Wednesday, October 24, 2012

Moga kita dipermudahkan

kelebihan puasa pada Hari Arafah

Moga kita dipermudahkan urusan untuk berpuasa pada hari yang penuh dengan keberkatan ini.InsyaALLAH tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada Hari Khamis ini InsyaALLAH...sama2lah kita hidupkannya...Moga dipermudahkan urusan.

Banyakkan berdoa utk keluarga, anak2 dan semoga kaum muslimin di seluruh dunia, InsyaALLAH


Monday, October 22, 2012

Belajar membaca IQRA' dengan ceria bersama EasyIqra'

بسم الله الرحمن الرحيم


Semasa di SEMINAR CEPAT MEMBACA yang lepas, mereka ada juga buat taklimat tentang penggunaan aplikasi EasyIQRA'.

Apa itu EasyIQRA'??

EasyIQRA' ialah aplikasi yang membantu anak2 untuk membaca iqra' dengan lebih ceria dan seronok.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus layari:
https://www.easyiqra.com/web/



Kami cuba gunakan aplikasi ini kepada Adik Abdullah...
Alhamdulillah.. Abdullah menyukainya

web yg ceria

utk anak2 tidak cepat jemu

sesuai utk kanak2

IQRA' 3
mmg sama seperti mukasurat buku IQRA'

daftar masuk gunakan username (demo) dan password (demo) untuk percubaan di website:
https://www.i-iqra.com/app/iqra1-demo.php


utk demo/ percubaan
https://www.i-iqra.com/app/iqra1-demo.php

Abdullah menggunakan aplikasi ini




Menggunakan demo utk iqra' 3




Bermanja2 dengan iqra' 1

Saturday, October 20, 2012

Menyertai kursus Asas Cepat Membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pagi tadi berpeluang untuk menyertai Kursus Cepat Membaca Perdana Bacalah Anakku & ReadEasy di Dewan Omar Mokhtar, atas RFC Lagenda Height.

Saya mendapat maklumat tentang kursus dari FB ReadNetwork bulan lepas dan terus transfer $20 duit pendaftaran ... Semuanya secara online.... (alhamdulillah...senangnya urusan).



Mendapat maklumat dr sini
http://www.facebook.com/readnetwork?fref=ts
 Cetusan idea dan teknik mengajar anak cepat membaca timbul ketika Puan Nik Eliani mendidik anak-anaknya membaca. Seterusnya beliau meluaskan lagi ilmu dengan menerbitkan buku dan mengadakan seminar2 dan kursus untuk memperkenalkan teknik tersebut.

Sangat memberi inspirasi kan?

Mengajar anak sendiri sebenarnya boleh memberi kita banyak idea tentang pendidikan awal kanak2. Banyak yang naluri ibu boleh terokai tentang pendidikan awal kanak-kanak bila mendidik anak2 sendiri.

Rasa-rasa macam sama dengan pengalaman siapa ye?

Macam Puan Lina Karim kan?kan? kan?


jauhnya la tangkap gambar
malu...huhu
Konklusi yg dapat dr kursus ini ialah:
1- Cara mendidik anak perlulah ceria dan happening... bersungguh2 Puan Nik Eliani menunjukkan gaya2 ceria dan kelakar untuk mengajar anak menyebut huruf.... barulah anak2 (anak didik) tak mengantuk.

2- Ibu bapa perlu mainkan peranan kalau mahu anak2 cepat membaca. Kena bekerjasama walaupun cikgu2 dah mengajar di sekolah.

3- Kursus ini juga sangat meriah dan ceria. Yelah, nak ajar anak tadika membaca bagi tak boring. Dan kebanyakan pesertanya adalah dari kalangan cikgu2 tadika dan sekolah rendah. Ada juga ibu bapa yang ingin mecari ilmu untuk mengajar anak2 sendiri.

4- banyak idea untuk mendidik anak2 yg dapat dr kursus ni..Tinggal samada nak buat atau tidak je...Moga2 ALLAH permudahkan untuk mengamalkannya.

5- Bukan anak2 sahaja yg perlu masuk kem-kem cuti sekolah, atau kursus2 musim cuti sekolah, tapi ibu bapa juga perlu menambah ilmu keibubapaan (parenting) , motivasi yang boleh dapat dari seminar2 keibubapaan dan group2 yang boleh menambah ilmu, motivasi dan teknik mendidik anak2 .Sangat memberi inspirasi...

ketika cabutan bertuah

file dan nota kursus

bukti kukuh telah menyertai kursus ini

hadiah (badge) yg dpt bersama nota

Hari ni sertai seminar cepat membaca alhamdulillah dapat sedikit sebanyak idea dan inspirasi untuk buat presentation di Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran di DEWAN KISMEC, Sungai Petani, Kedah bulan depan...Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye... =)

untuk maklumat lanjut ttg seminar ini, boleh lah layari:
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/E+Book

Tuesday, October 16, 2012

Iklan yang tak berbayar dan pelakon iklan yang tidak di bayar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin berkongsi 'kecekapan' kanak-kanak yang bulan depan akan berumur 4 tahun menelan kapsul habbatus sauda' Minsyam tanpa paksaan... Makan sendiri je. (kelakar x?)

Elok amalkan habbatussada' selalu supaya menjadi penawar kepada penyakit yg dok ada.

Bukan apa? kebanyakkan kanak2 cukup susah kalau nak diberi makan ubat... apatah lagi ubat yang kena telan. Sebab itulah kebanyakan ubat kanak-kanak dalam bentuk cecair. 

dan tak semua orang dewasa mampu untuk menelan ubat dengan mudah. Percaya tak?

Abdullah yang dapat menelan kapsul habbatus sauda sambil tersenyum =)
kapsul habbatus sauda'

yang kami gunakan




semua gambar credit ke: google image.

NOTA: Sila dapatkan produk ini di mana2 kedai. Jangan hubungi saya, saya tak jual produk ini..Ini adalah iklan yang tak berbayar,,harap maklum.

Sunday, October 14, 2012

suncatcher yang pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entry yg tersimpan lama dlm draft shj...
_________________________________________


Sebelum ini anak2 x pernah kenal pon dgn suncatcer.

Ini adalah kraf dgn suncather yg pertama dalam rumah kami..

Sgt menarik!


yg ini Abg Abbudey yg warnakan

Yg ni pula adik yg warna

yg ni adik n abg sama2 warna

melihat bayang2 yg berwana-warni

cantik juga bila disangkut di tingkap....
                                   

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...