahullah) yang sangat menghargai masanya dan tidak membiarkan ia pergi tanpa faedah. Masanya akan diisi samada dengan ilmu ataupun ibadah. Hinggakan kalau beliau ingin menaiki kapal terbang, tempoh menunggu samada di check in, atau menunggu kapal terbang berlepas dan kapal terbang mendarat, beliau akan habiskan dengan membaca.


Begitu juga dengan sheikh Bassam. Katanya, beliau tidak akan membiarkan sehari pun berlalu tanpa beliau membaca buku. Walaupun beliau pulang dari musafir dari luar negara sekalipun beliau tetap akan membaca walaupun satu mukasurat..

Bayangkan, walaupun kita hnya membaca satu mukasurat dalam sehari, setahun dah lebih 300m/s yg kita baca. Itu kalau semuka, kalau bermuka2….Byk ilmu yang tambah dalam dada.


Jadi, nasihat utk semua (termasuk diri ini) tambahkan ilmu dengan membaca…teruskan membaca, membaca, membaca….

InsyaAllah, lepas2 nie aku akan bg TIPS untuk ISTIQAMAH DALAM MEMBACA…BUKAN HGT2 TAHI AYAM JE…BR LIMA M/S BACA, DAH TARUK BUKU DALAM ALMARI….huhuhu


Perhatian: Buku yang dimaksudkan adalah selain buku sokolah, buku komik, majalah hiburan dan yang seangkatan dengannya…

Wednesday, June 10, 2009

MARI BERFORUM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
(TAJUK :JALAN MENUJU KE SYURGA)

Tarikh : 12/06/2009 (Jumaat)
Masa : 9:30 malam
Tempat : Surau Salman al-Farisi (Masjid Sementara)
Anjuran : Kariah Masjid Bandar Puteri Jaya

Pengerusi : Ustaz Amir bin Mohd Nason

Ahli Panel :
1) Ust. Amri bin Mohd Nason

2) Ust. Azli bin Mohd Nason
3) Ust. Aswad bin Mohd Nason

Muslimin muslimat dijemput hadir bersama keluarga

Apa ertinya cuti?

PELAJAR SEKOLAH:

Bila cuti sekolah je, budak2 sekolah mesti dah set dalam otak nak bangun pukul 1…Pastu terpacak depan TV, takpun main game, layan tenet….Itulah kebiasaannya.. Kerja rumah yang dibekalkan cikgu dianggap bebanan yang tak sepatutnya diberikan dalam cuti. Cuti dianggap untuk enjoy sepenuhnya …Ada jg yg kebosanan n x tau apa yg patut dilakukan dlm musim cuti ni…bl x tau apa nak buat…dia pon lyn tido x bgun2…Tiada istilah BACA BUKU kecualilah buku novel, komik, majalh hiburan dan yang seangkatan dengannya. Apatah lagi belajar….. Betul x?


Adakah anda begini???!!


MAHASISWA:

Seingat masa menjadi pelajar di Syria…Kalau tiba musim cuti panas selama 3 bulan….kebanyakan pelajar mesti akan buat jadual siap2 kitab apa yang nak baca….nak perabih kitab sekian2, nak p ngaji ngan sheikh sekian2, nak p tasmi’ ngan sheikh tiap2 pg…Tp x taulah semangat tu berthn berapa lama….Bl habis cuti, kalau hitung2 balik, tak taulah tercapai ke tak jadual yang dirancang…Cuti musim panas juga mesti disibukkan dengan program persatuan yang berfaedah dan mengisi masa cuti…bukan p sbb nak mkn free je…Cumanya dari rumah nak ke rumah persatuan tu…seksanya! Sebabnya…panas terik yang amat….pening kepala toksah cakap la….. Ada jg yang rancang nak tawaf rumah2 kawan2 di sana…Takpe…Ini bukan mmbuang masa, tp menyambung silaturrahim, dan ianya dianjurkan oleh Rasulullah SAW…sampai timbullah istilah…’mai musim cuti je, dia mula la bw lori…sampai x tau tido kat rumah sapa….’


PEKERJA:

Musim cuti mesti plan nak habiskn masa dgn family n anak2…p jln2… lepas tension masa kerja…siapa yg x bahagia klu ada masa utk bersama anak2 n family…





(المال والبنون زينة الحياة الدنيا) الكهف (46)

46. Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia;




APA2PUN…JANGANLAH KITA ANGGAP CUTI ITU SATU PELUANG UNTUK MEMBAZIR MASA…TIADA SALAHNYA UNTUK BEREHAT DARI KEPENATAN BEKERJA…TETAPI JGNLAH SEHINGGA MELAKUKAN PERKARA YANG BERDOSA DAN LAGHA…TINGKATKAN IBADAH, TAMBAHKAN ILMU,,,, HIDUP KAT DUNIA NI X LAMA…NIKMATILAH IA SEADANYA N JGN LUPA SIAPKN BEKALN UTK KE SANA KRN DI SANA LBIH BYK NIKMAT YG KEKAL ABADI!


HARGAILAH MASA!!!

Wednesday, June 3, 2009

Sekitar Kem Anak Soleh dan Bestari Solat peringkat Kuala Ketil 2009

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya program Kem Anak Soleh dan Bestari Solat di Masjid Jamek Kuala Ketil.



Kem yang pertama kali dianjurkan in alhamdulillah mendapat sambutan dan penyertaan yang sangat menggalakkan sehingga melebihi 100 orang peserta..

Kem yang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang juga turut diserikan dengan kehadiran YB Cikgu Ki....


InsyaALlah semua peserta dapat mengambil manfaat yang terdapat dalam kem tersebut...

InsyaAllah panjang umur murah rezeki, klu Allah mudahkan, akan menyusul kem-kem yang lebih menarik dan dapat membentuk sahsiah sebagai mukmin yang sejati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...