Wednesday, July 1, 2009

SALAHKAH SKEMA??!!

Kali ni aku nak kupas ttg SKEMA…Bkn skema peperiksaan skola… tp’ SKEMA’ yg disebut2 oleh budak2 lani yg aku pun x berapa pasti sgt apa sbnrnya yg mereka nak maksudkan..

Kiranya bila sebut budak yg SKEMA ni, mesti terbyg budak yang rambut berminyak, sikat elok punya n pakai spek mata frame tebai…betul x?

Tp sebenarnya, apa salahnya kalau menjadi seorang yg SKEMA ni??

Padahal kalau difikir2kan agama Islam itu mengajak seseorang individu itu menjadi orang yang baik, lurus dan jujur… Adakah lurus, jujur n baik itu yg dimaksudkan dgn SKEMA??

Adakah seorang yg SKEMA kalau tidak melakukan dosa2 kecil, padahal dosa2 kecil itu akan tergolong dosa besar jika melaziminya..


عَن سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِيَّاكُمْ وَمُحْقِرَاتِ الذُّنُوب، كَقَوْمٍ نَزَلُوا فِي بَطْنِ وادٍ، فَجَاءَ ذَا بِعُوْدٍ، وَجَاءَ ذَا بِعُودٍ، حَتَّى أَنْضَجُوا خُبزتَهُم، وَإِنَّ مُحْقِرَاتِ الذُّنُوبِ مَتَى يؤخذ بِهَا صَاحبُها تُهْلِكُهُ))

روى الإمام أحمد في مسنده

Maksudnya:

Daripada Sahl bin Saad Radiallahuanhu berkata: Bersabda Rasulullah i : (( Berhati-hatilah kamu dengan dosa-dosa kecil. Ia umpama satu kaum yang pergi ke satu lembah, maka datang salah seorang dari mereka membawa sebatang kayu, seorang lagi pula dengan sebatang kayu sehingga akhirnya mereka dapat masak roti (untuk dimakan) dengan kayu-kayu yang dikumpul tersebut. Dan sesungguhnya dosa-dosa kecil itu apabila hinggap pada seseorang, pasti ia akan memusnahkannya.))

{HR Ahmad}

Hadis ini memberi perumpamaan kayu-kayu kecil yang apabila dikumpul menjadi banyak ia mampu untuk membakar dengan besar. Demikianlah dosa-dosa kecil sekiranya dipandang remeh dan berterusan dilakukan maka ia akan mengundang bencana besar.

Itulah, bila zaman dah berubah hingga ke akhir zaman, pandangan manusia mula berubah..Yg baik dipersendakan, yg buruk itu yang diagungkan.



Bukan begitu?? Lihat sahaja, budak yg SKEMA tu dianggap budak yang bodoh, berhingus n yang seumpama dgnnya, dan budak yg x skema itu yg dianggap ‘cool’…


Padahal rasanya dalam sehari berapa kali kita meminta dari Allah untuk menjadi SKEMA dgn menunjukkan kita jln yg benar…

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيم


Adakah seorang itu SKEMA jika dia tidak menipu padahal sedarkah anda menipu itu adalah antara DOSA2 BESAR.

Betapa Rasulullah SAW diagungkan kerana sifat jujurnya. Adakah itu bermakna baginda seorang yang SKEMA?? Betapa Rasulullah SAW mengajar kita spy jgn menipu w/pun kpd anak kecil…Dan kita dituntut untuk mencontohi Rasulullah SAW,

عَن عَبْدِ اللَّهِ بنِ عَامِر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: دَعَتْنِي أُمِّي، وَرَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ فِي بَيْتِنَا، فَقَالَتْ: هَا، تَعَالَ أُعْطِكَ، فَقاَلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَا أَرَدْتِ أَنْ تُعْطِيهِ؟" قَالَتْ: أُعْطِيهِ تَمْرًا. فَقَالَ لَهَا: (( أَمَا إِنَّكِ لَوْ لم تُعْطِيهِ شيئًا كُتِبَتْ عَلَيْكِ كِذْبَةٌ ))

رواه مسلم

Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amir berkata: Ibuku memanggilku dan Rasulullah i berada di rumah kami, maka ibuku berkata: Mari sini aku akan beri kepada kamu sesuatu. Maka kata nabi i : (( Apa yang kamu nak beri kepadanya?)) Dia berkata: Aku ingin memberi dia tamar. Maka baginda i bersabda kepadanya: (( Sekiranya kamu tidak berikan kepadanya sesuatu maka tertulis ke atas kamu satu penipuan.))

{HR Muslim}

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقاً ، وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ ، وَإِنَّ الفْجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يكتب عِنْدَ اللهِ كَذَّاباً.))

متفق عليه

Maksudnya:

Daripada Ibnu Masud Radiallahuanhhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu membawa kepada syurga. Dan sesungguhnya seseorang itu akan berkata benar sehingga ditulis disisi Allah bahawa dia adalah orang yang benar. Dan sesungguhnya pembohongan itu membawa kepada kejahatan. Dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Dan sesungguhnya seseorang itu akan menipu sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia adalah seorang penipu.))

{Muttafaq Alaih}

Byk kali kita pernah terbaca seorang hamba Allah yang berjalan jauh mencari seorang perawi hadis, bila dilihat perawi hadis itu ‘menipu’ binatang peliharaannya, beliau meninggalkan perawi hadis itu dan tidak mengambil hadis daripadanya atas sikapnya yg tidak skema itu.

Mungkin skema berbeza maknanya mengikut klompok yg tertentu..

Budak sekolah agama akan dianggap skema klu x tipu ustaz, x ponteng sekolah padahal perkara itu adalah perbuatan khianat kepada ibu bapa dan guru yg meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Budak sekolah luar pl mgkin menganggap skema jika tidak merokok n melepak di sana sini padalah perkara itu adalah DOSA.


Penagih dadah pl mgkin akan menganggap anda skema jika anda tidak mengisap dadah sepertinya…Perlukah anda menjadi seperti sampah masyarakat itu untuk anda tidak digelar SKEMA.???

Dan jika anda seorang ibu bapa adakah anda bangga dgn anak anda yg tidak skema yg sering menipu dan membohong orang termasuk anda sendiri?? Jawapannya ada dalam IMAN anda.


Jadi, malukah anda jika menjadi seorang SKEMA dan adakah anda bersedia untuk menjadi seorang yg SKEMA???!!!



Tuesday, June 30, 2009

JADUAL PENGAJIAN USTAZ AMRI UNTUK BULAN JULAI 2009

*SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN JADUAL.

**SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI USTAZ AMRI MOHD. NASON DI 013-420 2206

Saturday, June 27, 2009

BUAT ABANG LONG..

Abang long.

Abang Long adalah anak pertama dalam keluarga..Bila sebut anak pertama dan tentu anak yg paling manja dgn mak abah..Tp itu sblm ada adik2 la.. Yelah, benda yg pertama dpt, pengalaman baru, tentu disayangi..Tu yg mainan utk anak yg sulong biasanya penuh satu almari, bl ada adik2, adik2 waris mainan abg long yg dah pecah2 n rosak..Itulah kelebihan menjadi Abg Long.


-SAAT MULA MELIHAT DUNIA-


-DETIK CERIA


-HARAPAN MOGA JD LEBIH HEBAT DR BABA-

Abg Long.

W/pun abg Long sgt disayangi oleh mak n abah, tp x bermakna abg long tidak akan dihukum jika melakukan kesalahan…Hukuman ttp ada. Lebih2 lg bila dpt adik, perangai abg long pon mula nakal …ngacau adik…


-ADIK YANG MEMBUAT ABANG MENJADI CEMBURU-


-



Abg Long.

Abg Long perlu belajar n mengaji dengan tekun spy adik2 di bawah nnt boleh belajar n mencontohi abng long…Ilmu yg abg long pelajari juga adalah untuk diamalkan dlm hidup seharian abg long agar abg long menjadi budak baik n membesar dlm iman, seterusnya memberi manfaat kepada orang lain.


-ABANG LONG TURUT SAMA BERKONGSI KEJAYAAN BABA N MAMA-


-MERASAI MASAM MANIS, SEJUK PANAS HIDUP DI RANTAUAN-


-DETIK PERTAMA KALI PULANG KE TANAH AIR-


-ABANG ABBUDEY DALAM PELBAGAI RUPA DAN GAYA-



Abg.Long

Abg Long juga perlu memperbaiki diri, mencantikkan peribadi agar dpt menegur adik2 bl mereka melakukan kesalhn.. Adik2 tentu akan mnjadikan abg long hujjah jika abg long berkelakuan sebaiknya. Apa sj keslhn yg mereka lakukan, tentu mereka akan kata: “abg buat xpe pon.” . Sbb itulah abg long perlu menjadi qudwah kpd adik2… Satu sbb lg, spy bl besar nnt adik2 mendengar teguran abg long n hormat kpd abg long dan abg long juga tidak segan untuk menegur adik2.


Abg Long

Abg long perlu kasih kpd adik2.. Dr kasih itulah lahirnya rs hormat n salute adik2 kpd abg long. Biar adik2 jadikan abg long sebagai idola n mereka bangga krn ada abg seperti abg long n mereka tanam dlm hati ingin menjadi sepeerti abg long.


-DETIK PERTAMA BERAYA DI MSIA BERSAMA ADIK BERADIK-


-WAJAH SINIS BABA MERANCANG SESUATU PLAN-


-PEMBACA DINASIHAT JGN MENIRU AKSI INI!-


Jd, mulai saat ini, bentuklah diri abg long dgn iman n taqwa, tambahkan ilmu sebyk mungkin. Nikmat di dunia ini lebih hina di sisi Allah berbanding sebelah sayap nyamuk… Ambillah sedikit bahagian dr dunia n jgn lupa sediakan bekalan penting untuk ke akhirat.. Kerana manusia ysng mengejar dunia tidak akan puas. Walau dia mempunyai sebuah gunung emas, dia akan idam yang kedua. Kalau dia memiliki dua gunung emas, dia masih inginkan yg ketiga, sedangkan dia akan ke dalam tanah juga akhirnya..Itulah pesan Kekasih kita, Muhammad SAW.


-WAJAH2 ABG LONG-



-SIAPA SANGKA ABANG ABBUDEY YG RAJIN RALIT (sgt suka ghalit) NI BOLEH NGAPAI QURAN SMPAI SURAH AL-BAYYINAH (takat lani), ALLAHU YUBARIK FIK, TERUSKAN USAHA-

Friday, June 26, 2009

MAJLIS MAKAN DURIAN BERSAMA YB


SEMALAM, (25/6/2009) PAS CWGN DESA BIDARA, KUALA KETIL TELAH MENGANJURKAN MAJLIS MAKAN2 BERSEMPENA DENGAN MUSIM DURIAN DEMI BERKONGSI NIKMAT DENGAN ORG RAMAI. MAJLIS YG BERMULA SELEPAS ISYA' TURUT DIMERIAHKN DGN KEHADIRAN YB CIKGU ZUKI.....
- DURIAN2YG BAKAL BERTUKAR MENJADI BIJI-


-PENGERUSI MAJLIS-

-ANAK2 KMPG MEMULAKAN ACARA YG TERPENTING-



-SERBU DURIAN!!!!-


-SEPARUH DR DURIAN TELAH BERTUKAR MENJADI BIJI-


-YB CG.ZUKI MEMBERI UCAPAN-
-ABBUDEY SERONOK KENA DAPAT MKN BYK DURIAN, MMG KESUKAAN DIA-

-BERLATIH GAYA MENANG PILIHANRAYA DR YB....-

Tuesday, June 23, 2009

TERKENANG MUSIM PANAS DI SYRIA

Dewasa ni Kedah jarang dilimpahi hujan….Panasnya Ya Allah…Kering rasa bila balik dari sekolah..Lega bila dpt minum air dari peti ais w/pun tahu ia tak berapa baik utk kesihatan….


-PEMANDANGAN DARI ATAS BUMBUNG RUMAH KAMI KE ATAS BUMBUNG RUMAH ORANG LAIN--INILAH PERIUK KUALI.. (eh, silap) KUALI SATELIT ZAMAN JEPUN KOT (sampai berkarat)-

Tambah2 lg skrg nie musim durian plak….Kena durian dari kebun (almarhum) tok wan, mmg x boleh nak tolak…Bila terlebih makan, mulalah badan rasa semcm…Dahlah panas, tambah dengan durian, bertambah2 panaslah….Musim panas skrg nie jg menyebabkan badan senang sakit…rasa murung semcm je….



-BERSAMA MUHAMMAD ABDULRAHMAN, POSING BERLATAR BELAKANGKAN CORONG ASAP 'SOBYA (PEMANAS API)-

Mungkin musim panas ini adalah peringatan dr Allah kpd diri kita yg leka dengan nikmat dunia bahawa neraka Allah itu panas dan berjuta kali lebih baik dari musim panas skrg nie…


-GAMBAR DI KINCIR AIR HAMA-


Tempoh 7 thun tgl di Syria bkanlah satu tempoh yg singkat…Dari aku dtg remaja, dok sandang beg kat blkg, sampai balik semula dah ada anak dah…

-JALAN2 SBLM PULANG KE TANAH AIR-

-ADIK BERADIK WAKTU MUSIM PANAS. DI RMH ABANGKU, AZLI-


Dari masa dtg kurus, smpai bila blk Msia gemuk…Mcm2 jenis rumah dah pernah aku tggl kat syria…bwh tanah., atas tanah, lembah, bukit, apartment, bait arabi….semua dah aku rss..mmg lama.. Jd, tak peliklah, klu km sering terkenangkan Syria…sikit2 teringat Syria…Padahal, masa nak blk Msia dulu, x sabar2 nak blk….Yelah, dah hbs kuliah lah katakan….Lamanya rasa tunggu nak hbs kuliah…rasa puas sgt bila habis tahun 4 tu….huh!


-GAMR KENANGAN SLPS DIBERI WASIAT TAKHARRUJ OLEH DEKAN KULIAH, SHEIKH BASSAM -


Musim panas ni juga menyebabkan aku sering terkngkan syria sampai terbawa2 ke mimpi… Bezanya musim panas di Msia n Syria, Di Syria, panas dia kering…Tp di Msia, panasnya berkuap….menyebabkan diri rasa sesak napas…Itulah yg aku rasa bila mula2 balik ke Msia 3 tahun lepas, setelah bertahun2 tidak pulang ke tanah air….Panas di Msia mmg menyesakkan….Lps mandi pon masih x selesa…Lamalah juga rasa mcm tu…org lain biasa je, kita yg baru balik di syria nie je yg bising kepanasan….Mgkin kerana terbiasa dgn keadaan cuaca di sana….Kwn2 lain yg pulang dr Syria pon mengkhabarkan perkara yg serupa…

-INILAH ZOO DIMASYK..KALI PERTAMA N TERAKHIR PERGI SANA-


Musim panas di Syria adalah masa bercuti…3 bulan lamanya… tp bila dah habis cuti, rasa sat sgt… Apa agaknya yg kmi lakukan dlm tempoh cuti selama itu..


-BUAH PLUM SYRIA-


Musim cuti ni jg mrupakan masa pnantian…menunggu natijah exam yg x pernah ditetapkan bila tarikh pengumumannya…

-BANDAR DAMSYIK DARI ATAS BUMBUNG RUMAH AKU-


Jd awal2 cuti tu, tiap2 hari tertya2 bila natijah nk keluar…Tiap2 hr jugaklah dok risau klu ada subjek yg x pas….kot2 kena ulg paper ke…huhuhu…rasa yg sgt tidak menyenangkan!



Ada yg blk ke Msia (bg yg berduit, klu rs xde duit, doklah diam2 di syria.)

Bg yg bercuti di Syria….Biasanya waktu pg akan dihabiskn dgn duduk di rumah…Siapa yg tahan nak berjalan bawah terik mentari….PENING!!. Nak p masjid depan umah pon penat rasanya….w/pun hya beberapa lgkh dr rumah je..Kcuali klu ada progran di PPMS, gagah2 lah p menapak n naik servise ke persatuan…


.

-SUQ JUM'AH YG KAYA DENGAN HASIL PERTANIAN TEMPATAN-

-MENGINTIP BUNGA JIRAN SEBELAH YANG SEDANG KEMBANG MEKAR-


Biasanya km akan b’jln2 keluar lepas maghrib…Musim panas di Syria pgnya lama dan mlmnya sekejap…berbanding musim sejuk yg mlmnya lama dan siangnya sekejap….Tu yg seronok bila puasa musim seuk…sat je rasa.. dan Alhamdulillah aku x pernah merasa puasa musim panas…dengar cerita, seksa…ditambah lg bg kwn2 yg kena ulang paper waktu musim puasa dlm cuaca yg panas..besarnya dugaan…

-SUQ JUM'AH , TEMPAT AKU BELI BARANG RUMAH SETIAP HARI-


Musim panas adalah musim buah n bunga…


-BUAH2 MUSIM PANAS-

Dlm musim panas byk buah2 yg blh didapati di pasar berbanding musim sejuk yg hya terdpt pelbagai jenis buah limau…antaranya: abu surrah, mawardi, dll….


Aku pernah terdengar dari kuliah sheikh Ratib Nabulsi bahawa antara hikmah byknya buah limau adalah kerana buah limau itu diperkaya dengan vitamin C yang smemangnya diperlukan dalam musim sejuk untuk mengelakkan dari demam n selsema...


kerana itulah limau mmg sgt byk pada musim sejuk..klu jemu mkn, buat 'asir (jus) pon sedap....



-BUAH TUT (bkn bunyi sbb sensored, tp nama sebenar dia) التوت-


Bersambung di episod akan datang….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...