Thursday, November 15, 2012

Catatan pertama 1434H: Menyertai Seminar keibubapaan Islam, Raising Young Khalifah

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah berlalu sudah tahun 1433H...Moga ALLAH memberi keampunan kepada kita pada tahun2 yang lalu dan memberkati kita pada tahun2 yg mendatang. Amin.

Dan dua hari terakhir 1433H yang agak sibuk. Datang dari Kedah malam sebelumnya, paginya  sertai Seminar Raising Young Khalifah dan menyelesaikan beberapa urusan di Shah Alam, kemudian terus memecut (150km/j) balik ke Kedah semula dan sampai rumah di Kuala Ketil pada pukul 11.30. 3jam setengah dari KL ke Kedah. Catatan rekod yang terpantas setakat ini... (Astagfirullah)...Alhamduillah, semuanya selamat... (moga kamera AES tak jadi paparazi tangkap gambar kereta kami..amin3)

Singgah makan petang ketika perjalanan ke KL..
Abbudey kata: Lama kita tak mai restoren ni kan?!
erkk!!


Lepas makan, tiba2 Abdullah nak p tandas!
errkk!!
ALhamdulillah ada stesyen minyak Shell berdekatan...

ALhamdulillah, Seminar Raising Young Khaifah yang bertempat di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, mendapat sambutan yang menggalakkan. (Lamanya tak pergi tabung haji, masih sama seperti masa pergi waktu kecik2 dulu...memori.)....




Credit pic:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151087927476612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&theater
Lebih dari 400 peserta yang hadir


Antara pembentang seminar yg hebat2 ini.
Dan tajuk perbincangan yang amat menarik


Saudara Amin Idris yang cekap menjadi moderator yang menceriakan  suasana.







Ustaz Rahman Shaari 'Al-Fateh' yang bersemangat memberikan 10 tips mendidik anak  mengikut acuan AL-FATEH..
Antaranya ibu bapa perlu ada visi dalam mendidik anak2


Pembentangan beliau diakhiri dengan beliau mendeklamasikan sajak yang penuh  membara

Alhamdulillah mungkin ini menunjukkan keprihatinan ibu bapa masa kini untuk mengubah cara didik dan tarbiah anak2 kepada cara yang lebih islamik.... ALhamdulillah..

Seperti kata seorang peserta yang duduk di hadapan saya. Katanya: Dulu mana ada seminar Islamic Parenting, yang banyak ajar membaca, ajar urut baby dan lain2. Sekarang baru mula tumbuh seminar2 keibubapaan yang islamik. Alhamdulillah, ia adalah satu permulaan yang baik


Ustaz Faudzil Adzim yang menerangkan tentang jalinan emosi dua hala.
Antara katanya: adakah kita benar2 faham anak kita? Adakah kita tahu kegemaran setiap anak kita.?
dan kata2nya yang sangat menusuk dan menikam kalbu ialah:
Setiap ibu bapa sangat kasihkan anak2 mereka tapi ADAKAH ANAK2 TAHU BAHAWA IBU BAPA MEREKA MENYAYANGI MEREKA?? 
Berapa ramai anak2 yang berdendam dengan ibu bapa mereka!



Penerangan tentang aktiviti untuk mendapatkan jalinan kasih antara ibu bapa dengan bermain.


Sesi Ustazah Sabariah Faridah menceritakan pengalaman beliau  mengembara ke pelbagai negara menyebarkan dakwah dan menekankan kepentingan pendidikan awal kanak2 secara Islam

Seorang yang mempunyai banyaaaak PENGALAMAN

Mungkin ini adalah langkah pertama ibu bapa yang tercari2 kaedah dan cara mendidik anak supaya dekat dengan ALLAH SWT. Moga usaha mereka semua diberkati ALLAH SWT.



Seminar Raising Young Khalifah dimulakan dengan lakonan tentang seorang anak yang diazab dengan api neraka, kemudian dia menyalahkan ibu bapanya yang tidak mengenalkannya dan tidak mendidiknya dengan agamanya, hanya mementingkan kekayaan, keduniaan dan pangkat semata. Lakonan yang membuatkan peserta meremang roma.

Kesimpulan saya tentang seminar ini Alhamdulillah semuanya baik. Membuka minda peserta dan memberi muhasabah kepada diri kita apa yang tertinggal kita lakukan. Mengingatkan diri sendiri dan anak tentang ALLAH. Menyuburkan kasih sayang kita kepada anak2.


Ustazah Badariah yang membentangkan pendidikan tauhid kepada anak2.
Sangat menarik..
Kanak2 sudah mengenal ALLAH secara fitrah, kitalah yg perlu menerangkan secara terperinci.
Ingatkan mereka selalu tentang kesucian dan sifat2 ALLAH.
Maha mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih .
Dan dengan asmaul husna





Sesi Ustaz Hasrizal.
Sebut Ustaz Hasrizal sahaja tak perlu nak diterangkan lagi.
Seorang penceramah yang hebat dan berkaliber.
Menggamat suasana petang.

Ustaz Hasrizal sendiri telah menulis tentang pembentangannya dalam seminar ini di sini:
http://saifulislam.com/?p=272
Sangat laju!



InsyaALLAH semua usaha ini terus cemerlang dan memberi impak dalam masyarakat, InsyaALLAH.

Sayangnya saya tidak sempat untuk menyertai forum bersama Dr.Harlina Haliza Siraj, Puan Dayang Lily Abang Muas (yang  juga merupakan penulis kepada buku yang pernah saya ulas di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/07/buku-comel-ahlan-wa-sahlan-ya-ramadan.html)dan Ustaz Hasrizal dalam sesi yang terakhir kerana perlu berkejar untuk selesaikan urusan di Shah Alam dan terus memecut laju ke Kedah. Hari yang sangat padat.


lencana comel bukti kukuh saya seorang peserta seminar ini.
Dalam acara 'membeli belah' pula di booth2 yang ada di situ , saya sempat membeli empat barang ini:


lencana comel!
Bukan untuk 2 orang anak lelaki saya.
Untuk dihadiahkan kepada orang lain =)


Comel kan?
Aktiviti dalam buku ini juga menarik

Antara aktiviti dalam buku ini


Abdullah yang kepenatan menyelesaikan aktiviti dalam buku tersebut
PERHATIAN: JIKA ANAK2 TIDUR DALAM KEADAAN BEGINI, SEGERALAH KEMASKAN BARANG2 MEREKA SEPERTI, PENSIL SUPAYA DAPAT MENGELAK DARI KECEDERAAN.

Doakan seminar kami pada sabtu ini pula InsyaALLAH...


Thursday, November 8, 2012

ISLAMIC PARENTING SEMINAR "RAISING YOUNG KHALIFAH"


بسم الله الرحمن الرحيم
Untuk maklumat lanjut:
http://www.facebook.com/RaisingYoungKhalifah

Sesiapa yg ada kelapangan, datanglah, moga2 besar manfaat dan ilmunya, penceramahnya pun hebat2 belaka.... InsyaALLAH, dapat berkongsi idea, fikrah  dan membina ummat yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat, InsyaALLAH

Wednesday, November 7, 2012

Menariknya menggunakan aplikasi AL-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Keluarga kami bukanlah peminat gadjet2 terkini dengan smart phone, tab, iPad, Playstation, dan macam2 lagi.

Hinggakan saya sendiri tidak pernah langsung membeli handphone sendiri, cuma pakai yang orang tak mahu saja. Tunggu orang bagi ...

Beberapa bulan lepas, baba menerima handphone Nokia Lumia 610 hadiah dari tok dan tok wan.. ALhamdulillah..

Dan saya bukanlah nak mengulas tentang kecanggihan handphone ini, tetapi saya ingin mengulas tentang aplikasi al-quran yang boleh dimuat turun dalam Nokia Lumia ini yang amat bermanfaat dan berguna di mana sahaja.

Nokia Lumia


Nokia Lumia 610
Inilah aplikasi tersebut:


Inilah aplikasinya




saiz tulisan boleh dibesar dan dikecilkan
saiz tulisan dibesarkan

Nokia Lumia 610

Pilihan suara qari yang banyak


Pilihan tafsir dalam pelbagai bahasa

Tafsir ALquran dalam aplikasi ini juga bermanfaat dan berguna dalam memahami dan mentadabbur makna-makna AL-quran... Sangat praktikal!

Abdul Rahman menggunakan aplikasi AL-Quran dalam handphone


Di dalam video ini, pembaca blog ini boleh perhatikan perbezaan suara qarinya ketika Abdullah dan ABbudey menggunakan aplikasi ini.

Untuk Abdullah saya pilih suara qari lain dan untuk Abbudey saya pilih qari lain.

Tulisan ketika Abdullah menggunakan aplikasi ini juga dibesarkan berbanding tulisan ketika Abbudey menggunakannya.


**NOTA: SILA AMBIL PERHATIAN:
Walaupun secanggih mana pun aplikasi2 al-quran yg moden ini, tetapi saya tidak menafikan keutamaan untuk membaca AL-Quran dan menghafalnya dari mushaf (kitab) AL-Quran yang asli kerana adakalanya ada kesilapan ejaan dan kesilapan yang lain2 pada aplikasi tersebut. 

Dan Mushaf Hafiz (yang ada 15 baris dalam 1 mukasurat , dan ada 604 mukasurat semuanya) adalah alat yg terbaik dalam usaha menghafal Al-Quran pada pendapat peribadi saya kerana sususannya yang teratur.

Dan mushaf yang bertulisan besar adalah lebih baik dari mushaf yang bertulisan kecil kerana lebih jelas huruf2nya, barisnya dan tulisannya.. (Ini juga adalah pendapat peribadi saya)

APLIKASI CANGGIH MANGGIH SEPERTI INI ADALAH SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR SAHAJA UNTUK MEMUPUK MINAT ANAK2 MENNGHAFAL DAN MEMBACA AL-QURAN DAN MUSHAF AL-QURAN ADALAH ALAT UTAMA UNTUK MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN


Monday, November 5, 2012

Berakhirlah perjalanan Abdul Rahman di PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Abdul Rahman sudah pun tamat pengajiannya selama 3 tahun di PASTI MUTMAINNAH... bila dah habis ni rasa sekejap je Abdul Rahman belajar di PASTI, padahal 3 tahunlah jugak.... Pelbagai kenagan manis &  pahit

Anak yang habis PASTI, maknya pula yang rasa sayu... adoi laaa....

Rasa sat je Abdul Rahman dah besar...Lepas ni masuk sekolah rendah, pastu sekolah menengah, Universiti...Anak yang dahulunya lahir pada awal musim sejuk di Syria ni dah besar dah...

Bagai terbayang2 lagi Abdul Rahman yg kurus jee  waktu baby (skrg pun still kurus anak ini), tidur malam, hidungnya sejuk sangat (macam beku pun ada ) sbb musim sejuk....Bila kembung perut, cuak satu rumah, buat apa pun tak lega...

Kalau karan takde, kalut2 lah bakar pemanas minyak tanah (dipanggil sobya) dengan bau miyak tanah yg 'semerbak' , sbb takut anak sejuk...

Kalau mandikan Abdul Rahman, cepat2 bungkus & pakaikan baju..Dahulu Abdul Rahman masa baby setiap kali mandi, menangis kemain kuat...

Kalau pampersnya bocor, kenalah buka tiga, empat helai baju yang dipakai, dan salin semula tiga, empat helai baju bersih...Musim sejuklah katakan, baby pun kena pakai baju banyak lapis...

Sekarang ni dah habis dah tinggalkan alam PASTI. Moga Abdul Rahman terus melangkah, meningkatkan prestasi, ketaqwaan dan istiqamah dalam amalan2 solehnya.

Perasaan sayu seperti ini adalah biasa bagi setiap yang bergelar ibu bapa. Begitu jugalah yang sempat saya baca dalam catatan blog Ustaz Hasrizal beberapa hari yang lalu.

Di bawah ini, ingin saya kongsikan sedikit kemeriahan Ihtifal Pasti Mutmainnah pada tahun ini.

Ihtifal PASTI MUTMAINNAH

Abdullah menyampaikan hafazan Surah Annaba'



Abdul Rahman mempersembahkan khutbah

Nasyid dari pelajar perempuan PASTI kelas 6 tahun
  Acara pakaian tercantik...




Pelajar perempuan

Pelajar2 lelaki

yang ni pun pelajar PASTI (4 tahun) tapi tak nak masuk barisan....huhu

Hari2 akhir bagi Abdul Rahman memakai uniform PASTI



Alhamdulillah...
Moga terus istiqamah menjadi orang yang bertaqwa...




Jazakumullahu khairan kathira kepada cikgu2 PASTI yang bertungkus lumus, bersabar mendidik anak2 kecil ini sehingga pandai... Didik yang terawal itulah yg amat penting kerana kain putih itu baru mula dicorak...

Sunday, November 4, 2012

Shopping buku dari rumah

بسم الله الرحمن الرحيم


Rata2, ramai wanita yang sangat suka shopping...Boleh hilang stress dan penat kalau dapat shopping walaupun window shopping sahaja...haha

Tetapi berapa ramai wanita yang suka shopping buku?? (Soalan provokasi ni....)

Okay, entry kali ini khusus bagi mereka yang sukakan buku dan suka shopping buku...

ALhamdulillah semenjak saya mula menngunakan website shopping buku ini, keseronokkan untuk shopping buku2 berganda2.... =)

Manakan tidak, tak perlu keluar rumah,  tak perlu biarkan anak2 dan suami tunggu kita dalam kereta sedang kita terburu2 (kadang2 ralit) membelek buku2...

Dan yang paling bestttt sekali, proses untuk mencari buku yang kita suka atau penulis yang kita suka jadi semakin mudah.....

Mungkin ramai yang dah tahu website yang glamer ini:

INILAH GEDUNG MEMBELI BELAH BUKU YANG AMAT MENYERONOKKAN.
mphonline.com


Amat memudahkan urusan membeli-belah buku dan memilih buku2...


Facebook Alahai Mutiara Minda yang sll memaparkan update2 ttg buku2 Bahasa Malaysia yg terbaik dan terbaru di MPH
http://www.facebook.com/pages/Alahai-Mutiara-Minda/367974910160?fref=ts

Pilih 'Mutiara Minda' untuk buku2 Bahasa Melayu yg terdapat di MPHOnline
Ada diskaun utk buku2 yg terpilih

Pilihan buku yang banyak.
Pembeli juga boleh membaca sinopsis buku apabila klik pada imej buku yang dipilih
Sinopsis buku

Diskaun pada buku2 yg menarik



Boleh tahu juga hasil tulisan lain bagi penulis kegemaran anda

Anda perlu mendaftar dulu utk membuat pembelian...
simple je...



Klik sahaja add to cart pada buku yg ingin di beli
Penghantaran percuma...
sgt bessstttt !
Isi maklumat peribadi,
 kemudian bayar
 dan tunggu encik posmen mai hantar buku di rumah...

Dengan teknologi yang makin canggih ini, maka tiada alasan lagilah utk kita malas2 membaca ye?
Semoga mendapat manfaatnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...